Home

Friday, November 15, 2013

Gambar-Gambar Azlee Khairi & Zara Zya Di Sekitar Event Books4U @ JPM Putrajaya.

Minggu lepas Jijah telah menggigihkan diri untuk bertemu sendiri dengan hero-heroin Love You Mr.Arrogant iaitu Azlee Khairi & Zara Zya. Maklumlah , Jijah kan kalau dia dah minat dia mula mengumpul semangat dan kegigihan untuk bertemu sendiri khen? Biasalah tu Jijah. Dalam belog ni , mana aje cherita dia yang tak gigih kan? Semua gigih-gigih belaka. Kalau tak gigih mana nak dapat hasilnya khen? HAHAHA.

Begitu sekali mukadimah Jijah khen? Haruslah khen! HAHAHA. Makanya , minggu lepas setelah mengetahui detail tentang event Books4U di JPM Putrajaya , Jijah pun terus pergi tanpa berfikir panjang. Entah tak tahu kenapa kali ini macam kegigihan dia lain macam sekali. Mungkin kerana aura Mr.Arrogant & Zaara Amirah itu sendiri barangkali yang ditonjolkan dalam setiap episode Love You Mr.Arrogant? Mungkin juga. 

Turut menyertai di dalam event ini ialah penulis Love You Mr.Arrogant itu sendiri iaitu Aliesha Kirana. Lagi excited Jijah kan? Mana aci excited nak bertemu dengan para pelakon sajork khen? Kalau cik penulis tidak menggarap tulisan yang baik sekali untuk novel Love You Mr.Arrogant , mana mungkin kita semua dapat menonton drama yang penuh kemanisan dan kesawanan itu khen? HAHAHA , tudiaaa ayat terjun loji sudah muncul! HAHAHAHA.

Makanya , menanti dan terus menanti , akhirnya hero-heroin pun sampai ke tempat kejadian uols. HAHAHA , tempat kejadian katakau! Masa itu memang riuh sangat keadaan disitu. Iyelah cerita sedang popular dan meniti di bibir setiap orang selepas itu pula dapat bertemu depan mata pula , haruslah keadaan menjadi riuh kan? Memang sambutan diberikan cukup memukau pnadangan Jijah. Terutama bila mereka melihat kelibat Azlee Khairi & Zara Zya di hadapan mereka. Lepas itu pula bila Jijah lihat Azlee Khairi lalu di sebelah Jijah kan? Haruslah terasa nak berguling nak pengsan bangun pun ada juga khen? Azlee Khairi tu uols! HAHAHA , eh eh kau Jah kalau tak drama tak boleh eh?! *panggggggggg*

Mesti ramai tertanya-tanya apakah tujuan kehadiran Aliesha Kirana , Azlee Khairi & Zara Zya di event Books4U ini kan? Sudah tentu kehadiran mereka untuk bercakap mengenai novel dan drama Love You Mr.Arrogant dan sesiapa yang ingin bertanya apa jua soalan turut boleh mengajukan sendiri kepada penulis dan para pelakon gituh. Dan sudah tentu juga Jijah ingin berkongsi berpuluh keping gambar kepada pembaca belog picisan Jijah yang amat Jijah sayangi ini. Nak tengok tak?

Gila tak nak?! HAHAHA , penat-penat Jijah berpeluh ketiak berbaju kurung pink lagi uols! HAHAHAHA. Hamboiiii. Jijah tahu mesti ramai yang nak tengok gambar hero-heroin Love You Mr.Arrogant ini kan? Ya , memang ada banyak gambar yang akan menyusul sekejap lagi. Jijah ingin tegaskan ada berpuluh keping gambar Jijah ingin kongsikan bersama korang semua sepanjang majlis itu berlangsung. Ekslusif untuk pembaca Cherita Emo-Temo serta peminat drama Love You Mr.Arrogant khususnya lah khen? Jangan copy sesuka hati atau untuk menggunakan gambar tersebut untuk tujuan yang tidak patut ya? Sebab gambar ini memang milik Jijah seratus peratus. Bukan Jijah cilok atau copy dari sesiapa ya? Gituew. Amaran macam comel je macam manja je. HAHAH.

Ok jom tengok gambar! Korang bukan nak baca apa yang Jijah tulis sangat pun khen? Sedihhhhh.













Suka tak ? Suka tak ? Harus suka lettuew! Jijah tahu demam LYMA ini masih belum kebah sepenuhnya untuk peminat drama ini kan? Jijah sendiri pun masih lagi merepeat sampai nak muntah dah rasanya. Mungkin sebab drama ini bukan jenis skeptikal macam drama yang Jijah pernah tengok. Dialog bersahaja , kimia antara semua pelakon pun sangat-sangat best malah setiap scene tu nampak bersahaja dan natural sangat. Sebab itu Love You Mr.Arrogant sangat diminati ramai Jijah rasa. Amboi main rasa-rasa pulak dia khen?

Konsepnya korang nak tengok gambar lagi ke? Mesti nak lettuew. Iye , iye , snap gambar banyak-banyak pun khas untuk pembaca belog picisan ini jugak khen? Ekslusif katakau! HAHAHAH.

















Amboi Amboi. Berpinar pulak mata Jijah upload gambar banyak-banyak ni khen? Ini betul-betul punya gigih Jijah ni khen? HAHAHA gila tak gigih si Jijah ni lah yang duduk paling depan sekali uolsssss?! Nasib berperangai molek masa tu khen? Kot-kot tetibe rasa nak mencakar abe Azlee Khairi tak ke kena halau dari JPM tu uols? HAHAHAHA berani kau nak buat Jijah? *panggggggggg* HAHAHAHA.

Event ini memang sangat santai konsepnya. Kita boleh bertanya apa sahaja tapi Jijah menten diam sebab lidah kelu tak boleh berbicara. Hamboi! HAHAHA. Turut diberikan beberapa biji novel Love You Mr.Arrogant yang mempunyai tandatangan Aliesha Kirana , Azlee Khairi & Zara Zya kepada sesiapa yang boleh menjawab soalan yang mereka bertiga kemukakan. Jijah nak juga jawab tapi sila sedar diri kau pun hado novelnya okes? Kau nak simpan sampai sepuluh ke Jijah? *monolog dalaman sangat! HAAHAH* Memang masa ni memang ramai lah khen yang nak menjawab? Haruslah , nak jumpa para pelakon dan penulis sudahlah bukan senang , lepas tu dapat pula novel dengan tandatangan mereka pula kan? Hihihi.












Akhirnya , selesai juga upload gambar-gambar Azlee Khairi & Zara Zya di event Books4U tempoh hari. Ikut hati memang hendak cepat-cepat langsaikan entri ini. Tapi apa nak buat kesihatan diri sendiri memang sangat menguji kesabaran diri sendiri. Balik sahaja daripada berjumpa hero-heroin ini Jijah demam panas , batuk teruk dan selsema dengan jayanya. Haip! Jangan cakap Jijah demam sebab bertemu mereka okes? Padahal memang kurang rehat kan? Haruslah senang sakit kan? Gittuew.

Eh tapi sekejap , Jijah tak bergambar dengan Azlee Khairi atau dengan Zara Zya ke? Musykil betul jika tak bergambar kan? Agak-agak korang ada tak gambar Jijah bergambar berdua dengan mereka? Agak-agak lah khen? HAHAHA , kalau nak tahu , kena tunggu next entri okay? Sebab Jijah rasa entri ini pun sudah terlampau panjang dan padat dengan gambar-gambar. Mahu ada yang juling mata lepas habis baca entri ini khen?

Maka , puas hati ke tidhokkkk gambar banyak macam ni? Okbye.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

9 comments:

safurara said...

knp AK tu cm selekeh pulak.tp hensem kan.hehehe

Jajablinkblink said...

ermmm...tgh pk nak tampo jijah brapa round

Anonymous said...

hi mekk suka sangat entry ni..td google2 blog review AK, terusss singgah sini japs...btw td ade AK kat galaksi tv9...jawab gosip dengan zarina katanyer...hmmm hmmm hmmm propa sangat komen mekk..choww btw again,like entry nih!!

najah79 said...

Creative n funny writing

queennie said...

Emm hendsomnya azlee khirri snym..cntuknya zara zya khen....

queennie said...

Emm hendsomnya azlee kharri snym..cntk nya zara zya ..mnt sgt kt zaralee..

queennie said...

Emm hendsomnya azlee kharri snym..cntk nya zara zya ..mnt sgt kt zaralee..

Irdanisya said...

Salam Cik Jijah....kalau gi majlis pelancaran skincare Mr Arrogant pada 19 Jan 2014... Jgn lupa upload ye!!!

Anonymous said...

Belum bisa move on dari drama ini. Best gilee. Suka sangat la