Home

Tuesday, March 29, 2016

Terjebak Dengan KDrama : Descendants Of The Sun.

Jijah tahu mesti bagi yang mengikuti K-Drama sedang seronok mengikuti drama yang sedang mendapat sambutan iaitu Descendants Of The Sun (DOTS). Tanpa disangka-sangka , Jijah turut menonton K-Drama ini hokkay! Patut tak semua orang rasa terharu bila Jijah menonton K-Drama ni uols? Anggukkan ajelah kepala tu tanda terharu sekali! Kahkahkah!

Sebenarnya dalam rumah Jijah yang sedang sibuk menonton K-Drama , cuma kakak Jijah seorang sahaja. Dia ajelah yang sibuk duk Anyohaseyo sensorang dalam rumah tu ha. Sampai aku sendiri nak juling mata sokmo tiap kali dia sibuk Anyohaseyo tau! Kahkahkah.

Tapi itulah khen? Bila sibuk julingkan mata dekat orang lain , tempias teruk kena dekat diri sendiri! Alih-alih secara diam-diam aku pergi menonton online drama DOTS ni tau. Punya tak nak kena bahan dengan kakak aku balik , sanggup tengok dendiam tu. HAHAHAHAHA.




Sebenarnya bukan kakak aku seorang aje yang sibuk menonton drama ni. Aku nampak dekat timeline FB aku penuh rerakan aku sibuk buat ulasan dan juga share gegambar drama ini. Memang sebenarnya aku malas nak terjebak tengok drama Korea ni. Once dah terjebak memang selamat menjebakkan diri menonton lagi lah khen? Huhaiiiilahhhh , bayangkan aku terjebak tengok satu episode sampai aku terus terjebak tengok tujuh episode dalam masa dua hari huhaiiiii apakegilaaaanyaaaa! Sebenarnya kalau aku menggilakan lagi diri dengan tak tidur malam semua rasanya dalam masa dua hari aku mampu marathon 10 episode terus kahkahkah. Tapi biarlah berpada-pada. Kau tu kena rehat jugak Jijah! Tehtiber kasi nasehat! Kahkahkah. 

Kalau orang tanya aku , apa yang best sangat pasal drama ni? Entah. Tapi aku rasa seronok menonton drama ni. Mungkin sebab drama ni manis kot. Lepas tu Hero-Heroinnya sama cantik sama padan kahkahkah itu yang aku pandang? Eh sukahatilah!Lepas tu jalan cerita dia pun boleh lah aku layan sesambil nak lelap mata kan? HAHAHAHA. Tak lelap mata pun aku layan jugak! Kihkihkih. Huishhhh , tak sangka pulak aku boleh terjebak dan tersawan dengan drama Korea camgini hoi! Tapi rasanya masih waras lagi kehkehkeh.

Kenapa gigih sangat aku tulis dalam belog? Sebab aku rasa drama ni menarik manis dan haih sawan aku kejap! HAHAHAHA. Ini lah payah bila jarang-jarang tengok drama Korea , sekali tengok terus tergeletis kau! Ada ke yang macam aku? Mesti ada lettuewww! Okbai!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Friday, March 25, 2016

Troop Senget : Bakat Tempatan Yang Cukup Versatile!

Korang pasti tertanya-tanya siapakah Troop Senget ini apabila membaca tajuk entri ini bukan? Dan kenapa pula Jijah tampak cukup berminat untuk memperkenalkan mereka di dalam belog picisan ini pula kan? Mestilah Jijah berminat untuk mengetengahkan serta perkenalkan mereka yang berbakat di dalam belog picisan ini. Tambahan pula mereka adalah bakat tempatan yang cukup versatile di dalam kelebihan masing-masing. Menarik bukan?




Troop Senget dianggotai oleh enam anak muda berbangsa India iaitu Katir Cranky , Raguvaran , Ruben De Black , Hardee Bee , Darshan Ice Boy & Praba. Mereka semua ini nampak sahaja bebiasa tetapi jangan sesekali dipandang rendah tau! Haaa nak tahu kenapa? Sebab mereka berenam ini memiliki bakat yang berbeza-beza tau! Korang pasti teruja jikalau mengetahui bakat mereka semua ini! Jom kenali mereka!



Raguvaran

Raguvaran memiliki bakat dalam bidang nyanyian. Sepanjang beliau berada dalam industri ini , beliau sudah melakukan banyak persembahan di sekitar universiti swasta serta banyak diundang untuk menyanyi di private show. 






Hardee Bee

Hardee Bee pula cukup berbakat dalam beatboxer. Beliau juga turut mempunyai bakat lain seperti rap , menyanyi , mengacara serta berlakon. Hebat bukan? Memang mereka semua ini cukup versatile !


Katir Cranky

Manakala , Katir Cranky pula cukup berbakat dalam mimicry. Apa itu mimicry? Mimicry ialah meniru suara orang lain. Haaaaa , ini memang kepakaran Katir Cranky! Beliau siap boleh meniru suara Adi Putra , Syamsul Yusof dan ramai lagi artis-artis antarabangsa yang lain. Ini memang tabik spring lah! Bukan senang nak meniru suara orang lain. Jijah pun reti tiru suara Barney and Friends je wahahahaha!


Ruben De Black

Untuk Ruben pula , beliau memiliki bakat untuk rap! Haaa , jangan kata tak tahu pula Rap tu apa.. babap karang! Juga turut mempunyai pengalaman yang cukup luas serta banyak beraksi di beberapa acara okeh! Senang cerita memang ahli-ahli yang berada dalam Troop Senget ini memang berpengalaman belaka!



IceBoy

Haaaa yang ini memang bebetul power chuols! Sebab IceBoy punya talent memang sangat power! Beliau memang bermain dengan api katakau! Atau dalam bahasa betulnya , firebreather huhhh nebes nak menulisnya! Hehehehe. Rasanya mesti ramai yang pernah tengok kan aksi bermain dengan api ini kan?

Pendek kata , mereka semua ini memang cukup berbakat dan berpengalaman. Malah yang lebih membanggakan , mereka ini bukan dari luar negara tetapi adalah bakat dari dalam negara kita. Kalau dahulu , kita sering melihat bakat-bakat seperti ini datangnya dari luar negara. Namun kini kita patut berbangga dengan kehadiran mereka yang cukup berbakat ini.

Dah alang-alang Jijah menulis mengenai mereka , apakata selepas ini korang support mereka dengan LIKE fanpage mereka sebagai tanda sokongan pula. Alahai , setakat sokongan kecil ini , sudah tentu bakal menaikkan semangat mereka untuk terus maju jaya dalam bidang dan bakat masing-masing. Jadi cepat-cepat tekan LIKE okay?


Biasalah , Jijah memang suka menyokong bakat tempatan seperti mereka ini. Kalau bukan kita yang menyokong siapa lagi kan? Jangan lupa okay untuk LIKE fanpage mereka okay?

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Monday, February 22, 2016

Aaron Aziz Terkena Lagi?

Dah kenapa pulak ni? 

Apa yang jadi lagi ni?

Aaron Aziz terkena apa lagi ni?

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




Hah! Dah kenapa sampai siap tangan lap mata tu? Aaron Aziz terkena apa sampai macam tu sekali reaksi? OhEmGeeeeeeee! Bukan main dramatik lagi si Jijah ini punya intro khen? Kahkahkah! Haruslah kena dramatik sikit , baru entri ini jadi makin menarik khen? Kehkehkeh.

Tapi ini teaser sahaja dulu. Nenanti lah yer Jijah hapdet full story dan gegambar lain yang santek khen? Kalau hapdet cecepat pun bukan orang baca pun :p Kahkahkah *dushdush* Sebenarnya pada Sabtu lepas bertempat di Cristallo di Luna , Pacific Regency Hotel bersebelahan Menara KL telah berlangsung Surprise Birthday Party untuk Aaron Aziz yang ke 40! Wow! 40 dah chuols umur Aaron Aziz! Kenapa makin meningkat usia makin handsome ni?! HAHAHAH statement tak puas hati kan!

Nak tulis panjang-panjang pun dah tak sempat ni! Jadinya , nanti Jijah sambung lagi menulis okay? Muahciked! Eh , kejap! Nah sekeping lagi gambar kita :p


Endahkan saja kebulatan muka ittuew!
Yang penting latar belakang yang santek ittuew :p

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Wednesday, February 10, 2016

Akan Datang : Telemovie Hilangnya Kasih Lakonan Janna Nick & Fezrul Khan Pada 22 Februari 2016.

Kalau sebelum ini Jijah asyik mengupdate mengenai makanan lah , mengenai hati dan perasaan yang entah apa-apa lah , dan macam-macam lagi kan? Kali ini Jijah nak ajak korang untuk save the date! Eh , save the date nak berkahwin ke? Eh memandailah korang! Kahkahkah. Sebenarnya Jijah hendak mengajak korang untuk save the date pada 22 Februari ini untuk menonton telemovie Hilangnya Kasih yang diarahkan oleh pengarah popular dan cukup dikenali ramai juga katanya iaitu Shuhaimi Lua. Siapa yang tidak kenal khen? Kalau tak kenal juga , haip! Sila google! Ekekekeke.



Untuk pengetahuan korang , Hilangnya Kasih bakal ditayangkan di TV9 untuk slot Skrin Di 9 dan dilakonkan oleh barisan pelakon yang cukup dikenali iaitu Janna Nick , Fezrul Khan , Normah Damanhuri , Hilal Azman dan ramai lagi. Bila melihat barisan pelakon pun sudah tahu bahawa jalan cerita ini pasti bakal bermain dengan airmata serta emosi kan? Tak percaya? Jom kita baca sinopsis terlebih dahulu.

Qaisara merupakan anak tunggal kepada Pak Latiff (50an) dan Mak Dah (50an). Fuad pula adalah anak yatim piatu, dan dibesarkan di sebuah rumah anak-anak yatim di Selangor. Perkenalan mereka  di university sehingga membawa ke jinjang pelamin. Perkahwinan Qaisara dan Fuad mendapat restu kedua ibubapa Qaisara iaitu Pak Latiff dan Mak Dah, walaupun sebenarnya Mak Dah tidak berapa suka Qaisara berkahwin awal kerana sebelum ini Qaisara sudah berjanji untuk membantu keluarga selepas berkahwin. Kehidupan mereka bahagia.

Sehinggalah pada suatu malam apabila rumah yang diduduki Qaisara dan Fuad itu telah dimasuki pencuri. Fuad terpaksa bergelut dengan kedua-dua pencuri itu dan akibatnya Fuad dipukul di kepala  sehingga menyebabkan Fuad pengsan dan tidak sedarkan diri. Fuad mengalami kecederaan serius di kepala. Fuad menghidap penyakit skizofenia (penyakit mental) tahap permulaan yang turut sama melibatkan emosinya, namun dalam proses pengesahan oleh pihak hospital

Qaisara menjaga Fuad, suaminya dengan penuh kasih sayang dan segala duit simpanan digunakan untuk keperluan Fuad. Fuad pula tidak lagi seceria dulu dan lebih banyak berdiam diri. Kadangkala Fuad bercakap seorang diri dan kadangkalanya memberontak kesan daripada kecederaan mentalnya itu sehingga membimbangkan Qaisara Sebulan berlalu, cuti Qaisara sampai ke penghujungnya. Qaisara semakin bingung kerana dia bimbang hendak tinggalkan Fuad keseorangan di rumah. Qaisara tidak mahu tinggalkan Fuad kepada penjaga atau orang gaji kerana dia tahu yang Fuad tidak suka. Qaisara juga baru menerima arahan daripada majikannya untuk bertugas di cawangan baru syarikat itu di Johor. Qaisara serba salah dan akhirnya Qaisara membuat keputusan untuk menumpangkan Fuad di rumah emak dan ayahnya di kampung. Pada mulanya Mak Dah keberatan menerima permintaan anaknya Qaisara itu, tetapi setelah dipujuk akhirnya Mak Dah terima juga. Fuad pula memberontak kerana tindakan Qaisara menghantarnya ke rumah mertuanya itu.

Apa yang terjadi kepada Fuad? Kenapakah Qaisara sanggup menghantar Fuad ke kampungnya untuk dijaga oleh Mak Dah? Bagaimana penerimaan Mak Dah dengan kehadiran Fuad di kampung? Qaisara mulai menemui cinta baru di pejabatnya? Semua persoalan itu bakal terjawab dalam telemovie Hilangnya Kasih.
Betul tak? Memang telemovie bakal membuatkan emosi kita jadi tidak tenteram seketika konsepnya khen? Haruslah! Sesekali melayan telemovie yang boleh buat kita beremosi seketika pun okay juga. Tapi janganlah selalu , mahu sesak otak hendak menangisi kisah kehidupan orang lain sokmo khen? HAHAHAHA , walaupun drama tehtap sesak otak hokkay! 

Dah alang-alang korang membaca , haruslah kasi teaser sikit-sikit gambar kan? Barulah perasaan hendak menonton itu semakin memuncak umpama hendak ditayangkan esok saja perasaan itu. Tapi bersabar , save the date dahulu! Meh kita tengok gegambar dahulu :p












Suka tak? Suka tak? Suka tak? Eleeeeehhhh , suka lettueww! HAHAHAHA , mestilah kena kasi benda yang orang suka , baru seronok nak baca iye dak? Walaupun ada kemungkinan besar , engkorang terus scroll down tengok gambar aje. Hakak redho diknon! Janji trafik belog ni berjalan helok. Eh? HAHAHAHA.

Sudahhhhh.. tak perlu merepek lagi ! Hihihi. Jadi jangan lupa okay? Save the date pada 22 Februari nanti , duduk beramai-ramai depan tibi dan menonton Hilangnya Kasih ini tau? Tisu tiga kotak jangan lupa ada disisi. Nanti tak pepasal banjir ruang tamu tu cakap hakak tak payung cerita ni sedih! Eh betul ke sedih? Mau kena babap dengan tuan pengarah ni kalau salah kasi tau ni hahahahaha.. Jangan lupa menonton Hilangnya Kasih pada 22 Februari nanti okay? :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Wednesday, February 3, 2016

Edisi Cherita Basi : Black V-Neck Tee Aaron Aziz.

Bila tengah mood rajin nak mengetuk kibod , memang Jijah punya belog ada update macam untuk stok setahun rasanya. HAHAHAHA. Itu bila rajin sahaja. Tapi bila tengah mood merudum jatuh macam orang baru putus cinta , memang tinggal harapan Jijah nak update belog khen? Lantas , kalau ada yang merindui haruslah menatap entri lama-lama sahaja. Kahkahkah , kau hengat kau Hanis Zalikha ada orang nak merindui bagai?!

Sebenarnya ini memang cherita basi , yang sangat basi! Tapi dah nama pun ini belog aku , jadi memang ikut suka hati aku nak tulis cherita yang zaman berzaman punya sekalipun khen? HAHAHAHA. Dasar sungguh perangai! HAHAHAHA.

Macam dah lama juga Jijah tidak ada update mengenai retis kesayangan Jijah , Aaron Aziz khen? Heols baik-baik aje. Sihat-sihat aje. Tehtiber kan! HAHAHAHA. Tahun lepas , Aaronators FC ada membuat satu event sementelah sekian lama tidak melaksanakannya! Jijah sebagai pehminat setia kahkahkah , haruslah join uols! Tak setia pun tehtap ada yang join! Ingat ini keahlian UMNO ke nak setia tak setia bagai? HAHAHAHA , k diam!

Nak dijadikan cherita , Aaron Aziz ada membawa beberapa barangan peribadi untuk dijadikan hadiah buat Aaronators yang hadir pada hari tersebut. As usual , memang kena masuk game dan juga ada satu lucky draw. Seperti biasa , Jijah bukan seseorang yang ada luck untuk memenangi semua ini. Apatah lagi untuk memasuki game semua itu , lagi tiada daya untuk join. Jadi , bila melihat barangan peribadi Aaron Aziz iaitu Black V-Neck Tee Aaron Aziz , mula lah Jijah mencakar dinding dan apa yang boleh dicakar. HAHAHA. Tapi jangan salah faham. Itu teknik nak mencantikkan kuku. Tak ada maksud lain atau hendak ditafsirkan menjadi lain. Tampo kang , nak? 

Cuma itulah , bila ianya disangka selalu tak ada luck , selalu tak bertuah , tiba-tiba sahaja saat Aaron Aziz sendiri yang memilih nombor untuk cabutan bertuah. Tiba-tiba nama Jijah yang naik. Kau ghaserrr?! HAHAHAHA. Masa tu terus tergelak semua! Mahunya semua tak tergelak kan? Sebab sebelum tu , Jijah dah buat perangai dengan black v-neck tee tu! Sekali , Jijah yang dapat! HAHAHAHA. 

Nak cherita banyak pun tak guna kan? Meh ler , kita tengok gegambar yang mana hade :p


NGERI TENGOK TANGAN SENDIRI!

HAHAHAHA bongok lahaiiii jijahhh! hahahahaha


kehkehkeh perebutan black v-neck tee dengan kak diyana halik itu perlu :p


berlagak diva dengan retis kesayangan kita itu juga perlu! hahahahah


ini paling kelakar!

yang menang baju seorang aje! tapi yang naik pentas kecik ni sampai empat orang sekali harung! hahahahaha!

Memang buat perangai saja si Jijah tu khen? Tak pernah nak semenggah perangai si Jijah ittuew! HAHAHAHA. Tak apalah , bukan kacau manusia lain pun. Tehtap buat hal sendiri aje selepas itu kan! Lagipun sekali sekala aje Jijah buat perangai...err ke selalu? HAHAHAHA. 

Saja berkongsi cherita dalam belog picisan ini. Lagipun , semua ini pun part of my life jua. Yang mana sempat untuk dikongsikan , harus dikongsikan. Cuma entri ini sepatutnya menjadi lagi panjang. Tapi masa cukup mencemburui Jijah. Memang tak sempat betul untuk menulis panjang berjela seperti dahulu kala. Kalau tidak sibuk meng-qada tidur , mesti sibuk keluar berjalan bersama kelorga ataupun mungkin sibuk mencari my-me-time katanya. Lagipun bukan orang rindukan belog Jijah ini pun khen? Kikikiki.

Tak kisahlah , bagaimana sekalipun. Bila masa Jijah sempat , adalah entri yang akan terpancul dalam belog ini. Kalau tidak sempat , hihi tunggulah bila masa yang sempat itu nanti. Nah , sebelum menitik-noktahkan entri ini , sekeping gambar Jijah dan Aaron Aziz. Mesti ada yang rindu lettueww! Hihiks!


maigoddddd..hensemnya Aaron Aziz!
santeeeknyaaaa Jijah!

kahkahkah , muntah!
bai!

Terima kasih sudi baca entri ini :)