Home

Thursday, August 7, 2014

Minat & Sasau Dengan Zul Ariffin? Jom Ikuti Perkembangan Zul Ariffin Melalui Zul Ariffin FC!

Rasanya tidak perlu lagi diperkenalkan lagi Zul Ariffin yang kini namanya kian meloncat naik dek kerana penangan drama bersiri Rindu Awak 200%. Rasanya memang ramai yang sudah sasau teruk dengan watak Zill Faezrul yang dilakonkan oleh Zul Ariffin. Seronok betul bila tengok telatah peminat Zul Ariffin yang bermacam ragam bila mengomen di IG mahupun di twitter. Itu pun termasuk dengan Jijah juga lah yang bermacam ragam itu. HAHAHA.

Sebenarnya bukan nak cerita pasal watak Zul Ariffin dalam entri ini. Jauh sekali nak cerita pasal kegeletisan Jijah bila tengok gambar Zul Ariffin di Instagram mahupun mengupdate Twitter. Bukan , jauh sama sekali. Tetapi Jijah nak mengajak korang semua yang sedang sasau teruk dengan Zul Ariffin untuk mengikuti perkembangan kerjaya dan sama waktu dengannya menerusi official fanclub Zul Ariffin iaitu Zul Ariffin FC



Korang tak payah nak ternganga mulut terkejut segala okay? Haruslah abang badang tua yang sado ini ada fanclub okay? Gilerrrr kau tak ada? HAHAHA. Jijah tahu , korang semua mesti gigih nak ambil tahu serba serbi mengenai Zul Ariffin. Terutama mengenai drama yang korang terlepas nak menonton atau drama akan datang yang akan dilakonkan oleh Zul Ariffin. Kan? Sebab itu korang kena follow Zul Ariffin FC di Instagram & Twitter untuk mengikuti lanjut mengenai Zul Ariffin katanya. Tapi jangan kau harap nak menyibuk mengenai peribadi Zul Ariffin pulak. Kau sokong kerjaya dia ke nak menyibuk hal peribadi dia kan? *angkat kening ala-ala Zill Faezrul,lol. HAHAHAHAH , garang betul Jijah sekarang ni!

Okay , untuk peminat Zul Ariffin yang dikasihi berikut media social Zul Ariffin FC yang boleh korang follow okay? Give them a support guys!


INSTAGRAM : ZulAriffinFC


TWITTER : ZulAriffinFC


Jangan Lupa Follow ZulAriffinFC di Instagram & Twitter ok?

Dengan satu klik , korang boleh mengetahui lanjut mengenai apa saja tentang Zul Ariffin. Yang paling Jijah gemar ZAFC sangat tidak lokek untuk berkongsi video yang mempunyai Zul Ariffin dalam mana-mana drama. Itu memang paling buat Jijah tercakar tersenyum dan tersengih seorang diri okay? Kau ghaserrrr? Paling busuk pun senyum simpul katakau! HAHAHAHA.

So lepas ini untuk peminat Zul Ariffin , korang tidak akan terlepas apa-apa maklumat mengenai Zul Ariffin lah kan? Mana tahu korang teringin untuk bertemu depan-depan dengan Zul Ariffin , haruslah lagi korang mengikuti Instagram/Twitter ZASG okay? Sebab apa? Sebab mestilah fanclub pasti akan memberitahu bila dan ketika untuk bertemu dengan Zul Ariffin dan mungkin juga akan ada private event yang selalu fanclub akan lakukan. Tak gitu? HAHAHA. Maaflah Jijah kalau bab bercerita event ke bertemu ke memang rasa macam teruja gittuew. Ala-ala Zul Ariffin ada depan mata.. eh? HAHAHAHA *panggggg

Juga untuk yang hendak mendaftar sebagai ahli fanclub Zul Ariffin , korang juga boleh berbuat demikian dengan terus menekan SINI saja okay? Alah , sekadar isi borang ala-ala nak masuk pengakap ala-ala nak masuk kelas memasak gitu aje. Tak ada pun mintak gambar passport ke , minta bayaran tambahan ke. Tak ada pun semua itu okay? Jadi kalau korang memang terasa sudah sasau teruk dan minat dengan setiap lakonan Zul Ariffin , apa kata korang terus mengikuti ZAFC yang akan menjadi on behalf of Zul Ariffin mengupdate apa yang patut katanya. 

Rasa macam sudah banyak info Jijah kasi dalam entri ini. Sekadar membantu mereka untuk mengewar-war kan lagi mengenai official fanclub ini. Lagipun memang seronok sebenarnya bila kita join FC begini sebab kita dapat kenal dengan ramai orang dan dapat mengenali artis itu sendiri dengan lebih dekat katanya. Apa salahnya kalau sekali sekala menyokong kan? Gittuew. Hiks.

Sebelum ayat geletis keluar kembali , baik Jijah menitik-noktahkan entri ini. Nanti kan makin sarat dengan ayat-ayat sasau tanpa henti kan? HAHAHA. Kesian ZAFC baca nanti tau. HAHAHA. Tapi sebelum itu nak tepek sekeping gambar Zul Ariffin yang dik Jijah rasa macam nak pengsan bangun balik bila tengok. Gambar ini dik Jijah curi sajork dari Instagram Zul Ariffin. HAHAHA. 

Hehagak pengsan tak? 


OK pengsan. 

Sasau bila nak kebah ni? Kena dapat jumpa baru kebah ke apa ni? 

EH! mengada-ngada! HAHAHAHA.

bai.

Terima kasih sudi baca entri ini :

3 comments:

Ayu said...

Baca sasauuuu
Tgk foto sasauuuu
Kau ghasa???

Jajablinkblink said...

Tuhan tolongggggggg

azin said...

Kak jijah, pilot cafe bila nak tayang eh?