Home

Friday, March 25, 2016

Troop Senget : Bakat Tempatan Yang Cukup Versatile!

Korang pasti tertanya-tanya siapakah Troop Senget ini apabila membaca tajuk entri ini bukan? Dan kenapa pula Jijah tampak cukup berminat untuk memperkenalkan mereka di dalam belog picisan ini pula kan? Mestilah Jijah berminat untuk mengetengahkan serta perkenalkan mereka yang berbakat di dalam belog picisan ini. Tambahan pula mereka adalah bakat tempatan yang cukup versatile di dalam kelebihan masing-masing. Menarik bukan?




Troop Senget dianggotai oleh enam anak muda berbangsa India iaitu Katir Cranky , Raguvaran , Ruben De Black , Hardee Bee , Darshan Ice Boy & Praba. Mereka semua ini nampak sahaja bebiasa tetapi jangan sesekali dipandang rendah tau! Haaa nak tahu kenapa? Sebab mereka berenam ini memiliki bakat yang berbeza-beza tau! Korang pasti teruja jikalau mengetahui bakat mereka semua ini! Jom kenali mereka!



Raguvaran

Raguvaran memiliki bakat dalam bidang nyanyian. Sepanjang beliau berada dalam industri ini , beliau sudah melakukan banyak persembahan di sekitar universiti swasta serta banyak diundang untuk menyanyi di private show. 






Hardee Bee

Hardee Bee pula cukup berbakat dalam beatboxer. Beliau juga turut mempunyai bakat lain seperti rap , menyanyi , mengacara serta berlakon. Hebat bukan? Memang mereka semua ini cukup versatile !


Katir Cranky

Manakala , Katir Cranky pula cukup berbakat dalam mimicry. Apa itu mimicry? Mimicry ialah meniru suara orang lain. Haaaaa , ini memang kepakaran Katir Cranky! Beliau siap boleh meniru suara Adi Putra , Syamsul Yusof dan ramai lagi artis-artis antarabangsa yang lain. Ini memang tabik spring lah! Bukan senang nak meniru suara orang lain. Jijah pun reti tiru suara Barney and Friends je wahahahaha!


Ruben De Black

Untuk Ruben pula , beliau memiliki bakat untuk rap! Haaa , jangan kata tak tahu pula Rap tu apa.. babap karang! Juga turut mempunyai pengalaman yang cukup luas serta banyak beraksi di beberapa acara okeh! Senang cerita memang ahli-ahli yang berada dalam Troop Senget ini memang berpengalaman belaka!



IceBoy

Haaaa yang ini memang bebetul power chuols! Sebab IceBoy punya talent memang sangat power! Beliau memang bermain dengan api katakau! Atau dalam bahasa betulnya , firebreather huhhh nebes nak menulisnya! Hehehehe. Rasanya mesti ramai yang pernah tengok kan aksi bermain dengan api ini kan?

Pendek kata , mereka semua ini memang cukup berbakat dan berpengalaman. Malah yang lebih membanggakan , mereka ini bukan dari luar negara tetapi adalah bakat dari dalam negara kita. Kalau dahulu , kita sering melihat bakat-bakat seperti ini datangnya dari luar negara. Namun kini kita patut berbangga dengan kehadiran mereka yang cukup berbakat ini.

Dah alang-alang Jijah menulis mengenai mereka , apakata selepas ini korang support mereka dengan LIKE fanpage mereka sebagai tanda sokongan pula. Alahai , setakat sokongan kecil ini , sudah tentu bakal menaikkan semangat mereka untuk terus maju jaya dalam bidang dan bakat masing-masing. Jadi cepat-cepat tekan LIKE okay?


Biasalah , Jijah memang suka menyokong bakat tempatan seperti mereka ini. Kalau bukan kita yang menyokong siapa lagi kan? Jangan lupa okay untuk LIKE fanpage mereka okay?

Terima kasih sudi baca entri ini :)

No comments: