Home

Friday, March 16, 2018

Food Review : Buffet Ramadhan Sime Darby Convention Centre Bertemakan Sajian Tradisi Bufet Ramadhan.

Ramadhan adalah bulan yang cukup istimewa buat semua. Selain daripada kita fokus dan mengabadikan diri untuk ibadah di bulan Ramadhan, Jijah cukup yakin Ramadhan adalah masa yang cukup sesuai buat seluruh keluarga berkumpul dan serta teman-teman lama yang tidak lama ketemu untuk merapatkan ukhuwah. Pasti juga Ramadhan nanti ramai yang akan memilih tempat yang bukan sahaja mempunyai bilangan hidangan yang pelbagai, tetapi harga yang berpatutan dan tempat yang selesa. 




Bercakap mengenai pemilihan tempat yang selesa dan harga yang berpatutan, Jijah telah berkesempatan untuk menghadiri food review yang dianjurkan oleh Sime Darby Convention Centre. Bersempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama sahaja lagi, Sime Darby Convention telah menawarkan pelbagai pilihan hidangan makanan yang cukup menarik dan pastinya bakal menggiurkan tekak engkorang jua.

Dengan memilih tema "Sajian Tradisi Buffet Ramadhan", Sime Darby Convention Centre telah menghidangkan lebih daripada 80 jenis makanan lokal yang terdiri daripada Sotong Kangkung, Kerabu Mangga, Bubur Lambuk Berherba, Sotong Sambal Tumis Petai, Kambing Bakar, Murtabak, Rojak Pasembor, Roti John Special, Roti Jala Pandan bersama Serawa Durian bagi sepanjang keseluruhan bulan Ramadhan ini.






Selain daripada itu, lebih menarik pada tahun ini Sime Darby Convention Centre mempersembahkan gerai-gerai yang akan memasak secara langsung sepanjang Ramadhan nanti. Antara 20 gerai tersebut adalah seperti, Sup Berempah, Assorted Sushi and Sashimi, Steamboat, Sizzler, Hot Plate / Shell Out, Assam Laksa, Penang Fried Kway Teow, Assorted Satay, Masakan Kawah, Lemang, Shawarma dan pelbagai jenis cucur.






Sekiranya engkorang semua sejenis yang bertekak sedikit international gitchuew, Sime Darby Convention Centre tidak melupakan engkorang semua dengan hidangan seperti Spaghetti Carbonara dan Tomato Concasse Sauce, Penne dan Fettuccini bersama Bolognese dan juga pelbagai pilihan pizza. Bila mendapat pilihan pelbagai yang begini, haruslah bukan sahaja orang dewasa yang suka malah kanak-kanak juga pasti menyukai menu sebegini. Selain itu terdapat juga Roasted Crispy Duck bersama Plum Sauce serta Ikan Bakar, Kerang and Otak Otak.

Untuk melegakan tekak engkorang semua dari kehausan di bulan Ramadhan, Sime Darby Convention Centre menyediakan pelbagai jenis hidangan sejuk dan panas seperti Teh Tarik and Nescafe Tarik, Cincau, Soya Bean, Air Jagung, Sirap Selasih, Tebu, dan Fruity Smoothies Blend. Walaupun belum lagi Ramadhan, tapi Jijah dah rasa haus membaca senarai ni acaner chuols? HAHAHAHA!

Kalau sudah makan macam-macam kita mesti mahukan pemanis mulut pula kan? Jangan risau engkorang semua. Terdapat pilihan pemanis mulut seperti Tapai Pulut, Wajik, Dodol serta ABC , Pancakes , Ice Cream dan Churros beserta sos karamel. 











Rambang mata bukan bila melihat pelbagai jenis makanan yang terdapat di Sime Darby Convention Centre untuk Ramadhan nanti kan? Jijah yang menikmati makanan tempoh hari pun sampai juling mata dengan pilihan makanan yang ada. Haruslah, semua makanan bukan sahaja nampak menarik tetapi semuanya sedap belaka okay? 








Memang bila dapat sahaja food review ini, Jijah makan tidak berhenti ya. Serius semua makanan termasuk pemanis mulut sedap belaka. Tambahan pula ada kebanyakkan makanan disediakan secara langsung, jadi nafsu makan bertambah-tambah khens? Ihik!

Dah bercerita panjang dan kasi gambar yang meleleh air liur pun dah banyak khen, mesti engkorang semua nak tahu harga bagi buffet Ramadhan ini kan? Untuk pengetahuan engkorang semua, harga bagi buffet Ramadhan ini adalah RM 99 per person dan bagi warga emas serta kanak-kanak akan mendapat 25% diskaun dari harga asal. Manakala untuk kanak-kanak dibawah umur 6 tahun adalah percuma. Tetapi sekiranya engkorang semua membeli early bird voucher, engkorang semua boleh mendapat dengan harga yang lebih murah iaitu RM69 nett pada sepanjang bulan March dan RM 79 nett pada 1 April sehingga 16 May 2018 sahaja

Untuk mendapatkan voucher tersebut dan pembelian awal engkorang semua boleh terus hubungi :


Call : 03-2089 3799 
Email : halia.sdcc@simedarby.com 

OPEN :6.30pm - 10.30pm
17 May 2018 sehingga 10 June 2018

Terima kasih sudi baca entri ini :)

No comments: