Home

Friday, February 4, 2011

Saya Cantik. So what?

Eheh. Sebenar nya semalam datang mood pujangga untuk edit gambar-gambar yang di ambil di sekitar Masjid Besi ituew. Sekarang ni jarang betul nak dapat mood mengambil gambar , mood nak edit gambar kasi chantek sikit sebab ai memang dah chantek , so what? *juling mata* Muahahahahah  , everybody has their own beauty okeh , tetibe. Wakakak.

Sudah Sudah tak mahu merapu. Sebenar nya nak tunjuk gambar-gambar dekat Masjid Besi semalam. Alah gambar biasa guna kamera biasa je pun. Bukan kamera DSLR yang mahal sampai tergugur bulu kening ni okeh. Ngeh ngeh. Lepas tu aku edit sikit-sikit. Tahu , tak cantik aku edit macam orang yang pro , tapi sebab aku punya mata kata chantek , jadi korang tengok je lah sampai julingz. Erk!







suka dengan gambar ni. refleks dari lantai yang bersih. tak guna edit apa pun. hehe.


pintu masuk.



Heh , sikit je pun gambar yang edit sebab mata tak larat nak tengok laptop lama-lama. Ngeh3x. Sekarang ni mood teringin ya hamat nak ambil gambar. Tak kisah gambar apa sekalipun.Dah bosan ambil gambar diri sendiri. Heh. Tapi kekdahnya macam rajin sangat nak keluar ambil gambar apa-apa yang lain kan? Sheesh! -.-' 

Ok , nak cherita dan tunjuk gambar je pun. Hohohoh. Nanti kalau aku rajn lagi aku update lagi. Kalau tak tunggu je lah bila-bila lah ek :P

Thursday, February 3, 2011

Sepintas Lalu

Hari ini Hari Raya Cina. Iye semua orang tahu sebab hari ini semua orang cuti. Kalau yang tak tahu tu , mungkin saja-saja teringin nak kena cubit-cubit manja lah tu. Eh , mengada betul kau ni Jah. Sebenar nya nak cherita sepintas lalu pasal hari ini. Tak ada benda yang mengujakan untuk di cherita kan. Tapi ada lah buat benda lain hari ini yang boleh di cherita kan.

Tengahari tadi pergi ke rumah kawan ayah dan umi semasa mereka pergi menunaikan Haji hampir dua tahun lepas dekat Putrajaya. Diorang nak jumpa berborak setelah lama diorang tak jumpa kan. Aku cuma mengikut je diorang. Eheh. Lagipun dia ajak makan-makan kan? Haruslah aku yang paling eksaited nak pergi. Muahaahha. Dasyat perangai kau Jah!*geleng kepala*

Well lama jugak lah pergi duduk dekat rumah kawan umi dan ayah tu. Ada lah dalam tiga jam kot? Eheh.Lepas tu Ayah tetibe nak pergi sembahyang dekat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau nama lain nya Masjid Besi. Hehe. Jenuh jugak nak mencari. Maklumlah tak biasa sangat dekat Putrajaya. Hehehe. Cantik jugak masjid tu. Tadi pun ramai jugak orang yang datang singgah situ. Semua ala-ala tak tahu gituew dekat mana tempat wudhu' , tempat solat. Hehehe. Mujur ada orang yang ala-ala macam guard aku panggil gituew bagitahu semua kan. Hehehe.

Lepas dah selesai solat semua , sempat jugak lah ambil gambar dekat situ.Heh, jakun tengok cantik.Ramai je yang duk amik gambar kan. Tapi tak mahu lebih-lebih. Masjid kan tempat untuk kita solat sembahyang semua.Macam tak comel lah pulak perangai kalau nak ambil gambar over-over khen? Kikikik. Kalau orang yang kahwin tu lain lah cherita. Haha. Lepas dah keluar dari masjid , kitaorang terus balik ke rumah. Tak pergi mana-mana dah. Heh. Ok ni nak tunjuk sekeping dulu gambar yang aku ambik dekat Masjid Besi tu. Lepas ni baru aku post banyak-banyak gambar ye. Malas nak ngedit. Kikikik



cantik :)

Ehem , so korang hari ini buat apa ? Aku setiap tahun tak kira raya apa pun memang akan beraya dekat KL gituew. KL oh kampung ku katanya. Muehehehe. ;P Eh tapi entry ni tehtap panjang kan? Hahahahah. :D

Wednesday, February 2, 2011

Mujur Rebah di atas katil Tapi pasal apa?

