Home

Sunday, February 6, 2011

Awan Mendung bukan Awan Dania

Semalam macam-macam benda yang terjadi. Ada yang menarik , ada yang tak menarik. Kalau difikirkan kan balik , aku terasa macam-macam sekarang ni. Heh. Semalam kakak aku ajak aku pergi ke Jalan Masjid India / Jalan TAR sebab dia nak cari barang. Aku ikut je lah sebab tengah tak ada buat apa benda pun dekat rumah ni. Heh.

Jadi pukul 10 pagi Ayah aku pergi hantar kitaorang dekat LRT. Iyelah nak pergi sana dengan guna kereta macam tak berapa nak patut sebab susah nak cari parking even pagi-pagi , lepas tu Ayah aku ada hal nak pergi ke lain. So kitaorang pun bukan kisah sangat nak naik LRT semua tu. Lagi seronok ada lah. Heh. 


Tapi kan , tiba-tiba perut aku buat hal. Kekdahnya pagi tu makan roti + kuah spaghetti + sosej + cheese = Sakit Perut. Huwaaa , aku memang tak boleh makan pagi-pagi. Mudah sakit perut nanti. Aiyark. Jadi kelam kabut lepas beli tiket LRT , pergi cari tandas. Aku cuma jumpa tandas untuk yang orang cacat sahaja. Adess. Lepas tu sebab aku ni kan selalu Emergency Case sakit perut macam ni , jadi aku tahu lah jugak akan ada satu tandas untuk OKU ni dia besar sikit. Heh. Tapi masa tu ada orang guna. Jadi aku tunggu lah. Tapi kan Tapi kan , kakak aku cakap ada cherita misteri. Adess. Malas lah aku nak cherita. Sebab aku pun tak teringin jadi kan belog ni sebagai himpunan cherita misteri. Ceh , padahal penakut kan? Muahahaha. Sheesh.



 dekat Pasar Seni. CNY punya deko :P



dekat KLCC , terasa nak lempang tak tengok muka aku yang ni? heh.

Ok lepas tu cepat kejar train untuk ke Masjid Jamek.Dalam 10.30 dah sampai sana.Mula-mula kitaorang pergi makan memandangkan kakak aku tak makan lagi.Aku cuma minum air je. Dahaga gila -___-‘ Panas pulak tu! Itu yang makin syok minum air bergelen-gelen kan? Ehiks. Lepas tu pergi Semua House , nampak nya misi mencari barang yang diingini masih tak di jumpai.Adess. Lepas tu kakak aku ada buat perjanjian gituew. Dia janji nak belikan aku shawl kalau aku ikut dia pergi khen? Ngeh Ngeh. Haruslah aku menuntut janji. Elleh.

Tapi sayang seribu kali sayang , awat sekarang shawl nan hado yang cantik warna warni macam aku pakai? Latest punya aku tengok makk oii dah rupa macam nak kasi Berney and Friend pakai je? Awat lagu tu no? Adess. Tak berkenan cheq okeh! Gituew. Tapi tak berkenan pun sempat jugak aku rembat dua helai. Warna pink :P Ai loikee.



sisters ;)


dekat depan Harrods ke hape entah. tengah mood nak bergambar. layan kan je lah labu...

Ehem masa nak beli shawl , ada pulak kejadian yang tak diingini berlaku.Entahlah , malas nak cherita. Sebab aku masih lagi trauma ni. Adess. Hmm.Lepas tu misi mencari barang di teruskan. Kemudian kitaorang pergi ke Pasar Seni. Naik LRT je :P Heh Heh. Kowser sangat kan nak rajin jalan kaki semua? Kaki aku pulak buat hal , cramp bagai nak rak -___-‘ Adess , apa lah nasib aku wehh.

Jadi kitaorang pergi ke Pasar Seni dan lepas tu aku a bit teruja sebab aku tak pernah pergi situ walaupun Umi dengan Ayah & Kakak aku cakap , hepp time kecik-kecik dulu dah pernah pergi. Ceh , gaya macam aku pernah ingat je kan? Sheesh.Entahlah , memang teruja sebab banyak benda di jual dekat situ.Something like barang perhiasan , fridge magnet. Ada FM tu gambar kebaya , aku teringin nak beli. Tapi adess , lain kali je lah. 

Lepas tu misi kakak aku berjaya. Cehh , macam misi keamanan je kan? Ngahahah. Lepas tu sempat lah ambil gambar kejap walaupun battery kamera buat hal kejap. Aiyark! Lepas tu naik LRT lagi kitaorang pergi KLCC. Ngeh3x. Ingatkan memula nak pergi tengok Yogi Bear tapi kemalasan sebab kaki aku cramp.Adess. Nak berjalan pun perit. Sekarang pun terasa perit. Adess. Jadi kitaorang just pergi lepak makan dekat foodcourt je lah.



model payung katanyaa ... 


suka edit gambar yang gini. nampak cantik kan? *muntah sbb puji diri sendiri.eheh*


ini versi yang lagi satu. heh.

Lepas tu as usual aku suka beli waffle , ngeh ngeh. Kali ni waffle ice creamy , letak ice cream vanilla je. Hishh best best :P Lepas tu lepak dekat foodcourt dalam dua jam. Gila kauu. Then kakak aku ajak pergi dekat tempat air memancut tu ha. Dekat taman KLCC. Pergi lepas situ setengah jam. Ambil gambar posing segala kan? Gitueww.Haruslah feeling diva dekat situ. Heh Heh.

Hmm , anyway semalam ada lah yang seronok nya tapi lebih kepada ketidakseronokkan dan kesakitan melanda diri. Aku anggap itu dugaan yang Tuhan kasi. Malas nak tulis sini. Sebab trauma dan takut.Nak cherita pun terasa macam menakutkan.Heh. 



kuey tiow goreng daging , kuey tiow goreng udang , ice creamy waffle.


dekat area Pasar Seni sebelum naik LRT nak pergi KLCC. HOH.

So how's ur day , yesterday? Ok , tak ok? ;)

6 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

rasa dah bertahun ai x singgah kat pasar seni...ada beza x dari dulu ek...ai terlalu jakun if g key ell lepas nih ...huwwww

tiefazatie said...

wah!!bestnye jalan2!pastu mkn2 lg..aah..mau waffle itu!

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu : ai sbnrnya dh berzaman xjejak kaki ke pasar seni. maklumla situ kan klu naik kereta mmg jam smpi menitik-nitik peluh. ngahaha. jd bila pergi smlm mmg teruja gila. kikikik. tp kakak ai selalu pergi situ before this itu pun sbb tuisyen. 5..6 tahun lepas... itu pun dia kata dh byk beza. hehe :P

Ijah EmoTemo said...

ifa : ehiks. mmg seronok! tp smlm ada kejadian yg xdiingini berlaku :( tp mujur semua selamat , alhamdulillah. hehhe. sila2 jamu mata. ekekek. :P

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

banyak bakat terpendam ader kat pasar seni itew...kihkihk...hope nanty blk cuti ke mesia leh lama sket baru la leh terjah singgah kat key ell tue :))

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu : ekekeke , itulah pasal. ai ekceli teringin betul nk beli FM dgn ada barang2 antik kelasik yg shantek dkt sana tu. Muahaha. Tp bila fikir nk balik naik lrt , terus batal hasrat. ngeh3x. Haa , nnt balik Msia , boleh la mai situ :) Byk dh berubah. Seronok pun seronok dpt jalan kt situ sekali sekala kan? Ngee :)