Home

Tuesday, February 22, 2011

Malang Tak Berbau

Tak tahu nak start cherita macam mana ; yang pasti aku sangat sedih dan dah dua tiga hari ini melarat aku punya sedih. 21ST February , pukul 5.30 pagi , aku ingat lagi , aku nak off lagu yang aku bukak dalam laptop yang aku on sejak tidur pukul 10 malam , hazab betul pemalas nak tutup lagu kan? Then mata pun mamai , nak buat lain pergi buat lain. Secara tak sengaja aku terdelete gambar-gambar di dalam satu folder khas. Ada empat folder yang aku gabungkan jadi satu sebab dari kamera yang sama. Huhuhuh.

On automatically tangan aku terus terdelete sebab aku tersalah nampak. Bila dah selesai delete baru aku sedar aku pergi delete almost 3 ribu keping gambar yang masa pergi ke Terengganu , pergi convo kakak aku , buat pre convo kakak aku , pergi Monsoon Cup , pergi ambil gambar pantai , pergi ambil gambar macam-macam. Pre birthday Party aku pun habis lesap , gambar birthday party kawan aku lesap , gambar pergi pusing-pusing KL pun lesap. Gambar si kenit pun hilang. Dah lah aku ada buat video dia gelak tak hengat. Baru feeling nk share. Semua , lesap ; hilang.

Tengah menulis ni pun terasa nak menangis , terasa nak ketuk kepala dekat laptop je sebab macam bodoh gila pagi-pagi tersalah tekan. Like seriously aku dah terasa macam trauma nak snap picture , nak letak dalam laptop semua. Sebab 1 click habis semua hilang. Entahlah. Pening kepala ; cari dekat recycle bin pun tak ada. Tak ada rezeki agak nya.

Sayang betul ; banyak sangat gambar. Tapi kebanyakkan gambar macam pre birthday party ; pergi jalan-jalan dekat kl aku ada letak dkt facebook. Huh , selamat. Jadi ada lah backup nya. Lebih sedih itu the one and only back up yang aku ada ; yang aku terdelete tu. Mujur gambar convo kakak aku ; dia dah ambil. Kalau tak menangis wehh. Dah lah penat mengekor kakak aku pergi sana sini ambil gambar ; aduss. Terus terbayang semua gambar sebab malam before tu aku dah cakap dalam hati aku nak buang setengah gambar yang aku tak nak ; means yang mengarut posing entah apa-apa. Gambar yang posing semua hilang ; I can do it again. But gambar yang kenangan pergi sana sini tu yang aku sedih.

Iyelah gambar si kenit tu ; boleh snap balik. Gambar aku pun boleh buat balik gaya meski dah tak sama. Tapi yang pergi Terengganu mostly banyak gambar yang cantik-cantik. Sedih nya weh. Betul lah kalau malang memang tak berbau L Mujur bukan gambar-gambar zaman jahiliah sekolah aku atau gambar yang lain-lain. Kalau tak terus pitam pengsan aku agak nya -.-

Ok dah tak ada mood nak cherita. Bye uols ;(


4 comments:

Nor Moscow said...

Kak Nor pernah rasa macam yg awak alami. Terdelete gambar percutian kat Budapest, Hungary dan Vienna, Austria january lepas..sedih kan! Nasib baik ada gambar back-up dlm kamera encik asben..tapi dlm tu takde gambar encik asben..semuanya gambar kami anak-bernak jer..kesian encik asben kak Nor....

Ijah EmoTemo said...

kak nor : waahhh , itu lagi sedih tu! klu ijah dh pingsan dh. hehe. ini yg gmbr cuti2 dkt tganu pun ijah dh nk pingsan sbb duduk dkt tganu lama betul ari tu siap pergi sana sini. selalu terperap dlm hotel je. hehe. sian asben kak nor. hehe. tp tu la mcm ijah back up utk yg cuti dkt tganu mmg tak de ;( sedih betul.

miloais said...

kesian uols nokkkk!~
memang tak leh nak recover balik ke????
try carik balik - guna search semua tu lah...!

Ijah EmoTemo said...

kaka milo : mmg dh hilang semua. dh try cari. lain yg nk lain yg jmp. ekekek. yg ada back up cuma gmbr kekasih chenta smpi mati ai tu jah..huwaaa..gmbr sendiri rupanya tak back up elok2 *dush*