Home

Thursday, January 29, 2015

Gambar-Gambar Di Sekitar Finale Viewing Party Drama Zahira ♥

Siapa dekat sini peminat Adi Putra & Zara Zya dalam drama Zahira? Sila angkat keyboard! Eh? HAHAHAHA. Sebenarnya nak bercherita dengan korang tentang kemeriahan Finale Viewing Pary Drama Zahira yang telah diadakan pada minggu lepas bertempat di Zam Zam Cafe & Satay Club , Kota Damansara. Memang sangat meriah dengan kehadiran gabungan dua kelab peminat iaitu ADP1Hotlovers & LoveZaraZya FC. 

Perasaan lega melihat semua peminat Adi Putra & Zara Zya gembira bertambah lagi kepuasan kami semua yang ternyata masing-masing gembira kerana dapat bertemu dengan pelakon kegemaran mereka katanya! Jijah pun seronok melihat reaksi masing-masing yang excited bertemu Adi Putra , Zara Zya dan malahan hampir keseluruhan pelakon drama Zahira turut hadir pada malam tersebut. 

Bercerita banyak pun tak guna kan? Apa kata kita tengok gambar-gambar yang sempat di-snap oleh our official photographer from LoveZaraZya FC ; Jamilah Bidin. Muahciked ♥






Boleh nampak tak kemeriahan itu? Tak nampak lagi? Tunggu..tunggu! Baru empat keping gambar memang lah korang tak dapat rasa apa-apa lagi khen? Kejap lagi Jijah terus naik gear 8 , haruslah korang mencakar skrin laptop kan? kan? kan? Eleh! HAHAHAHA.

Nak tengok gambar lagi tak? Eh mestilah nak kan!


Crew LoveZaraZya FC & Exec ADP1Hotlovers ♥


Crew LoveZaraZya FC yang tak cukup korum.

Sayang setiap seorang baik di dalam gambar atau luar gambar sangat-sangat! ♥






Tuan Pengarah drama Zahira , Khalid Nadzri.


Eh mana gambar Adi Putra? Mana gambar Zara Zya? Apa semua ini?! *bakar mercun* HAHAHA. Amboi bukan main lagi kan! Sabaq! Sabaq! Bukan mudah nak teliti satu per satu gambar yang dapat dalam tangan khen? Haruslah Jijah pilih yang terbaik untuk tayang dekat korang khen? Pepaling boleh terus buat korang mencakar lantai dan karpet kan? Kencing manis terus katanya! Kan?

Okay , jom tengok gambar lagi!












Mencakar ke tidhooookkk? HAHAHAHA. Aku yang tepek menepek gambar ini pulak yang mencakar lebih , aku rasa! HAHAHAHA. Memang manis sungguh senyumanmu abam Adi Putra! HAHAHAHA. Eh tetibe abam kau panggil Jijah oi? HAHAHAHA. Memang Jijah buat perangai sungguh ni! Kikikikil. So macam mana korang? Seronok ke tidhok dengan gambar-gambar yang Jijah tepek ituew? 

Suka lettuew. Tambah lagi memang manis sungguh senyuman Adi Putra kan? Si Zara Zya tak usah cakap lah kan? Memang manis sokmo senyuman sheols ituew! *dengan harapan dapat sebekas dua superstar choc! wakakakak* HAAHAHAH. Heharap korang semua seronok membaca sambil melihat gambar-gambar yang Jijah kongsikan ini. Maaflah andai tidak banyak mana yang dapat Jijah kongsikan. Almaklumlah , Jijah pilih yang betul-betul manis supaya korang pun tersenyum melihat gambar-gambar ini semua tau! Manis tak perangai Jijah ni? Eh?! HAHAHAHA.

Jadi bagaimana dengan episode akhir Zahira tempoh hari? Korang suka atau tidhokkk? Alhamdulillah mendengar ramai yang menyatakan suka dengan pengakhiran drama tersebut. Rata-rata memberi feedback yang cukup positive dan ada yang menyuarakan pendapat untuk meneruskan lagi ke season seterusnya. Hah? Lagi lah seronok kan andai semua itu menjadi kenyataan kan! Hihihi. Khabarnya Zahira mendapat rating tertinggi bagi slot Samarinda. Alhamdulillah! Tahniah untuk seluruh produksi Zahira terutama kepada tuan pengarah serta para pelakon yang berlakon drama tersebut!

Juga dikesempatan ini , tahniah juga untuk gabungan dua kelab peminat diantara peminat Adi Putra & Zara Zya yang berjaya merealisasikan impian peminat mereka dengan mengadakan Finale Viewing Party yang sebenarnya sekadar acah-acah plan sahaja. Namun siapa sangka ia menjadi sebuah event yang cukup meriah dan gah dengan kehadiran peminat setia Adi Putra & Zara Zya! Tahniah untuk ADP1Hotlovers & LoveZaraZya FC! *hugs keketat*

Jadi untuk penutup entri ini , nah lah terima sekeping gambar crew lovezarazya fc yang posing keriangan di hadapan Zam Zam Cafe & Satay Club tika jam 2.30 pagi lalu , gila tak? Hehe.


Maafkan kami dengan pose yang tak semenggah dan muka kepenatan yang jelas kelihatan itu.

Alhamdulillah , we did it guys! ♥

Terima kasih sudi baca entri ini :)


3 comments:

Anonymous said...

Knp tgk kak ira bertambah berseri2 wajahnya dlm photo jijah ini. Sweet & santek sgt..papa iqbal pon sama.. ke sebb seri perantin baru. Ops maapkn sy, mode zahira blum kebah lg..heheheh

mamabeauty said...

rajinnya join fanclub ni

DIYANA said...

Ade typoo party jadi pary hahah pary pary kahh bluewekkkk