Home

Friday, March 8, 2013

Membosankan?

Hari Jumaat yang terasa seperti sendu sedikit. Tidak pasti kerana cuaca atau kerana perasaan diri sendiri. Selalu begitu , mesti tiba-tiba sendu seorang diri tanpa mengetahui punca dan sebab sebenarkan? HEHE. Habis segala benda terhalang dek kerana satu perasaan yang sendu ini. Habis segala perancangan untuk mengupdate belog termusnah begitu sahaja. Terasa hilang kekuatan seketika. Masih juga tidak pasti atas sebab apakah perasaan ini tiba-tiba sahaja hadir tanpa diundang. Masalah seperti masalah dunia sahaja.

Maka hari ini update entri tanpa sebuah tujuan yang benar. Sekadar mengupdate. Sekadar untuk mengetuk kibod. Sekadar untuk melepaskan segala rasa yang terbeban dalam jiwa. Itu kata Jijah. Tapi benarkah semudah itu untuk melepaskan segala rasa? Mungkin mudah dan mungkin juga payah. Amboi , agak jiwang bahasa Jijah dalam entri kali ini. Memang betul-betul tengah jiwa kacau gamaknya.

Eheks. Rasa boleh tahan tertekan tengok belog kesayangan ini macam sama sendu dengan tuan belognya. Mohtif asyik sendu sahaja? Bila entah nak produktif macam belog orang lain? Adeslah. Kena lakukan something sebelum belog ini menjadi makin sendu kan? Kan? Kan? Kan? Okay sudah cukup sudah.

So motif entri ini? Membosankan atau tidak? Eh?


Saya Sengal Saya Tahu.

Itu ke motif entri ini?

BYEEEE!


Terima kasih sudi baca entri ini :)

3 comments:

safurara said...

selamat hari wanita.

Myra Jay said...

Salam Ijah.. takpe mudah-mudahan lepas ni kembali bersemangat ;)

Selamat Hari Wanita ;D

eynda said...

Biasa la mood kita selalu berubah.... itulah wanita hihi..