Kali ini nak update sesuatu yang buat mata aku menjadi bulat , mulut aku ternganga luas dan pipi ku yang shomel dan gebu ini di tampar berulang kali sehingga menjadi kemerahan tetapi bukan blusher ye? Ahaks. Kalau macam ini lah aku buat ayat mukadimah untuk esei BM SPM , mahu hentak kaki pemeriksa kertas. Jadi sebelum semakin menjadi-jadi ayat aku , baik aku terus kan cherita sebenar nya. Eheh.

Cherita sebenar nya , semalam pergi dekat belog Ustaz Love sebab suka baca tulis Ustaz Love yang kelakar ituew. Hehehe. Lepas tu dia cakap UV blog dia naik mendadak. Wah , best betul tengok UV belog Ustaz Love yang memang naik mendadak dan tabik wink wink lah sebab aku pun jarang betul nak dapat UV tinggi kalau tak buat belogwalking kan. Alah , tengah cuti sekolah ni belogwalking sekali sekala ok lah. Bila bukak sekolah , bukan kata belogwalking , wangsawalk belakang rumah tu pun tak sempat nak jenguk tau? *meraung*

Kikikikik. Jadi nya Ustaz Love pun bagitahu satu rahasia. Teruja ni baca sebab ada rahasia yang nak dikongsi oleh Ustaz Love. Gituew kan? Eheh. Ustaz Love bagitahu setelah di meletakkan backlines dekat belog Daus , UV traffik belog nya naik mendadak-dadak. WOW. Aku pun dengan tak reti sabar nya terus menuju ke belog Daus ituew. Memang dia ada menyediakan tempat or entry khas untuk letak kan url belog kita tetapi dengan syarat , kita letak copy code banner yang telah Daus sediakan dan kita letak di bahagian tepi belog kita ini.

Jadi aku pun turut sertai lah kan? Lepas ituew aku memang lupa kejap yang aku sertai ini pagi tadi. Eheh. Nyanyoks kejap. Choyy. Bila pergi dekat Nuffnang , hampir-hampir rebah tengok UV traffik sendiri. Gituew dramatik kan? Mujur online atas katil , kalau online atas kerusi , mesti rebah atas kerusi ? Gituew. *lempang* Ok lah UV traffic nya. Meskipun tak sebanyak orang-orang lain , tapi tetap bersyukur tau!



mahu tak pitam. dalam satu masa 80 uv? hello , ai selalu dpt 80 utk per day je :nangis: syukur!



Meskipun yang datang dekat belog saya tak sebanyak mana , tapi syukur lah jugak ada yang jenguk. Lepas tu aku nampak ada jugak yang follow. Tapi jangan lupa nak komen entry-entry saya pulak. Lagi bermakna tau. Gituew! So korang , cepat-cepatlah terjah belog Daus dan sertai nya sekarang. InsyaAllah , UV belog korang pun akan naik mendadak macam aku punya. Heh , mungkin lagi banyak dari aku punya :) 

Hoh Hoh , gigih ni buat entry khas :) Oh btw , Gong Xi Fa Cai , untuk semua yang merayakan nya esok. Kepada yang pulang ke kampung , hati-hati di jalan raya dan ingatlah orang tersayang. Kepada yang tak ada kampung macam saya , heh , jom lah jalan-jalan di sekitar kota raya. Pasti lengang tak orang. Muahahaha xD

nota kaki : BE saya dah tak muncul2 mesti dah nak ME :(

Mula-Mula Saya Tak Suka Awak tapi lepas tu *gigit jari*

Eheh. Terasa macam nak sipu-sipu malu kejap sambil gigit-gigit jari. Tehehehe. Memang betul apa yang tajuk aku tulis tu. Dulu aku tak suka dia. Dulu aku benci dia. Tapi sekarang , ehem ehem *blushing* macam dah start suka kan dia , dah macam mula tercari-cari dimana-mana mesti ada dia ... *gigit jari* 

PAEJAHHHHHHHHHHHHHHH!! *simbah air*

opocot tercabut gigi pelesu. *lempang*

Heh , berangan je lah nak tulis pasal chenta hati kesayangan dekat sini kan? Muehehehe. Biasalah kan aku ayat senantiasa menggedik gelenya tak kira masa kan? Ekekekeke. Gituew lah kan , tak tahu lah terlebih makan vitamin ke? Terlebih minum air manis ke? Atau terlebih minum Ribena? Oh na na , tidak tidak. Sebenar nya aku nak bercherita pasal Lagenda Budak Setan The Series. Well , aku sebenar nya agak terlambat nak mengikuti drama series ini yang baru sahaja melabuhkan tirai episod akhir semalam. SHOMEL , sangat shomel kan? Yelah bila dah episod bertukar rupa pelakon , baru nak menggodek YouTube kan? Ish Ish Ish. Nak buat macam mana sibuk belajar kan? Itu yang baru reti tengok tv. *betulkan spek*

Eheh. Sebenar nya aku sebelum ni Lagenda Budak Setan the movie pun tak pernah ambil tahu. Sebab ramai yang cakap tak best. Tapi lepas jumpa Farid Kamil *gigit jari* dekat preview Hantu Kak Limah Balik Rumah terus teringin membuak-buak nak tengok Lagenda Budak Setan the movie. Melampau kan perangai? Eheh. Alah , tengok dia datang dengan jeans dengan t-shirt dengan topi lepas tu sengih-sengih sambil makan sambil terasa nak menjerit tapi selamat kawan ai a.k.a kakak hangkut ai , Cik Kekure ada disebelah , kalau tak sure-sure air sirap masuk dalam mulut kalau menjerit masa tu jugak. Muahahaha. Naya lah mengutuk beliau ketika beliau melancong ke Fuji. Gituew? Hahaha.

Jadi nya , lepas terjumpa bertentang mata ke mata , eceh aku je yang over as usual. Heh , aku pun terus bukak youtube tengok Lagenda Budak Setan dekat youtube. Nak beli DVD tak mampu. Heh , nak beli handbag mampu pulak khen? *dush* Lepas terus jatuh chenta dengan Parid Kamil katanya. Gituew lah kan? Gediks sungguh. Heh Heh. Padahal sebelum ni macam hape je tak suka kan? Muehehe. Tapi ini biasa lah kan , budak remajew yoo... tak remaja lah kalau tak minat pelakon / penyanyi semua ni kan? Lagi tak remajew kalau tak minat Justin Bieber tu okeh? Gituew. *nyorok larikk*

Adush , ingat nak buat entry pendek-pendek. Tapi jadi panjang jugak akhirnya. Heh. Kekdahnya sekarang ni pulak aku menonton Lagenda Budak Setan the series shebab my kenit boy a.k.a Awisy selalu memintak dekat aku selain daripada cherita kartun *geleng kepala* iaitu Awisy nak tengok budak setan! Tak kisah lah Parid Kamil tengah berlakon dalam I'm Not Single ke? Drama RTM ke? Drama Swasta ke , as long as ada Budak Setan = Parid Kamil , dia layan. Pelik sungguh budak kecik ni? Mana dia tahu ai minat Parid Kamil? Heran Heran. Muahahaa. Padahal kalau dah tengok tv asyik tengok muka Parid Kamil jewr , mana budak tu tak kenal kan? *sheesh*

Tadi gigih print screen some of scene at Lagenda Budak Setan the series. Jap lagi nak komen kejap pasal drama ni eventhough tak tengok betul-betul lagi + last episode pun terlepas. Heh. COMEL. 



ini akashah a.k.a shah ketika di oberthesea yu.


mak ayu yang terlalu percayakan azmi. ish ish ...


kesian ayu. ish ish ish.


parid kamil .. i loike -.-


jue = ayu? oh tidak! -.-


heh , parid kamil lagi. uish.

Terdapat banyak perbezaan yang ketara di antara movie dan the series. Sudah semesti nya ketara. Aku ada pinjam novel Lagenda Budak Setan daripada my bff , Dee M. Aku ada banyak part awal , tengah dan last. Tak baca habis sebab agak kurang minat dgn penulisan Ahadiat Akashah. I'm sorry. Tapi sebab nak tahu keseluruhan cherita dia even skip sana skip sini , jadi aku tahu lah watak-watak penting , aku tahulah kisah kejadian yang di pertontonkan di dalam movie mahupun drama. Heh , rajin. Cuba buat novel Sastera Interlok , buat perbandingan watak semua , kau serajin itu kah IjahEmoTemo? *nangis*


Jadi nya perbezaan drama dan movie sudah tentu banyak dan ketara. Tak dinafikan aku lagi suka yang veris movie meskipun banyak part penting yang dia skip meskipun part Ayu bertukar wajah dan bertukar nama iaitu Amelia dan juga meninggal dunia ketika melahirkan anak ada tetapi banyak part penting di dalam movie tak ada. Tapi aku lagi suka movie punya version sebab ada Lisa Surihani. Tehehehe. Farid Kamil dua-dua versi ada.


Iyelah , movie nak kena cantas part ituew , part ini sebab masa agak terbatas. Drama lain lah pulak , tetiap minggu boleh tayang , sejam pulak tu kan? Eheh! Sebenar nya untuk drama dia punya best sebab dia memang ikut jalan cherita novel iaitu bermula di sekolah menengah, kemudian sambung belajar di luar negara. Berlainan dengan movie yang terus bermula di kolej dan tak ada pun part di oversea khen? Harus sadis gituew peminat novel Lagenda Budak Setan. Eheh. Lepas tu yang drama ni nak feel lebih pun boleh kot. Yang movie tak sempat nak feel tengok-tengok dah masuk scene lain. Cehh. Gituew ~!


