Home

Thursday, February 28, 2013

Genap 200

Apa pula yang sudah genap 200 ini? Mesti ada yang tertanya-tanya bukan apabila membaca tajuk entri ini kan? Jijah memang suka buat mukadimah suspen begini. Baru terasa thrill gitu katanya. Walaupun macam ada orang kisah khen? Ahaks.

Entri kali ini bukan entri suspen jauh sekali entri thrill segala. Bukan , memang bukan. Entri kali ini sekadar untuk mengucapkan ribuan terima kasih untuk para pembaca belog picisan yang vogeh ini (tehtap kau tekan butang lif, masuk dalam lif konsepnya! hahaha) yang sudi untuk LIKE fanpage Cherita Emo-Temo. Meskipun jumlah bukan ribu riban tapi tetap rasa terharu daripada tak ada langsung orang LIKE katanya kan? Alhamdulillah. Sudah 200 ratus orang LIKE fanpage kitew. Syukur sangat-sangat. HEHE, walaupun dolo-dolo gigih jugak paksa rerakan dan teman rapat LIKE. Kata rerakan dan teman rapat , kalau tak LIKE putus kawan katanya? Gittuew duniawi kau Jijah! Hahahaha , gurau sajork!

Terima kasih sangat-sangat untuk korang yang sudi LIKE fanpage Cherita Emo-Temo. Terharu sangat-sangat dengan sokongan semua katanya. Ucapan mesti ada unsur-unsur artis menang anugerah ataupun unsur-unsur baru menang rantai berlian Habib Jawel hokkay? Baru sentiasa vogeh katanya! *dushhhh* Hahaha. Meski belog ini memang belog picisan yang hanya memaparkan kisah kehidupan Jijah yang super duper simple dan kadangkala di selang seli kan pula tentang aktiviti lagho dan jimba ria Jijah , masih tetap ada yang sudi membaca , memberi komen ataupun memerhati dari jauh. Mungkin ada di antara korang yang Jijah kenal dan tahu siapa korang itu atau mungkin juga Jijah tidak pernah kenal dan tahu , sangat-sangat Jijah terharu dengan korang semua okeh?


200 LIKE Cherita Emo-Temo di FB!

Jom LIKE! :D


HEHE , meski jumlah tak banyak seperti blogger-blogger lain , tapi Jijah tehtap hargai dan terharu sangat-sangat katanya. Hiks. Jijah memang sentiasa update fanpage Cherita Emo-Temo itu. Kadangkala untuk mengupdate gambar untuk event yang Jijah hadiri. Lagi pantas dari update dalam belog. Tehehehe. Mungkin kalau korang hendak melihat gambar-gambar boleh juga layari saja disitu dan LIKE yang paling pentingnya. LOL. 

Tapi tak kisah pun kalau korang nak LIKE atau tidak. Jijah buat pun untuk suka-suka. Sama juga seperti belog ini. Buat hanya untuk suka-suka, untuk berkongsi cherita, berkongsi rasa dan berkongsi gambar. Tidak lebih daripada itu. Andai ada yang suka membaca , alhamdulillah , Jijah turut rasa suka dengan perkhabaran tersebut. Andai ada yang kurang suka, Jijah tidak boleh berbuat apa-apa. Jijah tak mampu untuk mengikut citarasa semua orang. Lagipun Jijah menulis untuk suka-suka. Untuk menghilangkan rasa yang seribu rasa dalam diri dan jiwa.

Gittuew. 

Tidak dilupakan juga untuk pengikut belog picisan ini. 1027 pengikut Cherita Emo-Temo. Terima kasih banyak-banyak. Tak sangka belog picisan begini pun akan ada pengikut. Iyer saya tahu belog lain lagi banyak pengikutnya. Sekarang saya tengah cakap tentang belog saya bukan tentang belog mereka. Tetibe angin monsoon masa menulis ni kenapa Jijah? LOL! Biasalah Jijah sibuk nak feeling monolog dalam ketika menulis belog kekdahnya. Tapi sebenarnya tengah feeling nak merapu lettuew khen? Hiks. Sekali lagi terharu dan bersyukur. 

Belog Jijah memang sekadar belog picisan yang tak ada pun istimewa dimana-mana dalam setiap entrinya. Sekadar menulis mengikut rentak perasaan tatkala sedang mengetuk kibod katanya. Tak rajin nak update selalu meski ada macam-macam perkara nak berkongsi bersama korang-korang. Tak ada cerita yang hot macam orang-orang lain. Tapi harap nya mampu menggembirakan orang lain tatkala membacanya. Khen? Harap tidak ada yang tersentuh hati mahupun tersungging jiwa tatkala membaca setiap apa yang Jijah tulis. Mungkin tanpa sedar Jijah telah mematahkan seribu hati orang kan? Mungkin Jijah tak sengaja kerana mana mungkin Jijah sengaja hendak menyakiti hati orang lain kan? Perfeeling molia tetibe. Hahahaha..


Terima Kasih 1027 Pengikut Cherita Emo-Temo

*baling bunga Tulip setiap seorang*

Hiks. Sekali sekala membuat entri penghargaan katanya. Bila lagi entah nak buat entri macam ini pun tak tahu kan? Asyik malas memanjang nak mengupdate. Biasalah , kalau internet punya kelajuan macam siput , siapa yang rajin nak update belog kan? Hailah , internet pun tak boleh dibuat saing sungguh lah.

Saing = Kawan 

dialek Kelate ke KL katanya.

Tetibe ada segmen mari belajar dialek Kelate pula kan? Erhiks. Sekali sekala juga. InsyaAllah akan datang akan semakin banyak cherita basi yang bakal diupdate. Sekali sekala datang kegigihan memang penuh lah nanti belog ini dengan wajah Aaron Aziz katanya. Dah memang itu aktiviti lagho Jijah bila lapang kan? Ahaks. Tak lapang pun kena buat lapang jugak katanya. Nampak tak kegigihan Jijah disitu kan? Hiks.

Oh sudah menjadi makin panjang pula entri ini. HEHE. Sekali lagi terima kasih untuk semua yang sudi menjejakkan diri masuk ke dalam belog picisan ini. Tidak kira siapa pun korang. Yang menyukai entriku atau yang tidak menyukai entriku. Ku sungguh terharu dengan kegigihan masing-masing membaca dan menjadi pembaca senyap dari jauh. Ya, terima kasih untuk semua. Untuk yang membaca segala kemerapuan Jijah , kegeletisan Jijah , kegembiraan , ke-amarah-an ,kesedihan dan ke-emosi-an Jijah dalam belog picisan ini. Sudi juga menge-LIKE fanpage belog Cherita Emo-Temo di FB. Semua itu sungguh membuat Jijah terasa terharu dalam sudut kecil hati ini. Mungkin tanpa pembaca Jijah tidak akan segigih ini untuk mengetuk kibod dan menulis dengan penuh dramatik. Mungkin ya. Mungkin tidak. Okay dramatik juga entri ini. HEHE.

Terima kasih semua. Tanpa korang siapa lah #DivaPora kan? Eh ucapan menang anugerah sangat! Hahahaha. Okay enough of merapu semua ini. Mesti korang pun dah juling mata sambil tangan ke dada baca entri penuh perasan ini kan? Ahaks. Tapi sebelum itu, Jijah tahu korang sebenarnya rindu pada Jijah. Kan? Nah sekeping gambar Jijah khas untuk korang.


Rindu tak?

okbaiiiiii

Terima kasih sudi baca entri ini :)

4 comments:

Qhaifa Nur said...

tahniah Ijah....

Unknown said...

tahniah..sy kasi tambah lg..follower ke 1030
jemput singgah ke blog

sitiezahim said...

hahahaha mmg ucapan ala ala retis pon..tak kisah la jijah, kita punya belog kan? hihiihhihiih

Myra Jay said...

Alhamdulillah tahniah :D