Home

Wednesday, March 20, 2013

Menonton Sekali Lagi Teater Lelaki Dari Gua Dan Melepak Bersama Amar Asyraf?

Masih ingat tak Jijah janji untuk menyambung entri teater Lelaki Dari Gua? Masih ingat atau tidak? Hihiks , setelah beberapa ketika baru sekarang ada masa untuk menyambung entri ini. Fuh , banyak betul benda hendak diselesaikan dalam sehari dua ini sehingga tak ada masa langsung untuk mengetuk kibod. 

Sebenarnya kalau ikut yang sebetulnya Jijah menonton teater Lelaki Dari Gua itu pada hari Sabtu iaitu pada 2 Mac. Tapi disebabkan ada kawan yang ajak menonton pada 1 Mac , Jijah menonton pada 1 Mac terlebih dahulu. Kemudian fikir Jijah tak apa , tengok banyak kali pun tak apa. HEHE. Nampak tak dia punya geletis tu macam mana uols? Nampak tak? HAHAH. Heiii , Jijah sokong industri teater okeh? Tetiba saja kan! HAHAH.

Jadinya masa 2 Mac tersebut , tiba-tiba rerakan Jijah cakap terpaksa cancel last minute. Agak sadis mula-mula tapi fikir Jijah kan dah tengok hari yang sebelumnya nak sadis buat apa khen? HEHE. Jadinya Jijah pi melagho tempat lain kekdahnya. HAHA. Tapi tiba-tiba ada kawan Jijah ajak Jijah menonton teater tersebut petang esoknya. Jijah macam ... errr errr errr. Okay jom saja lah. Jijah pun rasa teater best dan menarik untuk ditonton. Jadi tak kisah nak menonton berapa puluh kali sekalipun katanya. Oh statement itu agak berbau ikan. HAHAH.

So sebab Jijah seorang yang gigih , Jijah pun pergi lagi pada 3 Mac untuk menonton teater tersebut. Saja teman kawan kekdahnya. Dia nak pergi seorang diri macam tak best , jadi Jijah pun apa lagi teman saja lah kan. HEHE. So kita tengok gambar jom?




pengsan bangun balik.

walau tak tidur seharian tetap sengih sampai hujung telinga khen?! hihiks.







selagi boleh snap , kita snap sampai pengsan okeh? itu konsep #DivaPora katanya!

matiler kalau ada yang cerca mekkkk!




*ok ambil oksigen kejap lepas tepek gambar. lol*

HEHE , makanya 3 Mac yang lalu sempat menonton sekali lagi teater Lelaki Dari Gua katanya. Bayangkan kalau hari Jumaat , Sabtu dan Ahad Jijah menonton? Bayangkan? Bayangkan? Tidak ke Jijah boleh dikatakan sebagai seorang yang sangat gigih? Hihiks. Kadangkala bergigihan hal begini seronok juga. Kadangkala lah. Kalau selalu , cemuih lah pulak kan. 

Lepas itu nak dijadikan cerita , sesi petang tayangan teater Lelaki Dari Gua ini turut dihadiri oleh para pemenang kuiz yang dilakukan oleh Amar Lovers kekdahnya. So theyols dapat tiket percuma dan dapat beramah mesra dan melepak bersama Amar Asyraf. Hihiks. Jijah sebenarnya tidak menang kuiz bersama Amar Lovers tersebut. Memang tak ada terlintas untuk join kuiz tersebut. Sebab Jijah memang tak handal bab-bab nak jawab kuiz kekdahnya. Menyerah diri kekdahnya! Gituew.

Jadinya sewaktu dah nak pulang menanti Ayah dengan penuh redho dan paswah , tiba-tiba dapat panggilan dari rakan yang menang lepak bersama Amar. Katanya Amar tanya mana Jijah. Gituew. Kau mampooooo retis tanya pasal kau? Kau mampoooo? Okay annoying gila kau Jah! Hahahah.. Tak sebenarnya Amar tanya sebab masa sebelum diorang gerak pergi tempat lepak , nampak kelibat Jijah dimana-mana. Jijah kan is everywhere kan? HAHA. Lepas tu tetibe tengok Jijah tak ada masa dekat tempat lepak kan. HEHE. Iyelah , Jijah bukan pemenang , tak akan tetibe nak menyelit khen? Tapi bila kawan Jijah call dan bagitahu Amar tanya , haruslah Jijah gegedik pergi tempat lepak tu kan? Mujur Ayah lambat sampai. Wakakaka , mujur ye Jijah?! Hampeh betul kau Jijah! Ekekeke..

Makanya , sempat lah Jijah lepak dan berborak dengan Amar secara berjemaah lebih kurang setengah jam. Jijah je lah yang setengah jam , orang lain lama lagi rasanya. Jijah terpaksa pulang awal khen. Iyelah dah memang bagitahu Ayah suruh datang ambil awal katanya. Hihiks. Tak apa , walaupun sekejap saja melepak dengan Amar dan tunangnya Arna, tapi tetap banyak gambar yang ku snap khas untuk tatapan peminat Amar yang membaca belog Jijah. Hihiks. Suka tak ? Suka tak ? keh keh keh.










Maaf Jijah terpaksa cantumkan gambar-gambar ini semua. Kalau tidak berpuluh keping gambar yang ada dalam entri ini. Mahu juling mata semua orang baca nanti. HEHE. Meski cuma setengah jam begitu Jijah melepak bersama Amar dan tunang , Arna serta pemenang kuiz Amar Asyraf tapi macam-macam cerita dan kisah yang Amar sempat kongsi dan bercerita. Walau cuma sekejap tapi memang rasa seronok sangat katanya.

Apa-apa pun terima kasih untuk Amar yang sudi mengajak Jijah untuk melepak bersama meski Jijah bukan pemenang kuiz tersebut. Terharu sangat hokkay! Sempat juga belanja Jijah makan dan minum. Dah lah Jijah dengan bangganya order dua gelas air. Erkkkk. Jijah memang tak reti malu sangat khen?! Ekekekek.

Gituew. Apa-apa pun terima kasih untuk masa yang diluangkan bersama kami semua hari itu Amar dan Arna meski tidak tidur seharian tetapi masih boleh bercerita bermacam-macam cerita dan tetap tersenyum dan ketawa riang bersama. Itu yang paling seronok sebenarnya. Jijah memang suka dengan Amar dan Arna yang sangat sporting dan friendly ni. Meski baru saja dua kali bertemu tapi keramahan theyols berdua memang menakjubkan perasaan Jijah. Haaa dah keluar dah bahasa dramatik Jijah khen? Hihiks. Oh tak lupa terima kasih juga untuk kawan Jijah , Wanie yang sempat telefon Jijah sehingga Jijah terlompat atas tengah jalan raya eksaited punya pasal nak menuju ke tempat lepak tu khen? HAHAHA. Ini cerita benar yer? HAHAHA.

Meski sekejap saja tapi sangat enjoy dan fun melepak bersama gituew. Cuma tak sempat nak berkenalan secara serius dan lama dengan mereka semua dek kerana kesuntukan masa kena berkejaran balik cepat khen? Sedihhhh. Maka berakhir sudah part 2 yang dijanjikan kepada semua yang menantikan kisah ini. HEHE. Harap ampun dan maaf kalau terlambat gituew nak mengupdate cheritai ni. Ada banyak perkara yang perlu diselesaikan dengan segera minggu ini selain mood turun dan naik untuk mengetuk kibod. HEHE. Harap semua enjoy dan gembira membaca entri ini! Tehehehe.

Oh macam biasalah kan , sebelum berpisah nah sekeping gambar kami bertiga.


Jijah , Amar & Arna.

I iz suka gambar ni 

Terima kasih sudi baca entri ini :)

1 comment:

✿ pink velvet ✿ said...

wahhh! untungnyer dpt jumpe jejaka hot ni, hehe~