Tapi memang banyak beza nya. Tapi yang drama lebih terasa nak menangis meskipun tak kenal pun heroin LBS the series yang before transform jadi Jue Aziz tu. Adess. Tapi lakonan dia okay lah. Hehehe. Cuma yang jadi Jue Aziz tu je lah yang kurang berkenan sikit. Voleyh? Muahahaha. Tapi parid kamil tehtap ai loike gitu.HAHA. Gedik sungguh. Ekekeke. Sebenar nya bila tengok versi drama memang lebih terasa nak menitis air mata apabila ibu Ayu ni percaya bulat-bulat dengan Azmi.Padahal Ayu dah menderita cuma tak terluah dengan kata-kata gitue. Oh sadisnya! 


Tapi sayang seribu kali sayang , aku tak tengok episode by episode lagi ni. Heh. Tapi tengah sadis sebab tak dapat tengok episode akhir :( Korang tengok semalam? Heh , ada ke yang minat tengok LBS the series? Hehe.

Tuesday, February 1, 2011

Akhirnya Nanti Sendiri ...

Sepatut nya malas nak mengupdate apa-apa hari ini. Sungguh malas. Tapi disebabkan ada masa terluang sikit-sikit meskipun kejap lagi dah nak Maghrib , maka aku pun update. Cepat betul masa berlalu kan? Hari ini dah 1 Februari , bermakna hari ini hari cuti untuk seluruh Wilayah Persekutuan. Tapi aku memang dah cuti sebab cuti persekolahan untuk Gong Xi Fa Cai kan :P 

Mesti orang asyik kata aku ni macam tak ada kerja lain kan? Asyik update belog aje kerja nya? Nak buat macam mana , idea sentiasa ada dan kebiasaan nya jugak aku selalu draftkan dulu benda-benda yang aku nak tulis di dalam Microsoft Word dan save. Bila mana aku rasa nak publish , aku akan publish. Heh. Sebab kalau nak ikutkan dengan kelembapan internet , dengan nak cari idea ting tong kang kung time tu jugak memang tak akan sempat punya wa cakap sama lu. Eheh. Meskipun aku sedar tak ramai yang kasi respon dekat entry mengarut aku, heh tak kisah. Dah nama entry kebanyakkan nya mengarut harusla respon pun boleh pikiq kan kan kan macam mana? Ekekekek.

So apakah yang tajuk nya akhir nya nanti sendiri ini? Entahlah , sebenar nya mood petang ini agak sendu. Entah tak tahu kenapa. Bukan aku selalu ke sendu emo-temo ni? *lempang* Sheesh. Sebenar nya tadi tengok segala macam gambar dulu-dulu , maka bermula lah macam-macam emosi yang bertinggah tak berjemput ni kan? Sejak semalam terbaca kisah pasal orang yang kita sayang meninggalkan kita dengan mengejut dan terus ingatkan aku pada sesuatu ... maka bermula lah nak emo-temo ni kan? Eh korang paham tak cherita aku ni? Ekekeke , aku pun dah mula tak paham ni dengan ayat aku ni. Sudah jom tengok gambar!



zaman kecik-kecik dulu. aku , abang aku , kakak aku. 3 F.


kasih sayang sampai mati. ayah & umi. i love you. *sheesh malu*


pre convo for my sis Farha Hashim dekat terengganu dulu. Aku , Umi , Aa.


bila dah semakin membesar , terus terfikir satu benda ... akhir nya nanti aku sendiri jugak kan? *sendu*


tak perlu tanya kenapa sebab tengok gambar-gambar pun tahu aku tengah sendu. *sheesh*

Ehem , saja-saja tepek gambar mereka-mereka ituew. Eheh. Sebenar nya mood bertambah sendu apabila menyedari di dalam mp3 yang aku dah tak dengar hampir 3 hari ini ada lagu yang bertajuk Akhirnya Nanti Sendiri by Shima. Gituew. Tapi hakikat realiti dan sebenar nya pun memang begitu kan? Iye Iye. Tak mahu komen panjang memandangkan takut entry ini akan dibanjiri air mata. Sheesh. Ok , dah nak Maghrib. Baik berhenti menulis.


nota kaki : kadang-kadang saya ego untuk cakap perkara sebenar.
manusia memang begitu kan? eh ayat penenang jiwa sangat kan? sheesh.