Home

Monday, April 9, 2018

Edisi Menjejak Prince Mateen V2 : Golden Jubilee Polo Tournament @ Brunei Darul Salam.

Jijah tahu sekarang sudah tahun 2018. Jijah tahu kejadian Jijah ke Brunei sekali lagi dek kerana Prince Mateen sudah lama berlalu. Jijah tahu semua itu. Tapi Jijah mestilah juga mahu tulis juga pengalaman kerja gila yang dilakukan pada October 2017 yang lalu di dalam belog picisan Jijah khen? Kalau tak dikongsikan bersama engkorang semua, Jijah nak kongsikan dekat mana lagi khen? Ewah!

Sebenarnya, Jijah memang tak ada bercadang pun untuk ke Brunei pada 12 Oktober 2017 yang lalu. Sebab Jijah tengah sibuk dengan preparation untuk holiday ke Korea pada 28 Oktober. Bayangkan tarikh yang agak dekat-dekat tu Jijah memang dah kengkonon semat dalam hati, tak payah nak mengada nak buat kerja gila sangat. Awak ingat awak ada harta tujuh keturunan sibuk nak ke Brunei tak kira masa? Ewah, kengkonon lah masa mula-mula tu. 

Lepas aje tengok timeline Instagram yang dipenuhi dengan gambar Prince Mateen tengah bermain polo, lepas tu pulak dengan caption Prince Mateen yang ajak tengok beliau bermain polo ewah nak jugak tu feeling, dan yang paling tergugat iman adalah bila tengok video temubual dari New Brunei Daily yang Prince Mateen cuma sebut one sentence aje, "Yeah, please come by..come by..". HAHAHAHA, FAHAM TAK LEPAS AJE DENGAR ONE SENTENCE TU AJE TERUS AJAK KAWAN BUAT KERJA GILA SEKALI DAN THE REST IS HISTORY. Auwch gitchuew!

Kali ini Jijah tak keseorangan membuat kerja gila. Jijah ditemani oleh seorang kawan yang memang sepanjang perlawanan polo games di KL SEA Games, kami berdua begitu gigih menjadi cheerleaders buat Prince Mateen. Eh! HAHAHA! Dan seorang lagi baru aje Jijah kenal sejak KL Sea Games KL. Oh sukan banyak memberi rakan baru buat Jijah walaupun yang bersukan tu Prince Maten AHAHAHA ok tak kelakar. So, berbalik kepada kerja gila bulan Oktober yang lepas, Jijah dan rerakan membeli tiket seminggu sebelum kejadian or to be real, it's two-three days before 12 Oktober. Gila kan? Haih, kalau dah minat, apa sahaja sanggup khen? Itu pun kalau duit dalam bank mengizinkan HAHAHAHA!

So, on 11th October, Jijah sebenarnya dari office terus aje tidur di KLIA2 since tak ada siapa yang nak menghantar Jijah esoknya. Yes, Jijah ambil tiket yang paling awal sekali, pukul 6.35 pagi. Lagipun tiket pepagi buta haruslah lebih murah daripada kebiasaan. Cuma kebetulan tak ada siapa nak menghantar, Jijah dengan rela hati, tidur aje di KLIA2. Bila buat kerja gila ni, memang ada sesetengah perkara ni kau kena redha untuk berada di win-win situation. Tak perlu nak complicatedkan semua perkara. Kalau the only way adalah untuk tidur di KLIA2 , just go ahead lah khen? Lagipun KLIA2 tu hidup sahaja dari malam sampai ke pagi Subuh. InsyaAllah selamat sahaja.



Jadi flight ke Bandar Seri Begawan mostly take about 2 hours and 20 minutes plus minus macam gitu. Around 8.30 plus macam gitu sudah selamat sampai ke Bandar Seri Begawan. Since it's actually not-so-day-trip, jadi tak ada luggage apa pun. Cuma ada backpack saja. Iyelah, kita punya kerja gila tu, esoknya kita halfday dan terus masuk office. Engkorang ada tak segigih Jijah? HAHAHA, gigihlah sangat! So keluar daripada kapal terbang, terus sahaja keluar ke lobby airport dengan girangnya sambil muka tak ada hala tujuan. HAHAHA. Bukan tak ada, cuma disebabkan rakan-rakan Jijah di Brunei memang tak dapat nak mengambil Jijah, so three of us agak lost sikit. Sikitlah. Dah lah nak pergi ke tempat yang Jijah sendiri pun tak pernah pergi before this. 





Golden Jubilee Polo Tournament telah berlangsung di area Jerudong. Jauh tak jauh mana jugak dari airport. I think it takes almost 20 minutes plus minus macam gitu lah. Ingat-ingat lupa dah. Kengkononnya melalui pembacaan kitaorang pada jadual yang kitaorang baca, pagi pukul 9 pagi ada polo games or something. Sekali bila sampai-sampai sahaja Jerudong Park itu, kosong sunyi sepi chuols! HAHAHAHA, masa tu tak tahu nak nangis ke, nak ketawa pun tak pasti. Sebab krik-krik kosong aje ke? Tak ada orang ke? Salah info ke? HAHAHAHA! Lepas tu terpaksa tanya dengan orang yang bekerja di kawasan tersebut untuk bagitahu kami dekat mana restoran yang berdekatan untuk kami berehat isi perut dengan makanan kejap. Cuaca pulak panas mashaAllah. Habis cair mekap chuols! Acaner nak pikat hati Prince Mateen kalau macam gitu eeeeehhh! HAHAHAHA!





Pepagi boleh lah mekap masih ada khen? Cer tengok gambar yang dah malam nantinya ittuew! HAHAHAHA!




So we found one places yang kena jalan keluar sikit dari tempat polo games tu, tempat tu berdekatan dengan Pantai Jerudong yang ehem ehem peminat Prince Mateen mesti recognize dengan tempat tersebut. Iyelah Pantai Jerudong tu selalu aje jadi tempat Prince Mateen ambil gambar gitchuew! Ihiks. Bayangkan we are there at Terindak D'Polo Restaurant from 9 plus am untill 2 pm macam gitu. Boleh bayang tak berapa lama kitaorang menghiburkan hati sendiri? HAHAHAH. Dan sebenarnya ada kejadian juga selepas Jijah turun dari kapal terbang. Jijah selsema sedikit masa menaiki kapal terbang dan kemudiannya masa dah nak landing tiba-tiba telinga Jijah berbunyi macam POP! OH TUHAN! Masa itu Jijah doa yang baik-baik sahaja tak mahu apa-apa yang tak diingini berlaku. But yes, kita mampu merancang, but kita tak mampu mengawal semua perkara. Telinga Jijah tiba-tiba tidak boleh dengar sebelah. Memang terasa sakit sangat. Sakit yang masa tu macam , ya Allah ampunilah Nabilah! Haa gittuew! Jijah try macam-macam cara, menguap lah, mengunyah lah, apa lah. Semua tak menjadi. Selepas sejam or dua jam kot, baru Jijah dapat dengar kembali lepas tutup hidung dan hembus banyak kali.. I guess, Allah is giving the sign's to me, untuk jangan terlebih-lebih dalam sibuk menggeletis ittuew. A small sign's to me tapi menginsafkan okay. Bila Allah tarik pendengaran yang selama ini elok sahaja. Boleh pula masa kita nak buat perangai kan? Hehehe! Iyelah tengah selsema masa itu, makin menjadi-jadi rasa tak boleh dengar lepas tu. But Alhamdulillah selepas itu rasa okay, baru lah rasa lega khen?

So then, acara yang dinantikan telah pun tiba. Dari kejauhan sudah boleh nampak Prince Mateen tengah bersiap sedia mempersiapkan diri untuk bermain polo. Masa itu memang mata dah tak terkelip dan rasa sungguh excited dah. Iyelah, disebabkan "please, come by come by.." Tiba-tiba memang tadaaaaa, I'm here walaupun Prince Mateen pun bukan kenal kita punnnn. Tapi tak apalah, tak ada keperluan pun untuk Prince Mateen kenal kita HAHAHAH! Kengkonon semua benda kita nak buat IG Story, tapi malangnya Maxis tak bagi kerjasama dekat kita. Tiba-tiba aje line sekejap okay sekejap tak okay. Merana sekejap! Tapi okaylah, sepanjang games tu, kita boleh fokus tengok Prince Mateen kan? Ihiks.

Nah fokus sangat sepanjang games tersebut tanpa ada line Maxis, hambiklah seberapa banyak gambar yang boleh sepanjang games itu berlangsung. Tapi sila bertabah dengan kualiti gambar yang tidak seberapa ittuew. Kita guna ipong semata sajork. Tak ada kamera ke apa pun. Sila pasrah! Janji hado khen? Ihiks!







































Selepas dua jam games Prince Mateen, kita sangkakan memang sudah habis semuanya. Rupanya ada lagi games lain yang turut disertai oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mui'zzudin Waddaulah. Jadinya, after sejam setengah macam itu baru selesai semuanya. Selepas semua acara selesai, Prince Mateen beserta kerabat-kerabat diraja yang lain serta pemain polo yang menyertai acara Golden Jubilee Polo Tournament ini bergambar beramai-ramai. Masa itu memang sangat dekat dengan Prince Mateen. Tetapi malangnya masa itu tidak ada siapa-siapa dibenarkan untuk bergambar bersama Prince Mateen. Masa itu kita dah berdebar dah. Tak ada sesi untuk bergambar ke? Alamak, dekat tapi jauh ke acaner ni?






















Sejurus itu, Jijah nampak Prince Mateen bersama kerabat-kerabat diraja yang lain sudah mula beransur ke bilik berkaca yang tersedia di tingkat atas. Tapi Jijah positive lagi, oh mungkin masuk kejap lepas tu keluar balik kot untuk bergambar? Ewah! Kau hengat ini Meet & Greet ke Jijah? HAHAHAHA! Lepas itu lama kelamaan, Jijah lihat keadaan semakin lengang dan sunyi. Dan beberapa orang tempatan disitu dah bagitahu yang Prince Mateen dah pulang. Okay masa ni Jijah dah rasa nak geguling dekat seluruh padang polo yang besar itu. Dia punya perasaan macam, OH SERIOUSLY OH EH? HAHAHAHA. But I must glad to have that one positives friends yang YA ALLAH TIMAH MACAM MANA KAU BOLEH POSITIVE SANGAT NI? Dikala Jijah dah negative seorang diri dengan monolog dalaman yang sama iaitu... tak dapat kot bergambar. Tak ada rezeki kot kita hari ni. Mungkin kita mampu tengok dari jauh saja kot. Eh eh lemah semangat betul Jijah tu ye? HAHAHAH!


Wajah ada senyum, tapi dalam hati dah teriak macam hilang jodoh! HAHAHAH MELAMPAU!
Masa ni, tak dapat bergambar dengan Prince Mateen pun takpelah, bergambar aje yang berlatar belakang kan tempat duduk Prince Mateen pun okay lah. *laaaaappp hingusss!

Tapi kawan Jijah si Timah ni asyik cakap, EH DAPAT PUNYA, POSITIVE POSITIVE! HAHAHA! Sampai macam gitu sekali masing-masing. Seorang lagi kawan Jijah , Ena, memang duk tengah-tengah. Tak ada negative, tak ada positive. Dah redha menyerah kalah dah HAHAHA! And guess what? Lepas itu, kawan Jijah, Kak Hazlina bagitahu dekat kitaorang yang malam itu para kerabat diraja serta Prince Mateen akan kembali ke Jerudong Park untuk Majlis Santapan & Penyerahan Hadiah. Masa itu Jijah masih lagi negative dan masih lagi rasa TAK ADA REZEKI KOT. MAYBE NEXT TIME. Dapat dekat kawan Jijah si Timah memang tak sempat nak negative terus OH KEJAP LAGI DAPAT LAH NI BERGAMBAR! HAHAHA! Ya Allah, seriously lah, memang kontra betul kitaorang malam tu. Tapi tehtap jua berharap dalam negative tu.

So, I guess after dalam TAK ADA REZEKI MAYBE NEXT TIME tu , gigih juga tunggu. Kita tak tahu rezeki tu macam mana kan? Setelah almost dua jam menunggu dan badan dah mula rasa letih , melekit and name it, semua rasa ada. Masa ini dah redha dendiam tapi masih lagi berharap. Bila tengok Sultan dan Raja Isteri pun dah melepasi kitaorang siap lambai-lambai beserta kerabat-kerabat diraja yang lain, Jijah macam ada lagi ke peluang nak bergambar? Kebetulan bodyguard Prince Mateen yang selalu kelihatan dengan Prince Mateen lalu dekat kitaorang masa turn Prince Mateen menghantar semua kerabat diraja pulang, Jijah sempat tegur dan bagitahu nak bergambar. I just trying my luck okay? Walaupun dalam hati jangan lah Jijah kena banned dari datang Brunei *lap peluhhhh gais!

But Alhamdulillah, betul lah orang kata KALAU DAH REZEKI TAK KEMANA GAIS , ok apasal kena capslock ni? HAHAHAHA! Sekarang ni Jijah nak engkorang semua bayangkan situasi ini okay? Sebab ini bukan cerita rekaan atau fantasi okay? Ini betul-betul kejadian yang jadi masa gigih dalam misi menjejak Prince Mateen sangat khen? Kalau tak dramatik memang bukan Jijah khen?


Nampak tak? Dekat tapi jauh wuwuwuwu!

So, bila tengok kereta Prince Mateen dah sampai ke tempat Prince Mateen duduk berdiri, entah datang angin semangat dari mana, Jijah pun tiba-tiba terkedepan dari tempat Jijah yang mula-mula jauh tak jauh dari Prince Mateen sambil err I think Jijah tak jerit pun tapi macam terjerit kecil sikit sounds like.. "PRINCE MATEEN!" and after that terus Prince Mateen pandang ke arah Jijah dan rakan-rakan dan a few Bruneians yang actually macam terkejut tiba-tiba Jijah panggil macam tu heeheheh I'M SORRY GUYS I'M JUST BEING MYSELF TOO EXCITED FOR EVERYTHING *lap peluuuuuh lagi heheehehe and guess what? Prince Mateen menyahut sambil berpaling... "YESSSS" ok geguling gaissss! And Jijah terus cakap dengan penuh yakin minta izin, "Can we take a selfie prince?" Masa itu macam segala negative berlalu pergi ke arah angin yang mendayu eeeehhh ewah! Dan Alhamdulillah Prince Mateen terus cakap "Yes, Sure." Dan masa itu juga semuaaa pun berlari-lari anak ke arah kami lah khen? Amboi enak-enak semuaaaa! HAHAHAHA.


ABAIKAN DOUBLE CHIN ITTUEW! hahahaha! Excuse me, my never ending excited face everytime meet Prince Mateen!


Nasib baik, dapat peluang selfie sekali lagi dan hasilnya cantik. Kalau tak, sila lah meraung bergolek khen? Begitulah seorang Jijah! 


Gigih khen, bawak gambar untuk Prince Mateen sign! Ihik, gigih tu hafer? :p

Alhamdulillah. Tak sangka Jijah seberani itu memanggil Prince Mateen yang lagi sikit dah nak masuk kereta heheehehe. Memang agak berani disitu tapi Alhamdulillah Prince Mateen yang humble itu memang buat kita lagi rasa nak minat dan sayang ehhh! HAHAHAH! Jangan salah faham gais.. Jijah cuma admire dengan humble-nya seorang anak raja bernama Prince Mateen. Tak lebih daripada ittuew. Kang iols kena kecam puleks! Tak rela dikecam diknon. Tapi pasrah jelah kalau ada yang nak mengecam pun. *lap hingusssss!

Bila buat kerja gila ni, yang seronoknya benda-benda macam gini lah. Bila ada rasa kecewa sikit, ada rasa excited sikit, ada rasa nervous sikit dan semua-semua inilah yang membuatkan trip tu jadi sangat manis okay? I must saying that this trip was the memorable ones! Sangat manis dan memorable. Macam-macam kejadian dengan penat lesu semua ada tapi berakhir dengan penuh kemanisan aaaagitchuew! Alhamdulillah untuk rezeki itu. Mungkin some people will said that, ALAHHHH, JUMPA PRINCE MATEEN JE PUN. ALAH MEMBAZIRNYA PERGI BRUNEI SEMATA-MATA UNTUK JUMPA PRINCE MATEEN. BUKAN DAPAT DUIT PUN and the list goes on. But atleast, kita buat apa yang kita suka apa yang kita seronok dan apa yang memuaskan hati kita sendiri. We don't depends on other, and we don't ask your money untuk buat kerja gila semua ini. Tak begitu? Amboi garang tiba-tiba kau JAHHH! HAHAHAHA!

Jijah harap engkorang semua terhibur membaca entri basi yang panjang berjela ini. Lagipun memang dah janji dengan engkorang semua untuk update jugak khen? Haruslah gigih juga update untuk kenangan di masa hadapan. Juga untuk riak dengan anak cucu juga. Eh? Hi Jodoh! Eh lagi! HAHAHA! Semoga semua terhibur dan seronok mencuci mata khen? Walaupun kualiti gambar biashe-biashe saja. Ewah! Apa yang penting, kena sentiasa positive macam kawan Jijah si Timah itu, dan kegigihan pun kena seiring okay? Kalau setakat pandang tapi tak berusaha dan tak ada kegigihan pun tak ada guna juga. 

Jadi, semoga yang membaca entri ini walaupun entri ini sepenuhnya macam lagho betul menghabiskan duit semata-mata kan? Tapi ambil yang positifnya. Usaha tangga kejayaan, tak datang kejayaan tanpa usaha yang tinggi okay? Do whatever make yourself happy. Kalau semua itu boleh membuatkan engkorang semua bahagia dan tidak terpesong dari mana-mana, just do it! Always bear to your mind, do whatever that make yourself happy. Jangan endahkan apa yang orang hendak kata. They don't pay our bills, buy our food and everything. Kita tak boleh tutup mulut manusia. Jadi, we just be happy with our life and ignore whatever yang mereka hendak kata. We cannot please people. Jadi, tak perlu untuk endahkan semua itu. OK? Hope engkorang semua seronok membaca! Kalau ada terlebih dramatik, harap dimaafkan! Tahun ni mengejar lagi ke Jijah ke Brunei? Eh bai!


Bye-Bye Brunei, till next time, insyaAllah.
Thank you for always being nice to me, Brunei :')

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Wednesday, March 28, 2018

Food Review - Teringin Nak Makan Steamboat Tapi Tak Tahu Dekat Mana? Jom Ke D'Atap Gazebo , Sime Darby Convention Centre!

Korang pernah tak tiba-tiba tekak teringin sangat untuk makan steamboat tetapi korang tak tahu nak makan dekat mana? Ataupun korang teringin nak mencuba pelbagai pilihan hidangan yang banyak untuk steamboat dan grill tapi tidak jumpa tempat yang menawarkan harga yang menarik dan affordable? Itu belum lagi memikirkan tempat steamboat yang nak dipilih itu sesuai untuk membawa kanak-kanak atau tidak dan sebagainya kan? 



Kali ini Jijah hendak mengajak engkorang semua untuk mencuba steamboat dan grill di D'Atap Gazebo yang bertempat di Sime Darby Convention Centre , Bukit Kiara KL. Untuk pengetahuan engkorang semua, D'Atap Gazebo baru sahaja beroperasi di pertengahan bulan Mac tahun ini. Ia merupakan tarikan terbaru di Sime Darby Convention Centre bagi peminat makanan steamboat dan grill.

Apa yang menarik tentang D'Atap Gazebo adalah, mereka menawarkan lebih dari 100 jenis hidangan untuk engkorang semua pilih dan makan. Lebih menyeronokkan D'Atap Gazebo bertempat di tingkat atas yang tidak berbumbung (rooftop) dan pastinya menjanjikan pemandangan cantik dan santai sambil engkorang semua menikmati hidangan steamboat dan grill. D'Atap Gazebo dibuka setiap hari Isnin sehingga Ahad dari jam 6.30 petang sehingga jam 10.30 malam.







Kenapa Jijah beriya-iya mengajak engkorang semua untuk mencuba steamboat dan garden grill di D'Atap Gazebo ni? Haruslah Jijah beriya-iya kerana sekarang mereka mempunyai harga istimewa bersempena dengan pembukaan D'Atap Gazebo ini dengan hanya RM 39 per nett sahaja! Tawaran ini hanya sah daripada 16 Mac sehingga 15 Mei 2018 sahaja! Jadi apa tunggu lagi khen? Alang-alang sudah ada harga pengenalan yang menarik begini dan dihidangkan dengan pelbagai pilihan, haruslah engkorang semua mengambil peluang yang ada ini!

