Hari ini Hari Raya Cina. Iye semua orang tahu sebab hari ini semua orang cuti. Kalau yang tak tahu tu , mungkin saja-saja teringin nak kena cubit-cubit manja lah tu. Eh , mengada betul kau ni Jah. Sebenar nya nak cherita sepintas lalu pasal hari ini. Tak ada benda yang mengujakan untuk di cherita kan. Tapi ada lah buat benda lain hari ini yang boleh di cherita kan.
Tengahari tadi pergi ke rumah kawan ayah dan umi semasa mereka pergi menunaikan Haji hampir dua tahun lepas dekat Putrajaya. Diorang nak jumpa berborak setelah lama diorang tak jumpa kan. Aku cuma mengikut je diorang. Eheh. Lagipun dia ajak makan-makan kan? Haruslah aku yang paling eksaited nak pergi. Muahaahha. Dasyat perangai kau Jah!*geleng kepala*
Well lama jugak lah pergi duduk dekat rumah kawan umi dan ayah tu. Ada lah dalam tiga jam kot? Eheh.Lepas tu Ayah tetibe nak pergi sembahyang dekat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau nama lain nya Masjid Besi. Hehe. Jenuh jugak nak mencari. Maklumlah tak biasa sangat dekat Putrajaya. Hehehe. Cantik jugak masjid tu. Tadi pun ramai jugak orang yang datang singgah situ. Semua ala-ala tak tahu gituew dekat mana tempat wudhu' , tempat solat. Hehehe. Mujur ada orang yang ala-ala macam guard aku panggil gituew bagitahu semua kan. Hehehe.
Lepas dah selesai solat semua , sempat jugak lah ambil gambar dekat situ.Heh, jakun tengok cantik.Ramai je yang duk amik gambar kan. Tapi tak mahu lebih-lebih. Masjid kan tempat untuk kita solat sembahyang semua.Macam tak comel lah pulak perangai kalau nak ambil gambar over-over khen? Kikikik. Kalau orang yang kahwin tu lain lah cherita. Haha. Lepas dah keluar dari masjid , kitaorang terus balik ke rumah. Tak pergi mana-mana dah. Heh. Ok ni nak tunjuk sekeping dulu gambar yang aku ambik dekat Masjid Besi tu. Lepas ni baru aku post banyak-banyak gambar ye. Malas nak ngedit. Kikikik
cantik :)
Ehem , so korang hari ini buat apa ? Aku setiap tahun tak kira raya apa pun memang akan beraya dekat KL gituew. KL oh kampung ku katanya. Muehehehe. ;P Eh tapi entry ni tehtap panjang kan? Hahahahah. :D
No comments:
Post a Comment