Home

Wednesday, January 11, 2017

Slot Zehra : Jejak Karmila Lakonan Fauziah Dato Ahmad Daud & Mia Ahmad Setiap Rabu - Jumaat Jam 9 Malam Di TV3!

Untuk tahun 2017 ini , Jijah hendak mengajak engkorang semua menonton drama terbaru di slot Zehra yang disiarkan di TV3 iaitu Jejak Karmila. Jejak Karmila diarahkan oleh pengarah tersohor , Murali Abdullah dan skripnya pula ditulis oleh Marr Mohamad. Drama ini mempamerkan barisan pelakon yang gah-gah belaka. Tak percaya? Jejak Karmila dibarisi pelakon Fauziah Dato Ahmad Daud , Mia Ahmad , Ruhainies , Asyraf Aley , Amy Mastura , Johan As'ari , Fauziah Nawi , Wan Sharmila dan ramai lagi.

Jijah sedikit teruja untuk menonton drama ini memandangkan banyak nama-nama besar yang turut berlakon dibawah terbitan Zeel Production ini. Untuk pengetahuan korang juga, drama ini akan mula ditayangkan bermula 11 Januari iaitu hari ini. Jejak Karmila akan bersiaran di slot Zehra setiap hari Rabu sehingga Jumaat pada jam 9 malam.



Korang pun mesti teruja juga untuk mengetahui bagaimana pula jalan cerita bagi drama Jejak Karmila ini kan? Bagaimana pula genre bagi drama ini kan? Dah , tak payah hendak pening-pening. Meh Jijah kongsikan bersama korang sinopsis bagi drama ini.

Jejak Karmila mengisahkan keteguhan cinta Karmila terhadap Karim (lakonan Johan Asaari) yg merupakan anak kepada hartawan Hamidah (Fauziah Nawi). Karmila menyara hidup dengan bekerja sebagai pembantu rumah di rumah keluarga Zaidi. Siapa sangka, Zaidi dalam diam menyimpan perasaan terhadapnya. Kerana cinta, Karmila berhenti kerja dan ingin berkahwin dengan Karim atas dasar cinta. Namun, hubungan itu ditentang oleh Hamidah. Karim yang benar benar mencintai Karmila memilih untuk keluar dari rumah dan mengahwini Karmila. Hidup mereka bahagia bersama dua orang anak, Suraya dan Nonie. Sementara Zaidi juga sudah berkahwin dengan Aniza dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Haikal dan sedang hamil anak kedua. 
Namun, cinta yang bersemi tak menjanjikan kebahagiaan. Karim yang awalnya suami yg bertanggungjawab bertukar sikap apabila mula menjebakkan diri dalam berjudi dan mabuk. Hal itu membuatkan Karmila sangat kecewa. Kerana tidak mampu membayar hutang judi, Karim dikejar dan dikehendaki untuk dibunuh. Suatu hari, ketika melarikan diri daripada hutang judi, Karim tanpa sengaja melanggar lari Aniza yang sedang hamil mengakibatkan anaknya gugur dan Aniza lumpuh separuh badan. 
Karim pulang ke rumah dan terkedu saat mengetahui gangster judi mula mengepung rumahnya. Tiada pilihan lain, gangster judi inginkan anaknya , Suraya yg baru berusia 10 tahun sebagai taruhan pemuas nafsu binatang mereka. Kerana takut dan diugut, Karim cuba memberikan anaknya sendiri kepada gamgster judi. Dan kerana terpaksa setelah sekian lama menderita, Karmila membunuh suaminya demi melindungi Suraya. Karmila akhirnya ditahan polis dan dimasukkan ke dalam penjara dan dijatuhkan hukuman 20 tahun. Anak anaknya, Suraya dan Nonie tinggal bersama Hamidah. Namun Hamidah mendera dan mengabaikan mereka hingga akhirnya Nonir diculik penjahat. Suraya pula dihalau keluar dari rumah. Hamidah berdendam kerana Karmila telah membunuh satu satunya anak tunggalnya. Nonie yang diculik cuba melepaskan diri. Ketika van yg membawanya berhenti di satu simpang jalan, dia keluar dan bersembunyi. Takdir menemukan Nonie dengan Zaidi. Zaidi membawa pulang Nonie ke rumah dan berniat hendak menjaganya demi merawat luka hati Aniza yang kehilangan anak. 20 tahun berlalu, Karmila kini dibebaskan. Dia nekad keluar untuk menjejak anak anaknya semula. Sepanjang 20 tahun di dalam penjara,Zaidi tak pernah mengabaikannya kerana Zaidi tahu daripada satu sumber Nonie adalah anak kandung Karmila. Dan kerana itu, dia mahu mengahwini Karmila. Sementara Suraya kini menjadi seorang wartawan jenayah. Konflik bermula apabila Nonie mencintai abang angkatnya sendiri, Haikal yang sudah pun jatuh hati dengan Suraya. 
Apakah nasib 3 beranak itu? 
Dapatkah mereka bertemu? 
Hati siapa yang akan terluka di dalam konflik cinta 3 segi antara Haikal- Suraya?


Bila kasi sinopsis terus kasi sinopsis panjang berjela khen? Engkorang jangan skip membaca pulak. Nanti sibuk tanya , cerita ni pasal apa...kenapa jadi macam tu..apa kaitan...kannnn? Orang suruh baca tak nak baca puleeeeks! HAHAHAH tiba-tiba membebel!

Jijah pasti dengan nama-nama besar yang membintangi drama ini dan ditambah pula dengan jalan cerita yang menarik pasti akan membuat engkorang semua menjadi tidak sabar untuk menonton khen?

Meh Jijah kasi video teaser untuk engkorang semua bersemangat menonton malam karang!


Kalau dilihat pada sinopsisnya dan juga pada video teasernya , kita boleh nampak yang jalan ceritanya tampak berbeza daripada kebiasaan drama yang kita tonton. Terdapat unsur kasih sayang , pengorbanan , cinta serta konflik-konflik yang bakal mewarnai drama ini sendiri. Ada tak yang sudah tidak sabar untuk menonton drama ini?

Hah! Kalau tak sabar , engkorang semua jangan lupa untuk menonton drama Jejak Karmila ini bermula malam ini di TV3 jam 9 malam okay? Jijah percaya drama ini tidak akan menghampakan semua yang menonton. Tambah pula barisan pelakon yang hebat dan diarahkan oleh pengarah yang sentiasa menghasilkan drama yang terbaik. Jadi, jangan lupa okay? Lepas itu kita sama-sama tweet di Twitter dengan hashtag #JejakKarmila okay? 

Terima kasih sudi baca entri ini :)

No comments: