Home

Thursday, February 1, 2018

Jangan Lupa Saksikan Telefilem Uniknya Cinta Lakonan Hazama & Azar Azmi Pada 3 Februari Jam 10 Malam Di TV3!

Kali ini Jijah nak mengajak engkorang semua untuk menonton telefilem khas bersempena dengan Drama Festival Kuala Lumpur atau singkatannya DFKL iaitu telefilem Uniknya Cinta. Telefilem Uniknya Cinta diarahkan oleh pengarah tersohor, Shuhaimi Lua Abdullah dan skrip untuk telefilem ini telah ditulis oleh rakan buat perangai Jijah iaitu Lynnda Sharudin. Uniknya Cinta dibarisi para pelakon seperti Hazama AF , Azar Azmi, Zoey Rahman, Fauzi Nawawi , Catriona Ross, Ruhainies, Monna Bella dan ramai lagi.

Kalau entri sebelum ini Jijah sekadar update yang acah-acah manja sahaja. Tapi untuk entri kali ini, haruslah Jijah kasi sekali sinopsis untuk engkorang semua baca dulu okay? Jom baca sinopsis!



Mengisahkan Erman dan Amalina, berbeza latar belakang dan saling tidak menyukai satu sama lain. Erman yang takutkan keganasan akibat trauma masa silam perangai buruk ayahnya membuatkan dia kelihatan sedikit pelik di mata Amalina. Manakala Amalina yang tegas berjaya membuatkan Erman menaruh hati dalam diam. Pelbagai peristiwa dilalui mereka yang akhirnya menyatukan mereka dalam sebuah ikatan Uniknya Cinta.


Amacam? Ada yang tak sabar nak menonton tak tu? Mungkin untuk sesetengah yang membaca akan merasakan, alah cerita pasal suka, cinta, dan sebagainya kan? But I am pretty sure, drama tulisan rakan buat perangai saya ini biasanya pasti akan ada momen manis yang tersendiri di setiap garapan drama beliau. Jadi, engkorang semua wajib untuk menonton okay?

Meh tengok gambar-gambar menarik untuk telefilem Uniknya Cinta. Mesti engkorang semua akan jadi lebih teruja lepas tengok gambar-gambar ini khen? Jijah sendiri pun dah tak sabar nak menonton okay. 















Untuk yang tak ada ke mana-mana dan memerlukan cerita yang santai dan menghiburkan hati engkorang semua, Uniknya Cinta amat sesuai untuk tontonan engkorang semua. Lagipun telefilem ini bukan lama mana pun, cuma dua jam sahaja. Daripada engkorang semua duk baring atas katil pusing kiri pusing kanan ahaiii, baik engkorang tonton telefilem ini. Khen?

Nah, tengok video promonya pulak okay? Tahu dah engkorang tu semua, kalau tak kasi video promo, tak kasi sinopsis nanti ada aje alasan tak mahu tengok khen? Haaaaaiiipp! Kikiki!



Lepas Jijah tonton sahaja video promo Uniknya Cinta, Jijah jadi semakin tidak sabar okay! Sebab Jijah tahu telefilem ini macam comel-comel dengan komedi santai begitulah. Bukan yang engkau kena sediakan tisu, baldi, selimut dan seangkatan dengannya. Tapi kalau tiba-tiba kawan buat perangai kita tu sajaaaa nak buat jugak cerita sedih dalam telefilem ni, kita cubittt dia! HAHAHAHA!

Kasi gambar sudah, kasi video promo pun sudah. Sekarang Jijah nak share dengan engkorang semua gambar-gambar yang sempat Jijah ambil ketika ke tempat penggambaran Uniknya Cinta yang terletak di Kemensah Waterfall. Serius suka gila datang ke Kemensah Waterfall walaupun jalan yang dilalui tu membuatkan kita rasa macam mashaAllah sisthurs, gugur jantung sis kejap! Haaa kemahen lagi dramatik! HAHAHA! Sangat cantik tempat penggambaran kali ini. Jauh dari keriuhan kota. Line telefon pun terus mati. Boleh lah menikmati keindahan alam sekejap sambil tengok para pelakon berlakon kejap khen? Ihiks. Meh tengok gambar meh!


Heroin Uniknya Cinta - Azar Azmi. Sangat friendly okay!


This one pun sangat friendly! Hi Monna Bella!


Hero Uniknya Cinta - Hazama AF! Ini memang semua pun tahu ramah dan friendly! Hahaha!


One group picture with Muby ( bukan pelakon hahahaha) , Faez Nick , Lynnda Sharudin , Shuhaimi Lua Abdullah & Amad Zainal.


One picture with the one yang sangat lah friendly , Faez Nick!


Mekap artis paling vogeh dan diva kadangkala HAHAHA , Irene Sufian!


The three of us! Thanks Kaka sebab sudi ajak weols ke sini ihiks!


Sebab tempat penggambaran Uniknya Cinta cantik sangat, harus ada gambar perfeeling macam gini khen? Dengan ucapan, Hi Jodoh, buat apa tuew? Eh!

Jijah tahu, entri ini memang panjang sangat dengan bermacam jenis gambar khen? Haruslah chuols! Sekali sekala kita update, kita kongsi banyak-banyak terus! Dan engkorang semua pun jangan lupa okay? Saksikan telefilem Uniknya Cinta pada hari Sabtu ini 3 Februari jam 10 malam hanya di TV3 okay! Kita kasi trending jugak Sabtu ini okay dengan Uniknya Cinta!

Terima kasih sudi baca entri ini :)




No comments: