Home

Friday, August 1, 2014

Kembali.

Macam dah lama sangat tak ada sebarang update dalam belog ini. Memang terlalu lama sangat. Tak sempat langsung nak curi masa untuk mengetuk kibod. Cuma sempat mengerling sekejap sahaja. Itu pun tak mampu nak ambil masa yang lama.

Ya Allah , rindu sungguh dengan belog picisan ini. Demi sesuap spagheti , memang tak sempat langsung nak melempiaskan rindu dalam belog ini. Alhamdulillah , rezeki Ramadhan yang lepas membuatkan aku cukup sibuk menerima tempahan aneka Popia Roll Mini. Sebab itu juga aku tidak sempat betul untuk mengetuk kibod.

Aduh. Tak tahu hendak tulis apa. Sebab sudah terlalu lama meninggalkan belog ini sampai otak terus beku tidak ada idea langsung untuk menulis apa lagi. Memang sekadar untuk melempiaskan rindu semata-mata. InsyaAllah jika ada masa lagi , Jijah akan cuba mencuri masa untuk mengetuk kibod lagi. 

Ewah ewah. Kaedah macam ada peminat sajork kan? Padahal... HAHAHAHA. Sebelum Jijah menitik-noktahkan entri ini , nahhhh terima-lah sekeping gambar dari Jijah. Mana tahu rindukan Jijah sangat-sangat ke kan? Walaupunnnn.. HAHAHA.


Ijah & LoveZaraZya FC dalam Media Hiburan edisi khas Aidilfitri.

Konsepnya kau hado? Cover depan Aaron Aziz. 

Memang helokkkk sangat!

T_T

okbai.

p/s : Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Andai sepanjang Jijah menulis dan berkongsi gambar dan cherita pernah menyentapkan perasaan para pembaca , Jijah pohon seribu kemaafan dan menyusun sepuluh jari memohon maaf. Kadangkala memang kita sendiri pun tidak sedar dengan kekhilafan diri sendiri kan? InsyaAllah , akan datang akan diperbaiki tulisan-nya agar lebih bermanfaat dan bukan untuk tatapan ketika bosan semata-mata. Eceh.

Macam mana raya korang? :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)



No comments: