Tajuk penuh dengan rasa suspen. Sangat suspen kononnya. Biasalah Jijah , memang suka meletakkan unsur suspen dalam penulisan walaupun orang yang membaca tak ada rasa apa-apa sekalipun kan? Yang maintain over tehtap si DivaPora ni seorang diri kan? Hiks.
Bila tajuk suspen baru orang ala-ala nervous nak baca belog Diva Pora kan? Walaupun isi ala-ala nan hado nak kena pang bertalu berganda-ganda kan? Hiks. Maintain over lagi sekali. Entri kali ini Jijah cuma nak letak sekeping dua gambar sahaja. Itu pun sekadar teaser sebelum akan bercherita penuh kelak. Haaa , kelak tu ala-ala tak tahu bila nak bercherita lettuew kan? Lagipun ikut hati nak habiskan dulu entri-entri basi yang dah lama terperap dalam folder itu kan? Tapi kalau rasa hati nak update pantas , maka akan ada lah entri itu nanti kan? Hiks.
So persoalan disini , siapa artis kesayangan Jijah? Ini soalan susah atau senang sebenarnya ni? Korang agak-agak siapa?
Happy Birthday Aaron Aziz!
Kek Yang Cantik & Sedap!
Tak perlu meneka apa-apa lagi pasti semua sudah boleh mengagak. Siapa lagi artis kesayangan Jijah kalau bukan Aaron Aziz bukan? Tehehe. Tapi ini baru teaser sahaja dulu. Gambar banyak-banyak akan menyusul kemudian bersama cherita Surprise Birthday Party Aaron Aziz yang sangat meriah dengan warna dan suasana! Tapi itu kemudian okeh? Bayangkan kalau ada hampir 300+++ gambar , mana sempat nak check satu persatu gambar untuk di edit dan letak watermark dalam masa singkat kan? Alasan sebenarnya. Lagipun penat masih bersisa. Maka buat satu persatu dahulu. Tehehehe.
Nanti insyaAllah soon soon soon , akan ku update dengan segera tentang Surprise Birthday Party Aaron Aziz ini. Eceh , gaya macam ada orang nak baca cherita kau ni Jijah? Ahaks. Tak kisah lah ada orang nak baca ke , tak suka baca ke , itu memang terpulang seratus peratus. Hak membaca Hak diri sendiri. Boleh? LOL! Yang penting Jijah menulis dan mengetuk kibod dalam belog ini untuk dijadikan tatapan di masa hadapan kelak. Kan?
Oh sebelum terlupa , hari ini merupakan hari jadi Ayah kesayangan Jijah. Wow, hari jadi Ayah dekat-dekat dengan hari jadi Aaron Aziz?! Cehh , tetibe saja Jijah ni kan? Memang layak dilempang seketika kan? Tiba-tiba saja cakap pasal Aaron Aziz lagi. Sentap Ayah karang. Hehehe.
Untuk Ayah tersayang (meski Ayah tak mungkin baca belog anak mu ini , tapi tetap juga nak kasi ucapan kan? hiks!)
Selamat Hari Jadi yang ke 59 tahun.
Semoga sentiasa dalam rahmatNya , dimurahkan rezeki , diberi kesihatan yang baik, dan sentiasa berjaya dalam apa jua yang Ayah lakukan.
Mungkin Ijah bukan anak yang baik, tapi Ijah akan sentiasa cuba untuk menjadi yang terbaik untuk Ayah dan Umi pastinya!
Sayang Ayah sangat-sangat!
Haaaaa , sempat pula buat ucapan se-perenggan kan? Malas nak update banyak kali kekdahnya. Satu entri , dua cherita terus senang kan? Hiks. Memang dasar pemalas sangat Jijah kan? Erhehehe. Sebelum entri ini menjadi lebih panjang daripada biasa , lebih baik Jijah titik noktahkan entri kan? HEHE. Macam mana korang punya hujung minggu? Seronok atau sebaliknya?
Tapi sebelum entri ini tamat , ada sekeping gambar khas untuk yang merindui Jijah. Mungkin. Tapi jangan pula termuntah tengok gambar itu yer? Hiks.
Comel kan IjahEmoTemo?
okbai.
Terima kasih sudi baca entri ini :)
3 comments:
besday aaron aziz rupanya...
itu kek dia ke...sedapnya
Assalamualaikum,
Fulamakkkkkk! bestnya!
Ku ada gambar mu duck face..sempat snap..hehe.-evehusna-.
Post a Comment