Home

Thursday, February 13, 2014

Fenomena Tengku Adam Kamil & Ariana Rose?

Siapa yang tidak kenal dengan Tengku Adam Kamil dengan Ariana Rose? Pasti mereka yang mengikuti drama slot Akasia di TV3 setiap jam 7 malam mengenali hero-heroin yang sedang meningkat naik nama iaitu Keith Foo & Nur Fathia. Bagi mereka yang tidak tahu , Ariana Rose merupakan sebuah adaptasi dari sebuah novel yang cukup popular hasil tulisan novelis Evelyn Rose iaitu The Wedding Breaker.

Ariana Rose bukan sahaja dilakonkan oleh Keith Foo dan Nur Fathia , malah turut dilakonkan oleh pelakon lain yang cukup hebat lakonannya seperti Nabila Huda , Arja Lee , Hisyam Hamid dan ramai lagi. Drama yang mempunyai 28 episode ini diarahkan oleh pengarah tersohor Raja Alaudin. Jijah memang mengikuti drama Ariana Rose ini sejak dari episode pertama lagi dan memang Jijah tidak nafikan Jijah memang mencakar teruk menonton drama ini. HAHAHA. Well , siapa tidak kenal Jijah kan? Kalau bab-bab menggeletis dan mencakar , nah kasi saja pada Jijah khen? *panggggggg

Sebenarnya Jijah bukan pembaca novel The Wedding Breaker tatkala memilih untuk menonton drama Ariana Rose ini. Tetapi hati bagai mahu menonton saja drama ini sejak dari episode pertama malah tidak satu episode pun yang Jijah tidak menonton. Memang sesuatu sangat aura drama ini. Ariana Rose mungkin sebuah drama yang sempurna atau yang mengikut setiap babak seperti di dalam novelnya itu sendiri. Namun Ariana Rose mempunyai satu rasa membuatkan Jijah berminat untuk menonton. Bila orang memberi komen sinis atau apa sekalipun tentang drama ini , Jijah tetap juga membuat muka toya terus menggeletis dan terus menonton tanpa rasa bersalah. HAHAHAHA.

Biasalah , pendapat orang berbeza. Ada yang suka ada juga yang tidak suka. Semua orang berhak memberi pendapat masing-masing dan juga berhak untuk minat atau tidak bukan? Cuma untuk Jijah , memang Jijah sangat-sangat menyawan dengan Ariana Rose ini. Atau sebenarnya menyawan melihat Keith Foo? EH! Jujur sangat statement Jijah khen? HAHAHA. Memang juga tidak dinafikan , dek kerana watak Tengku Adam Kamil ini , tiba-tiba minat Jijah pada Keith Foo bertambah katakau! HAHAHAH.

Sebenarnya bukan nak memberi pendapat tentang drama ini atau mengenai kekacakkan Keith Foo tetapi hendak berkongsi gambar dan kemeriahan Majlis Pra Tonton Ariana Rose Episode 26 & 27 serta Sesi Bertemu Peminat Bersama Para Pelakon Ariana Rose. Majlis telah berlangsung di One Utama pada hari Selasa lepas dan Jijah dengan gigihnya turut menyertai untuk bertemu dengan para pelakon. Memang Jijah menantikan majlis ini kerana ingin merasai fenomena Tengku Adam Kamil & Ariana Rose di depan mata. Amboi! HAHAH. 

Rasanya tak ada siapa nak membaca apa yang Jijah tulis khen? Jijah faham sekarang semua nak melihat gambar-gambar saja. Tak ada gambar yang cantik mana pun. Cuma boleh tahan juga gambar Keith Foo yang Jijah sempat snap memandangkan ketika Jijah sedang menunggu di satu bahagian , Keith Foo datang menghampiri katakau. Agak-agak sawan tak Jijah masa tu? HAHAHA , tak payah bayang , sebab Jijah pun tak boleh nak bayang! HAHAHA.





Memang agak payah nak ambil gambar yang cantik ketika Keith Foo baru sampai. Maklumlah bila event public begini memang bodyguard keliling artis sajork. Lagipun para peminat yang fanatik pun boleh tahan menyeramkan kan? HAHAHA. Aku yang fanatik dalam IG & Twitter pun cuak apatah lagi para artis khen? KATAKAU! hahahahaha. Masa mula-mula memang tak berpuas hati sangat sebab gambar kurang memuaskan keshantekkannya. Tapi orang kata bila bersabar banyak-banyak nanti kemudian dapat ambil gambar shantek-shantek khen? HAHAHA. Memang betul pun , Keith Foo terus datang depan mata dan muka. Hadap lah kau nak ambil gambar banyak-banyak sampai muntah khen? HAHAHA T_____T

Peminat Keith Foo nak cuci mata tak? Nah gambar-gambar ini khas untuk semua peminat Keith Foo. Kebetulan rezeki nak ambil gambar Keith Foo dengan macam-macam posing tapi senyuman maintain manis. 





Bila asyik jerit KEITH FOO KEITH FOO *tak payah nak bayangkan! LOL!* , memang terus Keith Foo menghala ke arah kamera Jijah dan mereka yang menjerit.

Siapa tak mencakar jika begini kan? Asal jerit pandang asal jerit pandang!

OVERNYA STATEMENT KAU NYAHHH -___-'




Apa hensem sangat ni?
Apa manis sangat ni?

T____T

HAHAHA , sebenarnya tercakar netbook sendiri masa nak mengedit gambar meletak watermark segala. Memang tersawan teruk tuan punya belog menatap kembali gambar-gambar khen? HAHAHA. Oh ya , entri ini confirm bakal menjadi panjang berjela. Confirm! Gambar sahaja bakal menghiasi dalam berpuluh-puluh keping kan? Dengan ayat-ayat dramatik lagi kan? HAHAHAHA T____T

Sebenarnya sesi meet & greet beserta majlis pra tonton drama Ariana Rose ini dianjurkan oleh TV3 dan juga Dramafest KL. Bukan sahaja para pelakon Ariana Rose yang ada pada hari tersebut. Malah , pelakon dari drama Love You Mr Arrogant , 7 Suami , Playboy Itu Suami Aku turut hadir memeriahkan majlis. Tapi memang Jijah tidak sempat untuk mengambil gambar setiap daripada mereka memandangkan peluang untuk meredah agak payah.  Okay nak tengok gambar lagi? Nak tak? Nak tak? Mestilah nak kan? HAHAHA.












SUKA KE TIDHOKKKKK peminat Keith Foo?

HAHAHAH. Jijah sendiri pun tak cukup oksigen tengok gambar sendiri khen? Eh!

Sebenarnya tak sangka ada banyak gambar yang cantik-cantik. Sebab tu diri sendiri terasa macam tak cukup oksigen kan? Tapi ini semua memang Jijah dah niat awal-awal untuk berkongsi dengan semua pembaca belog Cherita Emo-Temo selain daripada untuk semua peminat Keith Foo. Orang kata sharing is caring kan? Apa salahnya berkongsi kegembiraan bersama kan? Gittuew.

Memandangkan memang tengah mood Ariana Rose , maka ada banyak lagi gambar yang hendak dikongsikan bersama korang. Tengoklah sampai korang rasa nak terjuling mata khen? HAHAHA.









credit gambar : Kak Sue yang telah memenangi kuiz di Twitter :)

Puas hati atau tidak ni uols? Kalau tak puas hati jugak , memang Jijah cubit-cubit pipi korang hokkay? HAHAHA. Memang gambar sangat banyak siap Jijah meminta sedikit ikhsan dari rakan Jijah yang menang kuiz di Twitter yang dapat duduk di barisan hadapan pentas okeh? Gigih tak gigih Jijah demi nak kasi korang cuci mata bebetul khen?

HAHAHAH , kemain statement kan? Keseluruhannya memang majlis ini cukup meriah dengan ribuan orang yang hadir yang menjerit menyawan dan menyerupai Jijah tidak cukup oksigen dalam kata lainnya. HAHAHAHA. Jijah rasa memang patut berterima kasih buat TV3 serta pihak Pena Creative yang sudi menjayakan majlis seperti ini. Haruslah kan? Dek kerana peluang ini mereka yang meminati para pelakon Ariana Rose dapat bertemu dengan artis pujaan mereka malah turut dapat beramah mesra kan? Jijah pula yang seronok melihat telatah masing-masing kan?

Kaedahnya Jijah yang feeling terharu dah kenapa? HAHAHA. Konsepnya Jijah dapat bergambar ke tidak dengan para pelakon Ariana Rose ni? Agak-agak korang lah kan dapat ke tidak? HAHAHA , soalan amboi amboi sangat kan! HEHE , Alhamdulillah berkat usaha yang gigih dibantu oleh rakan yang membantu tanpa jemu ececece , dapat jua bergambar dan bertemu katakau. Tapi sebenarnya ini bukan pertemuan pertama pun dengan mereka. Namun tetap gembira dapat juga bertemu berborak dan bergambar.


Jijah & Hisyam Hamid


Jijah & Arja Lee


Ada yang tak kenal ke? HAHAHA

Jijah & Keith Foo.

Keith Foo yang sangat lah soft spoken dan sangat lah friendly.

Macam mana tak sawan teruk kan? T____T



SAWAN LAGI. 

T____T

HAHAHAHA , Jijah memang over! Maafkanlah Jijah. Sebab hari ini episode akhir , maka tahap geletis dan over-nya memang bertambah dosnya berbanding kebiasaannya. HEHE. Akhirnya selesai juga menepek gambar serta menulis dengan panjang lebarnya. Memang hanya dengan mereka saja yang sempat bergambar memandangkan Jijah pun tidak berapa nak gigih untuk menunggu mengejar dan sama waktu dengannya semata-mata untuk bergambar. Lagipun keadaan kesihatan Jijah ketika itu tidak begitu baik. Tapi demi Ariana Rose , ku gagahi jua katakau! HEHE.

Maka , hari ini episode terakhir Ariana Rose. Kalau sesiapa yang sudah membaca novel The Wedding Breaker pasti sudah tahu kemanisan di pengakhirannya. Namun sudah tentu bentuk adaptasi mempunyai kelainan sedikit. Sebab itu Jijah tidak terasa tertekan mahupun sakit hati dengan adaptasi drama ini. Sebab Jijah tahu yang adaptasi novel ke drama tidak akan ada yang sempurna. Mungkin ada kekurangan di sana tetapi di lebihkan di sini pula. Mungkin ada yang cuba membandingkan dengan drama adaptasi lain namun Jijah tetap jua merasakan Ariana Rose mempunyai kelebihan kemanisan yang tersendiri. Good Job Keith Foo & Nur Fathia untuk keserasian dalam Ariana Rose. Juga untuk pelakon-pelakon lain yang tidak kurang hebatnya kan? Paling penting good job Evelyn Rose kerana menghasilkan sebuah novel yang bukan sekadar sebuah novel namun penuh pengisian lantas menjadikan drama ini turut menjadi sebuah yang lain daripada yang lain. Oh saya bias? Biarlah , saya punya belog , suka hati saya kan? HAHAHA.

Good Job & Tahniah team Ariana Rose! Kerana telah membuat hari-hari saya mencakar tanpa henti , senyum tanpa lekang serta marah tanpa kawalan. Amboi , nampak sangat ayat propa! HAHAHAH. Sudah pasti Jijah bakal merindui , Ariana Rose & Tengku Adam Kamil selepas ini. Itu sudah tentu! Jadi , ada tak yang tersampuk dengan fenomena Tengku Adam Kamil & Ariana Rose ini? HEHE.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

2 comments:

Liyana said...

tabik springggg!!! kat jijah. hehehe

iols x penah tgk ariana rose. x sempat nak tgk. hari ni last eh? nak tgk lah hahaha

Haelenyra De Lunna said...

Oh my gosh!...best giler jumpa keith foo wlupun mmg meroyan gak bc crita emo temo awak.hhehe..aneway..awak dpt chance tak ke meet n greet events KF?