Macam sudah agak lama Jijah
tidak berkongsi gambar-gambar ketika ke tempat penggambaran dengan engkorang
semua dalam belog picisan ini khen? Kalau dulu , selalu sahaja ada update tak
kira masa. Sekarang hendak bukak laptop pun kena pegang tasbih kekuat sebab tak
kuat nak mengetuk kibod lagi dah khen? Kikiki. Kali ini Jijah hendak berkongsi
dengan engkorang semua gambar-gambar yang sempat Jijah rakam sendiri ketika
Jijah sempat menyinggah ke tempat penggambaran drama bersiri yang sedang
ditayangkan di TV9 iaitu Amsyar.
Peluang yang diberi oleh
pihak Zeel Production terutamanya producer tersohor dan vogeh da vazz , Hj Zil
haruslah tidak disia-siakan oleh Jijah. Peluang bukan datang bergolek. Kalau
dah dapat peluang haruslah dicapai dengan sebaiknya khen? Sebenarnya
penggambaran untuk drama Amsyar ini sudah lama dilakukan. Malah sudah habis
pembikinan drama bersiri ini. Tapi biasalah , Jijah yang cukup diva ini, barus
sekarang hendak kongsikan gambar-gambar dengan engkorang khen? Kikiki , maafkan
Jijah!
Kalau ada yang masih belum
tahu , Amsyar merupakan sebuah drama lakonan Elly Mazlein , Redza Rosli , Ben
Laden dan ramai lagi. Turut berlakon di dalam drama bersiri Amsyar ini ialah
teman buat perangai Jijah iaitu Kaka Lynn. Kihkihkih. Kaka Lynn memegang watak
sebagai Kak Murni. Engkorang jangan memain , Kak Murni pun bakal ada FC tau!
Kahkahkah! Makin vogeh da vazz lah teman buat perangai Jijah yang sorang ni
khen? Hakhakhak , konpem kena kecam lepas dia baca entri ni nanti :p Dah tak payah nak tulis
bebanyak sangat. Meh tengok gambar-gambar jom!
Haaa , puas hati tak
engkorang? Atau nak lagi gambar ni? Hehamboi! Cer peromot belog picisan ni
bebanyak. Baru lah rasa seronok nak share gambar khen? Kahkahkah! Melampau!
Kalau ada yang teringin untuk membaca sinopsis drama bersiri ini , boleh
membaca entri AMSYAR yang lepas tau , sebab disitu Jijah ada berikan sinopsis
khas untuk engkorang semua. Kalau engkorang ada masa yang lebih hendak sesantai
sebelum waktu tidur korang. Boleh lah menonton Amsyar setiap Selasa - Ahad jam
8.30 malam. Korang pasti tak akan rasa menyesal untuk menonton drama ini kerana
gabungan pelakon baru dan lama yang cukup menyengat!
Jijah sendiri tidak lepaskan
peluang untuk menonton drama ini yang penuh dengan emosi dan airmata. Memang
layan juga menonton drama ini. Korang semua jangan lupa untuk menonton juga
okay? Lakonan Elly Mazlein , Redza Rosli serta pelakon-pelakon lain memang
tidak akan menghampakan engkorang semua. Jalan ceritanya juga tidak kurang
hebatnya. Penuh berliku dan konflik. Jangan engkorang mengharapakan cerita
cinta manis bersemut pula. Itu tunggu drama lain pulak HAHAHAHA.
Haaaa kekdahnya tak ada bergambar dengan Elly Mazlein kew? Kehkehkeh! Mana mungkin khen? Sesambil kita datang melawat tempat
penggambaran , menyaksikan mereka semua berlakon serta para krew dan team zeel
production menyiapkan naskah ini haruslah diselitkan sekali dengan sesi selfie
khen? Oooopss!
Kak Lina Pom Pom dengan Jijah!
Maafkan wajah kemengantukan Jijah ittuew!
kehkehkeh!
Waheeda & Kak Murni
Gitchuew!
Haaaaa puas ke tidhok engkorang semua tengok gegambar ni? Haruslah puas khen! Ekslusif gitchuew! :p Engkorang semua ada yang
menonton drama ini tak? Amacam ? Ada yang menonton sambil menyediakan berpuluh
kotak tisu tak? Cer citer sikit! Harap engkorang semua seronok dan terhibur
membaca entri ini ya. Dan jangan lupa untuk menonton Amsyar setiap Selasa - Ahad setiap 8.30 malam di TV9.
Terima kasih sudi baca entri
ini :)
