Home

Saturday, April 5, 2014

Hujung Minggu & Nuffnang.

Hujung minggu datang lagi. Akhirnya juga baru diri ini betul-betul mendapat rehat yang cukup sementelah hampir saban hari aktiviti penuh di luar sahaja. Lagipun semua itu demi sesuap spagheti dan untuk tatapan pembaca belog picisan ini juga kan? Hihihi. Tapi bukan sekarang Jijah mahu mengupdate mengenai tersebut. Kena tunggu entri akan datang nanti. Pastinya entri akan datang isi-nya lebih gah dan gambar-gambarnya membuat korang akan terpukau jua. Gittuew.

Memang sangat jarang untuk Jijah mengupdate belog pada hujung minggu. Tetapi kali ini tidak kira macam mana sekalipun Jijah tetap mahu mengupdate belog juga. Mahu membalas dendam sekian lama menyepi daripada mengetuk kibod. Kononnya , ini sebagai tanda Jijah is back lettuew. InsyaAllah dengan semangat dan azam baru untuk lebih serius menulis dalam belog picisan ini , maka akan ada entri terbaru yang bakal menghiasi hari-hari korang konsepnya. HAHAHA. Gaya macam buat iklan pinggan mangkuk yang berkilat lepas tu menghiasi hari-hari korang gitu khen? HAHAHA. Ok merapu!

Tapi Alhamdulillah , meskipun belog ini cukup sendu tanpa sebarang ketukan kibod mengenai entri yang terbaru , Nuffnang tetap setiap menghadiahkan Jijah CPUV yang boleh tahan banyak. Syukur. Lagi bertambah semangat Jijah untuk mengupdate belog selepas ini khen? Haruslah bertambah dan berganda-ganda semangat Jijah khen? Bukan mudah nak mendapat CPUV sekarang ini. Jadi bila dapat haruslah Jijah menggunakan peluang ini sebaiknya kan? Hihihi.


Alhamdulillah.

Terima Kasih Nuffnang! 

:')

Macam dah lama sangat Jijah tidak mengupdate entri yang sebegini kan? Memang dah lama sangat tidak mengetuk kibod. Belog pun kalau boleh bersawang memang akan bersawang gamaknya. Konon nak update hari-hari , kemudiannya memang tak sentuh langsung netbook ini kan? Tapi insyaAllah selepas ini memang akan berusaha dengan segigihnya akan mengupdate belog dengan lebih banyak daripada biasa. Kalau bukan untuk orang membaca tetapi untuk diri sendiri membaca untuk dikenang masa akan datang khen? Hiks.

Apa aktiviti hujung minggu korang? Jijah mungkin bersantai di rumah sahaja. Bila selalu sangat keluar berjimba ria mahupun atas urusan kerja , badan ini seolah-olah meronta-ronta hendak rehat hanya dalam bilik dan baring semata-mata. Terasa macam pelik tapi benar. HEHEHE. Agak-agak ada yang rindu tak dengan coretan merapu Jijah? Agak-agak macam tak ada kot. HAHAHAHA. Diri sendiri tanya , diri sendiri jawab kan? Ahaks!

Sebelum entri ini semakin merapu , lagi baik Jijah titik-noktahkan entri ini. Tapi macam biasalah Jijah kan? Mesti ada sekeping gambar sebelum berakhir entri ini khen? Mana boleh selamat tinggal macam itu saja kan? Katakau! 

Jijah & Keith Foo di FRIM tempoh hari.

Mana tahu ada orang tiba-tiba rindu Jijah bergambar dengan retis khen?

Eh?

HAHAHA.

okbye!

Terima kasih sudi baca entri ini :)


No comments: