Tadi tengok update kawan-kawan di facebook. Tengok salah seorang kawan aku tu kasi satu lirik. Lepas tu tengok komen di bawah nya dia cakap lagu 1st edition & Aizat , Perpisah ini. Hmm , biasa nya kalau tengok tajuk kemudian tengok penyanyi nya dah boleh agak. Mesti lirik dan lagu sedih. Tahu sangat.
Kemudian gigih pergi cari dekat Youtube. Kemudian terus terasa airmata nak bertitik di atas kaki ku yang gebu iniew. Wah kau Jah , kalau buat ayat selalu macam tu khen? *meraung* Ehem , well lirik lagu dia betul-betul buat aku tersentuh. Ya , saya memang seorang yang beremosi. Nak buat macam mana? As long tak ganggu pelajaran dan tak ganggu kehidupan manusia lain dah cukup kan? Sheesh.
Entah kenapa terasa macam nak menangis bila suara mendayu 1st Edition & Aizat bertambah pulak dengan lirik dia. I'm just thinking macam what if seorang isteri kehilangan suami , seorang suami kehilangan isteri and well seorang kekasih kehilangan kekasih. Hmm , bertambah pilu mendengar tau. Kita tak tahu , apa yang akan jadi esok. Kita tak tahu esok kita bahagia , kita berduka atau kita kecewa. Tapi itu lah kehidupan kan? Ok jom layan VC dibawah ituew.
Disini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis ditangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua
Hanya sementara
KORUS
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Inginku miliki lebih darimu
Mungkinkah ini yang tertulis ditangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri
Lirik nya sungguh syahdu syahdan kan? Haruslah pertama kali dengar aku terus suka. Ehem. Kenapalah aku ni asyik duk tayang VC je kan? Eheh , ye lah sebab aku tak ada benda nak cherita. Next week schedule biasa yang padat kembali menemui aku. So then , gunakan peluang berehat seketika walaupun tak rehat pun , digunakan dengan sebaik-baik nya. Hmm.
Sekarang dah bulan 2 , nanti tengok-tengok dah bulan 11. Tengok-tengok dah habis SPM , tengok-tengok nak masuk universiti? Oh no , cepat betul masa berlalu -.- Pheww
No comments:
Post a Comment