Home

Tuesday, December 28, 2010

Dramatik Sungguh!

Kisah dramatik ni , kisah budak kenit yang di jaga oleh Umi aku. Nama dia Darwisy , tapi kami seluruh keluarga panggil dia Awisy. Wah introduction , macam apa je kan? Heheheh. Kisah nya , budak kenit yang sungguh bijak bestari ini memang bijak berfikir. Tak boleh nafikan benda tu. Kalau nak cherita kan keseluruhan perangai dia , memang sampai lusa tak habis okeh. Banyak betul peel dia tau. Ekekeke. Tapi kitaorang redha je la. Haha.

Kisah nya , sejak last week dia selsema , batuk dengan demam sikit-sikit.Biar sakit macam mana sekalipun , aktiviti bermain dengan LEGO , ELMO , BARNEY , CAR berjalan seperti biasa cuma tak sekencang selalu lah kan. Main pun sambil tidur. Kesian pulak tengok. Hehehe.

Kisah nya , hari ni dia macam dah boleh menyanyi , berjalan kehulu kehilir macam biasa. Tapi hingush dengan batuk still ada lagi la sikit-sikit. Lepas tu kebetulan aku pun selsema jugak. Sakit tekak , batuk dengan demam sikit. Jadi of course la aku feeling tak selesa sampai nak mandi , nak makan pun tak nak buat semua nya. Adey. Lepas tu si kenit ni biasa lah kan , bila aku senyap tak nak layan dia mula lah datang menyakat. Mula lah datang buat perangai pelik dia segala. Redha saja lah kan. Lepas tu aku buat tak tahu je lah kan. Lepas tu bila aku tak layan langsung mula lah dia buat ayat dia.

Ijah ni dah tak sayang Awisy ke?

Umi ... Ijah dah tak sayang Awisy !!!

*mulut muncung sambil tunduk muka masam mencuka!!*

Aiyark! Budak kenit ni , suka betul buat aksi dramatik kalau orang malas layan perangai dia kan? Ngehehehe. Kadang-kadang macam touching bila budak kecik ni cakap macam tu. Tapi kadang-kadang macam geram bila 10 kali dia ulang okeh? Ngahahahaha. Aiyoyoyoy! Ni pun tadi baru lepas ulang soalan sama. Alalalala , Ijah bukan tak nak melayan kerenah kamu tu walaupun memang nak main dengan dia puas-puas. Starting next year memang dah tak boleh nak main lama-lama dengan dia. Mesti aku lagi rela tidur petang daripada duduk bermain dengan dia khen? Kikikikik.

Memang si kenit ni kalau bab-bab dramatik memang shomel sangat dia buat. Bila dia ada dekat rumah ni memang riuh kecoh kepoh bising. Bunyi tapak kaki dia pun berbunyi macam apa aje. Kalau dia tak ada sangat sunyi macam tak ada orang dalam rumah.Maklum lah orang dalam rumah ai semua nya pendiam belaka. Kikikik. Ai je lah yang kepoh kot. Hehehehe. 



tak tahu sejak bila dia suka bergambar sambil posing mulut muncung??? *nangis* 

haha , my cute handsome boy xD

ChurpChurp | Social Share » Take the Nestle Wellness Profiler test today! (Preview)

ChurpChurp | Social Share » Take the Nestle Wellness Profiler test today! (Preview)

Iye dah pukul 5 pagi. Jam aku ok tak rosak pun. Jangan risau. Hey panjang nya tajuk! DUSH!!

Ehiks. Aku muncul dengan hapdet terbaru. Hapdet kali ni tak tahu apa motif nya , cuma yang aku tahu .... aku tak boleh tidur maka duduk melangut depan laptop kerana nak tidur pun payah. Payah nak bernafas. Tengah selsema , hidung tersumbat , lepas tu mengalir-ngalir air hidung ni sampai aku rasa nak menangis je. Haish! Lepas tu pulak bersin dia mak aii macam aku baru lepas dating dengan Inche Debu tau? Nyampah mak!!

Serius tak selesa gila sekarang ni. How I wish I am feeling good right now and can sleep well  too. Ish , betul lah nikmat nya bila kita sihat. Hmmm... so apa aku nak buat lepas ni? Baca novel Lagenda Budak Setan yang aku pinjam dari BFF aku? Baca novel Siti Rosmizah yang baru di beli walaupun dah lama dia published buku tu? Baca buku sekolah memandangkan tahun depan SPM wehh -___-' *sedar diri kejap* Hik Hik Hik.

Nak edit gambar sleepover , dah ada yang aku edit tapi kan ... semua whole gambar yang aku dah pilih cun perasan cantik opss semua pun dah berapa belas kan? Tak kan nak letak dekat belog sendiri setakat dua tiga keping je kan? Atleast kena la letak 20 keping kan? *juling mata sampai korang rasa nak lempang*  Heh , gedik betul kan? Tehehehe. Oh ya semalam dapat makan Char Kuey Tiow beli dekat area rumah aku ni. Perghhh , sedap wehh walaupun tekak aku gila perit dah rasa macam makan bubur McD tapi versi pedas , tapi tetap aku kata sedap. Syukur dan redha je lah khen? Hehehehe.

Lepas tu sekaran ni? Aku dah terasa nak makan KFC. Entah apa kejadah nya pun aku tak tahu.Nak makan roti bakar pun ada jugak rasa.Nak makan ABC lagi lah teringin.Sejuk je tekak aku nanti.Wallawehhh...semua benda aku nak telan kan? Apa kau ingat kau Big Foot nak makan segala juadah? *petir*

Ok sekarang terus tak terasa nak tidur.Selagi mata mampu bertahan , selagi air hidung terusan mengalir tak reti nak berhenti , selagi itu lah aku duduk melangut belogwaking segala kan? Hehehehe. Selagi kepala tak berdenyut pening , selagi tu lah duduk depan laptop.Aiseh. Oh ya ya , jom tengok sneak preview untuk SLEEPOVER with BFF , DEE M dekat her house last week ;)



please ignore our face who are trying to be like Ayat-Ayat Cinta. muahahaha

yes i love this picture. tq mr timer. ekekeke ;)

oh bila nak tidur ni , doa kan aku cepat sihat ye? next week nak sekolah. tak suka demam :(

bye uols!


oh em gey,sila jangan endahkan tajuk entry yang macam nak kena lempang ituew.erk!

Monday, December 27, 2010

Tadi Fikir Lain. Sekarang Fikir Lain.

Sebenar nya di akhir-akhir holiday school nak habis ni macam-macam benda aku nak buat. Macam-macam perkara yang tak dirancang pun dah habis buat.Ada lah certain thing yang aku nak buat tapi masa nampak terlalu suntuk untuk buat semua sekaligus. Tak tahu kenapa , this time cuti aku hari-hari mesti ada aktiviti. Kalau tidak melangut depan laptop , kemas bilik , baca buku / novel / motivation book dan sama waktu dengan nya saja tau. Kali ni mesti dapat mesej dari sesiapa which is yang aku kenal lah meh. Tak kan mamat nepal mana-mana entah pun aku sms kan? GILA!

Sebab itu kalau korang perasan , belog aku sejak dua menjak ni dah susah nak tengok caption ayat banyak gila. Melainkan gambar ... gambar ... dan gambar.. Tehehehe. Memang biasa je gambar aku. Tapi okay lah , atleast aku boleh simpan memori-memori yang ada bertandang dalam hidup aku yang bukan selalu dapat tu kan? Teeehee xD

Well , sepatut nya aku update pasal sleepover/lepak with my schoolmate time sekolah rendah.But yeah aku malas gila nak edit gambar. Tak edit gambar nanti ada la yang jenis suka main je cilok gambar.Dah edit gambar ... datang persoalan lain pulak. Ada ke orang tengok T_T Ke aku sorang je yang feeling sume? ERK! Apa-apa je lah. Maybe tengah malam nanti kot baru aku mengedit semua. Now tak larat sangat nak edit gambar semua.

Tengah selsema , pening kepala semua sekaligus datang hari ni.Aiyark! Harap-harap esok lusa dah oklah. Tu yang terus batal niat nak hapdet pasal jenjalan , sleepover semua.Tehehehe. Sorry ye :( Nanti esok insyaAllah aku hapdet ye :)

So goodnight everybody :)

TEASER : Perjalanan Dua Beradik Di Tengah Kota Raya



Yuhuu!! Oh yeah , kali ni aku cuma boleh letak gambar sekeping yang tak langsung menggambarkan seperti tajuk tu kan? Kikikikik. Mana boleh cherita penuh lagi. Nanti aku update lagi , itu pun setelah selesai update entry terbengkalai bersama rakan-rakan kan? AIyark! Banyak benor aktiviti merakam peristiwa terindah bersama rakan-rakan dan family sampaikan dah pening nak hapdet yang mana satu dulu.Kikikik.

InsyaAllah by esok dah boleh update semua kot. Tehehehe , tak promise but I'll do that jugak walau macam mana sekalipun sebab nak kasi meriah sikit belog ni. Tak kan nak kasi bersawang kot kan belog ni? Hiks. Nanti kan ye Perjalanan Dua Beradik Di Tengah Kota Raya. ;)

Till then , muah xD