Ketika tempoh hari diberi peluang untuk mencuba sendiri pelbagai hidangan yang melebihi 100 hidang tersebut (All You Can Eat) , Jijah serta kawan dan kakak Jijah terus jadi rambang mata. Makanan yang disediakan cukup segar dengan perapan yang cukup lazat! Jijah cukup suka perapan bagi kambing , daging dan ayam yang cukup menepati citarasa tekak Jijah. Malah perapan seperti udang , sotong dan pelbagai lagi makanan laut yang lazat tidak kurang enaknya yang pastinya membuat engkorang semua berulang alik untuk menambah kuantiti makanan tersebut. Dah kenapa pula? Dah kalau makanan sedap chuols, haruslah ulang sampai perut boncit! Eh? HAHAHAHA!

Bukan sahaja makanan sahaja yang banyak ya engkorang semua. Pilihan air yang disediakan juga boleh membuatkan engkorang semua rambang mata dan keliru. Silap-silap kena buat Ting Ting Tang Ting ala-ala lagu yang tengah viral sekarang , Comel Pipi Merah khen? HAHAHAH!






Selain daripada makanan perapan yang diperap dengan pelbagai sos dan rempah yang sedap belaka itu, D'Atap Gazebo turut menyajikan hidangan seperti Nasi Goreng, Sup Berempah Kambing, Fried Wantan Noodle dan bermacam lagi hidangan lain. Jujur cakap, Jijah berulang banyak kali ke stall yang menyajikan Nasi Goreng itu okay! Memang sedap yang tak tahu nak cerita macam mana. Engkorang kena rasa sendiri baru engkorang tahu kenapa Jijah sibuk cherita nasi goreng tu sedap okay? Sampai pejam-pejam mata sedapnya tau! Ini bukan saja nak buat dramatik tapi memang sedap sangat HAHAHAHA!

Memang jujur Jijah cakap, tak rugi langsung untuk datang ke D'Atap Gazebo ini sementara mereka sedang membuat harga pengenalan yang cukup berbaloi ini! Sesuai untuk engkorang yang teringin nak makan sambil bersantai bersama rakan-rakan dan keluarga tersayang. Memang highly recommended! 








Myself , Reena , My Sister & Lina! Thanks Lina from Sime Darby Convention Centre for the invitation!


Pose majalah NONA bersama kakak tersayang itu wajib! Walaupun Jijah mungkin bakal disenduk dengan kakak sendiri HAHAHAH ok tak kelakar!

Dah tengok macam-macam gambar tu, agak-agak terliur ke tidhok tu? Tipu lah khen, tak terliur! Engkorang semua jangan tunggu lama-lama tau! Sebab tawaran bagi harga pengenalan itu sah sehingga 15 May 2018 sahaja! Selepas daripada tarikh tersebut harga akan menjadi pada harga asal iaitu RM 50 bagi orang dewasa dan RM 30 bagi kanak-kanak. 

Jom ramai-ramai ke D'Atap Gazebo, Sime Darby Convention Centre untuk nikmati pelbagai hidangan yang cukup sedap dengan harga yang menarik ini okay! Boleh hubungi contact number di bawah ini untuk tempahan!


Call : 03-2089 3799 
Email : halia.sdcc@simedarby.com 

OPEN :6.30pm - 10.30pm
Harga Promosi Pengenalan : RM 39 / NETT
(Sah sehingga 15 May 2018)
Harga Biasa : RM 50 (Dewasa) RM 30 (Kanak-Kanak)



Friday, March 16, 2018

Food Review : Buffet Ramadhan Sime Darby Convention Centre Bertemakan Sajian Tradisi Bufet Ramadhan.

Ramadhan adalah bulan yang cukup istimewa buat semua. Selain daripada kita fokus dan mengabadikan diri untuk ibadah di bulan Ramadhan, Jijah cukup yakin Ramadhan adalah masa yang cukup sesuai buat seluruh keluarga berkumpul dan serta teman-teman lama yang tidak lama ketemu untuk merapatkan ukhuwah. Pasti juga Ramadhan nanti ramai yang akan memilih tempat yang bukan sahaja mempunyai bilangan hidangan yang pelbagai, tetapi harga yang berpatutan dan tempat yang selesa. 




Bercakap mengenai pemilihan tempat yang selesa dan harga yang berpatutan, Jijah telah berkesempatan untuk menghadiri food review yang dianjurkan oleh Sime Darby Convention Centre. Bersempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama sahaja lagi, Sime Darby Convention telah menawarkan pelbagai pilihan hidangan makanan yang cukup menarik dan pastinya bakal menggiurkan tekak engkorang jua.

Dengan memilih tema "Sajian Tradisi Buffet Ramadhan", Sime Darby Convention Centre telah menghidangkan lebih daripada 80 jenis makanan lokal yang terdiri daripada Sotong Kangkung, Kerabu Mangga, Bubur Lambuk Berherba, Sotong Sambal Tumis Petai, Kambing Bakar, Murtabak, Rojak Pasembor, Roti John Special, Roti Jala Pandan bersama Serawa Durian bagi sepanjang keseluruhan bulan Ramadhan ini.






Selain daripada itu, lebih menarik pada tahun ini Sime Darby Convention Centre mempersembahkan gerai-gerai yang akan memasak secara langsung sepanjang Ramadhan nanti. Antara 20 gerai tersebut adalah seperti, Sup Berempah, Assorted Sushi and Sashimi, Steamboat, Sizzler, Hot Plate / Shell Out, Assam Laksa, Penang Fried Kway Teow, Assorted Satay, Masakan Kawah, Lemang, Shawarma dan pelbagai jenis cucur.






Sekiranya engkorang semua sejenis yang bertekak sedikit international gitchuew, Sime Darby Convention Centre tidak melupakan engkorang semua dengan hidangan seperti Spaghetti Carbonara dan Tomato Concasse Sauce, Penne dan Fettuccini bersama Bolognese dan juga pelbagai pilihan pizza. Bila mendapat pilihan pelbagai yang begini, haruslah bukan sahaja orang dewasa yang suka malah kanak-kanak juga pasti menyukai menu sebegini. Selain itu terdapat juga Roasted Crispy Duck bersama Plum Sauce serta Ikan Bakar, Kerang and Otak Otak.

Untuk melegakan tekak engkorang semua dari kehausan di bulan Ramadhan, Sime Darby Convention Centre menyediakan pelbagai jenis hidangan sejuk dan panas seperti Teh Tarik and Nescafe Tarik, Cincau, Soya Bean, Air Jagung, Sirap Selasih, Tebu, dan Fruity Smoothies Blend. Walaupun belum lagi Ramadhan, tapi Jijah dah rasa haus membaca senarai ni acaner chuols? HAHAHAHA!

Kalau sudah makan macam-macam kita mesti mahukan pemanis mulut pula kan? Jangan risau engkorang semua. Terdapat pilihan pemanis mulut seperti Tapai Pulut, Wajik, Dodol serta ABC , Pancakes , Ice Cream dan Churros beserta sos karamel. 











Rambang mata bukan bila melihat pelbagai jenis makanan yang terdapat di Sime Darby Convention Centre untuk Ramadhan nanti kan? Jijah yang menikmati makanan tempoh hari pun sampai juling mata dengan pilihan makanan yang ada. Haruslah, semua makanan bukan sahaja nampak menarik tetapi semuanya sedap belaka okay? 








Memang bila dapat sahaja food review ini, Jijah makan tidak berhenti ya. Serius semua makanan termasuk pemanis mulut sedap belaka. Tambahan pula ada kebanyakkan makanan disediakan secara langsung, jadi nafsu makan bertambah-tambah khens? Ihik!

Dah bercerita panjang dan kasi gambar yang meleleh air liur pun dah banyak khen, mesti engkorang semua nak tahu harga bagi buffet Ramadhan ini kan? Untuk pengetahuan engkorang semua, harga bagi buffet Ramadhan ini adalah RM 99 per person dan bagi warga emas serta kanak-kanak akan mendapat 25% diskaun dari harga asal. Manakala untuk kanak-kanak dibawah umur 6 tahun adalah percuma. Tetapi sekiranya engkorang semua membeli early bird voucher, engkorang semua boleh mendapat dengan harga yang lebih murah iaitu RM69 nett pada sepanjang bulan March dan RM 79 nett pada 1 April sehingga 16 May 2018 sahaja. 

Untuk mendapatkan voucher tersebut dan pembelian awal engkorang semua boleh terus hubungi :


Call : 03-2089 3799 
Email : halia.sdcc@simedarby.com 

OPEN :6.30pm - 10.30pm
17 May 2018 sehingga 10 June 2018

Terima kasih sudi baca entri ini :)