Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran Umi tersayang. Jadi dengan kesempatan kecil yang Jijah ada , rasanya tak salah untuk membuat satu entri khas buat Umi tersayang. Hendak belikan hadiah yang mahal-mahal untuk Umi mungkin tak mampu buat masa sekarang. Mungkin ucapan dari hati ini cukup untuk sementara sebagai pengganti dahulu ye Umi? Erheheh walaupun Umi bukan baca belog Ijah sekarang , mungkin masa akan datang nanti Umi baca belog Ijah ye dak? HEHE.
Selamat Hari Jadi Umi sayang.
Semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi kehidupan Umi , Semoga dilimpahkan dengan rezeki serta diberikan kesihatan yang baik untuk Umi.
Ijah sayang umi ketat-ketat. Tak ada perkataan yang boleh menggambarkan perasaan sayang Ijah pada Umi.
Tidak tahu pasal apa , Jijah rasa agak emosi masa nak buat ucapan hari jadi untuk Umi. Sejak semalam lagi beremosi. Mungkin bila teringat jatuh dan bangun , sakit dan sihat Jijah hanya ada Umi dengan Ayah sahaja yang bersama dengan Ijah. Bila tengok Tuhan masih panjangkan umur mereka berdua , Jijah rasa itu semua sudah cukup untuk Jijah. Mungkin kadangkala Jijah memberontak , Jijah merajuk , Jijah degil tapi Umi tetap sayang Ijah sama macam adik beradik Jijah yang lain. Tak pernah terlebih tak pernah juga terkurang.
No matter how , now matter what Ijah sentiasa sayang Umi ketat-ketat. Tengok ayat pun dah makin emosi. Mata pun sudah semakin berkaca-kaca. Hidung pun kejap lagi pasti akan terkeluar air hingus kan? Eh! Ayat kalau tak macam novel , tetap tak sah kan? Tetap tak mahu kalah kan? HEHE.
Okbye!
Last But Not Least!
I You Umi !
, Ijah Hashim.
Terima kasih sudi baca entri ini :)
10 comments:
happy birthday for your umi :)
eppi besday aunty..pssstt lawa la mak jijah...hehehehe
hepi besday utk umi ijah!
hepi besday umi jijah...
kalo ckp psl mak ayah mmg blh bergenang air mata..huhu....
Happy besday untuk Mummy Ijah, semoga dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik dari Allah SWT :)
laskar pelangi -- tq awak! =)
kak sitie -- tq akak! hihihi kembang semangkuk klu umi ijah baca ni hihihi tq ya! :)
ifa -- tq ifa! =)
aanie -- tq akak! yup yup, mmg boleh bergenang airmata tanpa sebab pun kan :/
myra -- tq atas doa dan ucapan ya! =)
Post a Comment