Home

Monday, March 30, 2015

Jangan Lupa Saksikan Hati Perempuan Lakonan Syarul Ridzwan & Mia Ahmad Bermula Hari Ini Setiap Isnin-Khamis Jam 6.55 Petang di TV3!

Sekali lagi slot Akasia di TV3 menampilkan sebuah drama yang diadaptasi menerusi sebuah novel iaitu Hati Perempuan. Hati Perempuan merupakan sebuah novel hasil nukilan novelis Nur Ain Al-Abbas. Jijah pasti , apabila sebuah drama yang diadaptasikan menerusi novel pasti sudah ramai yang sudah membaca terlebih dahulu novel tersebut sebelum ia ditayangkan di televisyen. Betul tak?

Untuk yang masih tidak mengetahui , Hati Perempuan diarahkan oleh Kas Roshan dan dilakonkan oleh Syarul Ridzwan , Mia Ahmad , Nadzmi Adhwa , Hafeez Mikail , Hafreez Adam dan ramai lagi. Rasanya tulis panjang-panjang pun bukan korang nak baca sangat khen? Lagi afdhol kalau Jijah kongsikan terlebih dahulu sinopsis bagi drama ini. Jom baca!

'Memahami hatimu lebih sukar daripada memilikinya'

Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam. Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran. Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya?
Haaaa! Amacam semua apabila membaca sinopsis drama ini? Ada yang sudah mula-mula menguis kaki ke lantai? Atau sudah bersedia menyediakan tong oksigen sebagai persiapan awal? HAHAHAHA. Sebenarnya sinopsis di atas itu adalah sinopsis dari novel Hati Perempuan dan mungkin tidak kesemua yang ditulis di dalam novel Hati Perempuan akan divisualkan ke dalam drama Hati Perempuan.

Sebagai seorang pembaca novel Hati Perempuan , haruslah Jijah berharap drama ini bukan sahaja boleh menjadi lebih baik dan bagus malah berharap ia boleh menjadi lebih manis dan mencakar buat semua penonton yang menonton. Tambahan pula jika jika melihat Instagram para pelakon dan produksi ,  semakin banyak perasaan mencakar itu datang bertimpa-timpa katanya! Kahkahkah. Jijah dan cakaran memang tak akan pernah berpisah katakau!

Eh asyik menulis saja , mesti bosan kan? Nak tengok gegambar yang mencakar atau tidak? Kahkahkah , suka kasi mood suruh orang mencakar berjemaah kan!?! kihkihkih. Sebelum Jijah hendak menepek gambar , Jijah hendak mengucapkan ribuan terima kasih buat pengarah Hati Perempuan Abang Kas Roshan kerana sudi mengirimkan emel gambar-gambar yang cantik untuk dikongsikan bersama dengan pembaca belog picisan ini :) Apa lagiiiii chuols! Jom tengok gambar! 











Hmm , mencakar ke tidhok? Puas hati ke tidhok? Amboi enak-enak , boleh pulak tak puas hati?!? HAHAHAHA. Atau korang sebenarnya nak tengok gambar lagi ni ha? Ewah bila bertanya macam boleh dapat jawapan selalu aje kan? HAHAHAHA , seram pulak kalau tetibe kibod ni boleh jawabkan untuk korang! Erk! HAHAHAHA.

Ish korang ni! Apa kata kita tengok video promo pula nak tak? Asyik tengok gambar aje pun tak best! Eceh! Padahal Jijah tengah kebuntuan kan , nak share gambar mana lagi kan? HAHAHAHA. 

Nah tengok video dulu okay!


Sekali lagi nak tanya , ada rasa teruja ke tidhokkk ni? Jijah sudah mula terasa nak tercakar lantai dengan karpet apabila melihat promo video di atas! Tapi Jijah tu apa benda yang dia tidak mencakar khen? HAHAHAHA , diamlah!

Rasa nak tulis pepanjang pun tiada guna. Sebab korang semua pun dah tengok gambar , dah tengok video kan? Jadi korang pun kena juga tengok drama Hati Perempuan ini yang akan bersiaran episode petama jam 6.55 petang ini. Janji okay? Nah , ini lagi sekeping gambar khas untuk korang semua! kehkehkeh.


Comel ke tidhokkkk Tengku Zaril & Yuhanis ni?

Kerlast novel Hati Perempuan mak jadi prop!

HAHAHAHA.

Jadi , Jangan Lupa Untuk Menonton Hati Perempuan bermula 6.55 petang di TV3 setiap Isnin-Khamis okay?

Terima kasih sudi baca entri ini :)

No comments: