Home

Tuesday, March 26, 2013

Jetlag

Jetlag.

Kononnya sedang jetlag akibat baru-baru ini Jijah turun naik kapal terbang katanya. Kononnya nak feeling macam orang lain yang duduk berjam-jam dalam kapal terbang. Hakikatnya cuma naik kapal terbang yang durasinya cuma tak sampai sejam pun. Tapi feeling tetap nak melebih-lebih kan? Itu harus katanya. Kata Diva Pora , kalau tak melebih-lebih tak layak lah nak jadi Diva Pora kan? Statement minta pelempang sangat! HAHA.

Khamis lepas Jijah bergigihan menuju ke Kedah Darul Aman. Tapi Sabtu malam Jijah sudah kembali ke KL. Bukan untuk bersuka ria saja-saja nak catwalk tepi sawah padi. Bukan juga saja-saja nak berjimba ria di tengah kota Alor Setar. Bukan semuanya. Sebaliknya Jijah pergi ke sana dengan tujuan untuk menghadiri majlis perkahwinan keluarga JWI Jijah , iaitu Ratu Sha! Gituew kau nama glemer kan?! HAHA. Tapi nanti Jijah akan buat satu entri khas mengenai majlis perkahwinan Sha itu nanti. Ada banyak sangat gambar sampai mata pun dah naik juling tak tahu nak pilih yang mana satu. Gituew katanya.

Tapi sungguhlah , sangat letih sekarang ini. Sejak semalam semakin berganda rasa lemau. Asal nampak katil dengan bantal , haaaa terus berdengkur tak ingat apa-apa dah. Asal ada masa terluang haaa berdengkur lagi. Nampak tak jetlag teruk dia macam mana? HAHAH. Poyo gila statement! Tapi memang sangat letih. Tapi macam mana pun memang sangat enjoy dan fun sepanjang 3 hari berada di Kedah. Singkat tapi macam-macam yang jadi sampai rasa rindu sangat-sangat dekat semua. Hailah.

Sebagai teaser dan mungkin juga untuk mereka yang merindui Jijah , barangkali. Nah sekeping gambar dari Jijah untuk korang. Heh.


Budak 19 tahun bergambar depan kapal terbang sebab dia jakun.

Boleh? 

okbai.


Terima kasih sudi baca entri ini :)

3 comments:

Anonymous said...

yeay bestnya dpt naik kapal terkang kekeke

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

syok khen p negeri ai
dah la serba serbi murah
food plak sodap2 belaka gituew
chewahhh puji negeri sendiri

sitiezahim said...

hahahaha cooomeeeellll je jetlag pegi kedah :D