Home

Tuesday, July 26, 2011

Review Movie : Sekali Lagi ; Tersentuh Jugak Ulu Hati Bila Menonton!

Note : Ini merupakan AutoPost.

Kali ini aku nak update pasal filem yang baru aku tonton , bukan di pawagam meskipun sepelaung aje pawagam dengan rumah aku tapi aku tonton dekat laptop je. Senang cerita aku download lah kan? Bukan pasal apa , aku sekarang memang malas nak pergi tengok wayang. Heheheh. Aku asyik dengar orang cakap filem ni best dan mampu buat orang menangis. Tapi kalau dengar je tapi tak tengok mesti aku tehtap nak nafikan jugak. Boleh gitu? Ahha.

Maka lepas dah bergigihan download siang dan malam sebab asyik problem je link download itu , maka akhir nya dapat jugak tengok. Aku pun dah lupa bila aku tengok tapi dalam dua tiga minggu lepas lah. Ehem. Aku tahu mungkin aku agak lambat menonton filem ini tapi ada aku kisah cak cak cak? *pang* Ekekekek. 

Ehem. Sekali Lagi merupakan filem yang di lakon kan oleh Lisa Surihani , Saheizy Sam , Bront Parale dan si comel Mia Sara. Ada lagi pelakon-pelakon lain tapi apakah mohtif nya aku nak tulis semua nama pelakon dekat sini kan? Aku cuma nak bagitahu review filem ini sajork. Hahaha , tiba-tiba nak hangin mohtif? Ekekekek. Filem ini berkisah kan tentang Shila (Lisa) , Arman (Sam) , Harris (Bront) dan si comel Amy (Mia). Aku mula-mula agak blur sedikit dengan permulaan filem ini tapi bila dah lama kelamaan baru faham.



Kisah nya Shila ni ada seorang anak iaitu Amy dan bila dia bekerja dia akan suruh Harris tolong jagakan memandangkan Harris ada gerai kecil gituew , jadi boleh lah tolong tengok-tengok kan. Tapi macam yang tak logik nya bila Amy tu punya lah berani tahap petala kelapan boleh berjalan-jalan seorang diri di tengok kota KL. Woah , ahkak yang dah 17 tahun pun kadang-kadang gigil kaki nak jalan seorang diri di tengah kota KL okeh? Ekekekek. Lepas itu di atas satu kejadian , Amy terjumpa lelaki yang bernama Arman. Arman ni tak sihat kata nya. Errr aku lupa sakit apa tapi memang menjadi lah jugak Sam berlakon watak orang tak sihat itu , ahahaha , comel macam Mia. Ekekeke.

Lepas itu lama kelamaan Shila harus lah marah bila dapat tahu Amy asyik keluar dan hilang untuk berjumpa dengan Arman. Iye lah kan , mak mana tak marah bila anak nya asyik keluar dan hilang. Then ada satu hari tu dia pergi ambik Amy dekat taman permainan dan terjumpa dengan Arman , Shila terus pengsan. Masa itu lah baru tahu rupa-rupa nya "kawan" Amy itu sebenar nya Ayah Amy sendiri. Ahha , masa ini lah mula sedih. Berjaya jugak buat aku menangis meleleh tak hengat kejap. Ahaks! Ketika ini baru Shila beritahu suami dia tak meninggal dunia sebalik nya diorang berpisah dan ketika berpisah tu pulak baru dia tahu dia mengandung. Al kisah nya ....

Sejak dapat tahu tentang siapa sebenar nya "Arman" itu , terus Amy tak boleh keluar dengan Arman katanya. Kesian Arman masa tu. Merata-rata dia mencari Amy. Lepas tu dan lepas tu mak Arman pun datang jelas kan pada Shila tentang kisah sebenar nya. Masa ini aku nangis lagi sebab tengok Sam menangis sebab dapat tahu dia sakit. Boleh? Ahahahah , kau tehtap Jah! Iyelah , rupa-rupa nya Arman memang merancang untuk tak nak Shila tahu yang dia sakit dan lepas dia sakit dan buat pembedahan yang dia terus lupa siapa dia. Itu yang sedih lah. 



comel :D
 ahahahhahahah.

Well , filem ini bagi aku best dan bila sesetengah part tak logik tu aku tolak tepi ajelah. Ekekek. Cuma betul lah orang kata filem ini touching jugak lah. Maklum lah aku kan ratu air mata maka memang akan menangis lah jugak walau macam mana jua. Ngahahaha. Terutama bila Arman cakap pada mak dia : Mak jangan mati ye mak? Uishh , masa tu aku dah meleleh sikit. Lepas tu bila dapat tahu siapa Arman , meleleh lagi. Dan bila mak Arman bagitahu kisah sebenar masa tu lagi lah bertambah-tambah meleleh okeh! Wahahahaha , ratu meleleh air mata kah? Oh tidak!

Aku bagi 4 bintang dari 5 bintang gitu. Kenapa kah kan? Sebab aku tak suka ending dia ... boleh? Hakhakhak. Kau memang macam tu kan Jah , tak suka je mula kurang kan satu bintang hakhakhak! Kowser sangat! Cuma itu lah comel lah Sam dengan Lisa waktu dia flashback zaman sekolah diaorang. Macam pasangan bercinta betul-betul comel dia. Ekekeke. Lepas tu Sam masa sebelum sakit nampak kachakkk @_@ Hakhakhak , tehtap itu jugak yang aku pandang khen? *pang*



eheh , aku jumpa dekat google.

Wooohoo , nampak dah macam panjang betul entry aku kali ini. Maaf lah , aku terlebih rajin nak tulis secara begitu , tak macam selalu by point je kan? Ehiks. Bagi aku filem ini okay lah. Tak ada lah tahap gempak meletup ke apa scene-scene dia tapi boleh jugak buat aku menangis. Ngeh ngeh ngeh. Menarik jugak lah filem ini dan okay aje bagi aku. Ngahahaha.

Uhhu , korang dah tengok filem ini? Best ke tidak bagi korang ? Err menangis tak kalau yang tengok? Atau aku aje yang feeling terlebih seorang diri? Erkk :o


Terima kasih sudi baca entry ini :)

Sunday, July 24, 2011

Mana Ucapan Untuk Diva? *larikk*

Ahaks. Terasa nak lempang bertalu-talu tak muka aku bila baca tajuk entry ituew? Harus lah kan terus terasa nak pang pang bertalu bila baca tajuk entry ni. Ekekekek. Sebenar nya aku masih lagi demam , bukan demam biasa. Tapi demam panas lah pulak. Tak pernah-pernah demam panas sampai tak boleh nak bangun , sampai letak kain dengan air atas kepala pun tak jalan-jalan , sampai nak tidur sepanjang masa. Teruk betul keadaan aku semalam. Nak bukak mata pun tak boleh sampai aku pun tak percaya yang aku demam panas. Ahahahha , boleh pulak macam gitu?

Pagi semalam mula-mula dah okay aje keadaan aku. Cuma batuk tak berhenti. Lepas minum 100 plus dengan air asam jawa sebab aku sakit tekak , badan aku dah mula rasa tak selesa. Terasa nak tidur lah , terasa letih lah. Petang tu pulak bila dah rasa mengantuk aku terus tidur aje lah. Bila dah tidur tu lah , badan aku mula panas ya hamat. Sampai mak aku pun risau tengok keadaan aku. Siap kena paksa bangun lagi eheheheh. Nak bangun memang tak larat sebab kepala terasa berat dengan berdenyut. Tekak loya sebab tak makan apa-apa. Nak makan macam-macam semua rasa tawar. Minum milo pun rasa tawar , macam mana tuh? *nangis*


minum air ini pun pasti tawar jugak okeh!
nangiss

Bila malam , badan aku makin panas. Kepala makin berdenyut-denyut sampai aku rasa macam nak pecah aje kepala nya. Fuhh , sungguh terasa nak menangis. Lepas tengah malam badan aku dah panas tak panas sebab mak aku asyik letak kan kain dengan air atas kepala nak kasi kebah sikit. Tapi pagi semalam , aku rasa badan aku makin panas. Aduss , stress okeh! Badan panas satu hal , kepala berdenyut pun satu hal. Huwargh! Memang lah aku terasa nak menangis hentak-hentak kaki okeh? Dugaan sungguh. Aku pun tak tahu kenapa teruk betul demam aku kali ini. Tak pasal-pasal pukul 3 pagi tadi aku mintak dengan mak aku panadol sebab ubat demam dah tak ada. Nak pergi klinik , klinik hape yang hade pukul 3 , 4 pagi nih ? Ada je tapi aku kan cerewet kan? Tehtap feeling diva kan! *pang*


gambar feeling diva?
erkk!


Dan bila pukul 5 pagi macam itu badan aku terus kebah dan kepala pun dah hilang berdenyut. Syukur sangat-sangat! Alhamdulillah. Cuma batuk pulak datang balik. Hailah , redha aje lah. Lagipun haritu bersungguh-sungguh cakap nak diet sangat kan? Hamikk kau bila demam panas , memang nak makan apa-apa pun tak ada selera. Cuma mampu makan capati kosong ataupun roti bakar ataupun biskut je. Itu pun rasa nak muntah lah , rasa tak larat lah nak telan. Haih. Tengah menulis ni pun badan rasa sejuk semacam je. Mungkin sebab nak kebah dari demam lah kot. 

Tapi kalau ikutkan semalam , memang badan terasa panas ya hamat. Tapi dalam badan terasa sejuk. Memang menggigil jugak lah semalam. Memang demam panas sungguh semalam. Eheheheh. Gigih betul aku bercherita kan? Dah tu nak cherita apa lagi kan? Ehiks. Berbalik kepada tajuk entry ini ... mana ucapan-ucapan untuk diva picisan ini? Ahahahahah. Tak ada ke sesiapa nak lawat ai yang tengah tak sihat ini? Tak pun nak kasi cokelat ke , cupcake ke , buah buahan ke? Mana? Di mana?!! *pang* Wakakakak , memang terus rasa nak lempang kan muka aku yang cute iniew? *montah* Ahaks!


gambar sekadar hiasan. 
voleyh?

Tehtap feeling kan kau Jah? Haruslah! Bila lagi nak feeling kalau bukan di belog sendirik khen? Begitulah! Ahahahahah. Haih , tak padan dengan demam panas , tehtap nak feeling tak hengat kan? Ekekekeke. Hailah , harap-harap cepat lah sembuh demam panas ini. Tak sanggup nak melalui rasa panas yang tahap air mendidih atas dapur. Tak larat nak merasai kepala yang berdenyut seumpama nak pecah ni yuolsss. Tak larat nak batuk sampai sakit perut erkk. Sungguh tak larat okeh! Uhhu. Doa-doa kan lah aku cepat sembuh ye.

Okay lah , aku pun dah tak ada benda nak menulis lagi. Harap betul cepat sembuh sebab sungguh tak larat nak makan ubat semua ini. Nangis!!

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Friday, July 22, 2011

Bila Demam.

Bila demam mula lah merengek nak makan macam-macam padahal tekak memang langsung tak boleh nak telan apa-apa. Kalau telan pun semua nya rasa sama. Nasi pun rasa tawar , kari pun rasa tawar dan walaupun air coke yang manis pun terasa tawar. Fuhh.

Tapi bila demam ini lah jugak tekak teringin nak makan mc donald , teringin jugak nak makan abc , teringin jugak nak makan rojak. Senang cherita semua benda terasa nak telan walhal sah-sah aku akan cakap : apasal semua benda rasa tawar ni? *pang* Tak sedar diri betul kan. Heh.

Bila tengah demam macam ini lah baru rasa nak bersyukur bila di kurnia kan kesihatan yang baik. Baru lah terasa betapa nikmat nya kesihatan yang baik itu kan? Haih. Sekarang ni kepala memang sentiasa berdengung , badan sekejap sejuk dan sekejap panas , lepas tu pulak tekak memang terasa perit dan mulut dan mula rasa payau (ini part paling aku tak suka). Tapi syukur jugak , bila demam ni ulser mulut dah ok. Jadi tak ada lah terasa perit berganda kan? Ehehehe. Cuma itu lah kepala memang sentiasa sakit dan berat je. Itu yang tak best!

Petang semalam lepas makan ubat demam , selsema dengan sakit tekak , aku terus tidur dari pukul 2 petang sampai 6 petang. Bangun pun sebab mak aku gerak sebab tengok aku over pulak tidur macam teruk betul demam nya. Lagipun aku tak makan tengahari pun lagi itu yang mak aku terus gerak suruh bangun. Heheheh. Tapi makan pun aku rasa tawar aje semua lauk. Makan roti pun rasa tawar memang satu perasaan yang err err menangis sangat! Pulak tu kepala ni asyik berdengung je bertambahlah aku stress. Itu yang asyik nak tidur aje. Tapi lepas makan ubat tu rasa okay sikit. Demam pun dah kurang sikit cuma selsema dengan sakit tekak aje belum lagi.

Hmm , sekarang ni pun mata dah mula berpinar. Tapi tak boleh pulak nak lelap. Kejap lagi tengok siling kira biri-biri agak nya terlelap lah kot. Hakhakhak. Boleh pulak macam gitu. Tak pun kejap lagi tengok Nora Elena kejap nak kasi terlelap. Tehehehe. Tehtap jugak menonton kan walaupun tengah demam macam ni. Ekekekeke. Okay lah korang , aku ni menulis pun sebab tak boleh nak tidur ni. Padahal kepala dah berdengung gila badan pun sekejap panas sekejap sejuk ni. Aiyoh!

Baik lah , aku rasa dah tak ada benda nak update lagi. Mengantuk lah pulak. Sah aku demam kan? Senang betul nak lelap walaupun kejap lagi bila duduk atas katil sure tak boleh tidur. Ekekeke. Okaylah , doa kan aku cepat-cepat sembuh ye



gambar lama.
2009.
masa sakit jugak ni :/

psstt , siapa ada twitter ehem moh lah follow twitter IjahEmoTemo & AaronAzizLovers ye. ahaks! cuma tolong peromot je yang AaronAzizLovers ituew :P

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Wednesday, July 20, 2011

Lemau

Sejak Isnin , badan aku rasa sangat tak selesa. Sekejap sejuk dan sekejap pulak panas. Sejuk tu bukan sejuk duduk dalam aircond tapi sejuk lain macam aje tau. Memang aku rasa sangat tak selesa. Lepas tu pulak aku asyik nak tidur aje rasa. Padahal baru bangun tidur tapi lepas setengah jam aku terasa nak tidur balik. Tak larat nak buat apa-apa. 

Semalam lagi dasyat , waktu petang aku tidur pukul 2 , lepas tu aku bangun pukul 5 petang. Then pukul 6 petang aku tidur balik. Aikk , nampak betul aku ni macam tengah tak sihat. Memang pun. Badan terasa sangat tak selesa. Lepas tu semalam selsema kejap. Asyik hingus dan kadang-kadang bersin tak berhenti. Adeh.

Sekarang ni pulak , badan aku terasa makin berganda-ganda lemau. Asyik mengantuk dan badan sejuk semacam je. Sekarang ni memang musim demam kot. Sebab aku tengok ramai jugak kawan-kawan aku yang tengah demam , selsema sekarang. Dah nak dekat puasa ni aku memang mintak jauh sangat demam , selsema batuk semua ni. Tahun lepas aku batuk dekat dengan sebulan. Bila dah raya baru keadaan aku okay sikit. Fuhh , dugaan sungguh tahun lepas. Cakap pasal puasa , lebih kurang seminggu lebih sahaja lagi kita semua nak puasa. Cepat betul masa. Rasa macam baru aje tahun lepas berpuasa semua , tengok-tengok dah nak puasa balik. 

Ehem. Sekarang ni pun terasa sangat lah lemau badan ni ha. Tak selesa langsung. Nak buat apa-apa pun tak larat. Sah , aku demam ni! Dah lama betul tak demam semua ni. Sekali demam terus terasa haru. Adeh. Baiklah! Aku nak berhenti menulis dulu. Tak larat nak buat apa-apa. Mata pun dah makin mengecil ni. Sekarang ni pun selain dari rasa demam dengan selsema , mungkin sebab musim yang agak panas ni , tetibe ada ulser mulut pulak. Fuhh dugaan sungguh. Memang makin tak selesa aku di buat nya bila nak makan semua. Itu pun dah letak ubat still tak jalan. Aiyark!

Ok lah , nanti kalau aku larat lagi aku update lagi. Kalau tak , tunggu aje lah bila aku larat nak update ye. Emmm , ada ke yang korang tengah demam macam aku ni? Sekarang memang musim demam ke apa eh?

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Saturday, July 16, 2011

Ikea to Curves. Menikmati Meatball Ikea katanya!

Semalam bila membuka folder-folder gambar baru sedar yang aku terlupa nak update sesuatu. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terlupa. Eh eh ayat gedik sungguh. Ekekek. Jadi kira nya ini entry yang dah basi-basi manja lah sebab ini cherita yang boleh tahan lama jugak sebenar nya. Ingat lagi tak entry-entry sebelum ini yang aku secara tak sengaja terserempak dengan Aaron Aziz di Curves bersempena BSN Carnival? Ingat lagi tak? Ingat lagi tak? Elleh , ingat la tueww tapi buat-buat lupa khen? *pang*


Jadi kan aku pernah beritahu sebelum ini yang aku pergi makan meatball di Ikea kan? Jadi sekarang baru lah teringat nak tepek menepek gambar yang pergi makan dekat Ikea tu. Macam biasa Ikea sentiasa sesak baik orang nak pergi makan semata-mata mahupun yang nak membeli belah. Sampai aje dekat Ikea terus pergi mencari tempat duduk. Memang sesak sangat-sangat tapi dapat jugak tempat duduk. Lepas tu Kak Ekah dan Kak Fieza pergi beli kan meatball untuk aku dan kakak aku. Kitaorang jaga tempat kekdahnya. Kak Fieza sempat beli ais krim dengan karipap dekat Ikea dan bak kata Kak Fieza ini karipap Ikea okeh bukan karipap belakang lorong rumah korang tu tau! *nangis* Hakhak , Kak Fieza kalau tak buat ayat guling-guling tak sah khen? Hahahah.


tehtap posing walau di mana pun berada. kau hado? #matilaa


menanti meatball dengan muka paling tabah.

gituew hakhakhak.

Lepas tunggu beberapa minit , ewah dah macam nak buat kuih pulak kena tunggu beberapa minit bagai khen? Hahahah , lepas tu makanan yang di nanti-nanti pun muncul. Hahah , iyelah aku kan mana pernah jejak Ikea semata-mata untuk makan. Selalu pergi Ikea untuk beli barang ke apa ke kan? Hiks. Harus lah meks jakun tengok meatball itu. Boleh macam gitu?


tadaaaa , meatball yang memang yummeh.


tehtap posing khen?!!

Kak Fieza dan Kak Ekah pun ada beli jugak makanan-makanan lain. Aku yang sememang nya kaki makan harus lah makan aje semua benda khen? Kebetulan tengah lapar ya hamat , aku makan aje lah dah orang pun suruh makan khen? Keh keh keh sungguh tak tahu malu muka nya! *nangis*


errr kek gapo ni? mek tak tahu.


jangan tanya aku nama makanan ni.
aku tukang makan je. ekekeke.

Habis aje makan sampai pitamz kitaorang pun apa lagi balik lah kan? Tak kan nak duduk dekat Ikea macam kitaorang lah tauke nya? Hakhakhak. Tapi sungguh lah meatball itu yummeh. Tak cukup dalam pinggan aku , aku ambik yang dalam pinggan kaka Ekah sebab dia tak boleh nak habis kan kata nya. Ekekeke. Lepas tu ambik Fish n Chip kak Fieza. Haih , pelahap betul bunyi nya tapi err err iye lah kot. Lepas tu kan pergi dekat Garden jumpa Aril tu minum air pulak dengan kek semua memang boncitz lah perut aku kejap. Ekekekek.

Tapi memang yang pergi Curves hari tu sangat seronok ye. Harus lah kan? Ekekeke .Terima kasih sangat-sangat dekat Kaka Fieza dan Ekah yang belanja aku dengan kakak aku makan hari tu. Lepas tu siap hantar kitaorang sampai ke rumah lagi tau! Hiks.Ekekekek. Baiklah aku rasa baik aku tamat kan entry ini sebelum aku merapu pulak. Saja nak update weekend petang-petang macam ni. Teheheheh.

So , korang buat apa hujung minggu ni? Malam ni ada match Liverpool vs Malaysia dan tadi masa aku dekat LRT Masjid Jamek , fuhhh penuhhh wooo penyokong Liverpool nak naik LRT pergi Bukit Jalil *peluh*.


Terima kasih sudi baca entry ini :)