Home

Friday, September 7, 2012

Teaser 123. Mampoooooooo?

Aku agak terkial-kial untuk mengetuk kibod sekarang. Tidak pasti sama ada memang otak aku agak berkarat untuk mengetuk kibod menulis segala cherita yang ingin dikongsikan atau memang penyakit malas aku sedang bersarang dalam jiwa? Lepas ni kena tepuk dada sampai pengsan agaknya? Eh! 

Anyway , seperti biasa. Ada beberapa cherita basi yang nak berkongsi dengan korang. Tapi terlebih dahulu kasi teaser dahulu. Bila nak menulis semua cherita semua kena kasi feel. Baru aku ada feeling. Ghasak lah , cherita tu basi janji berupdate ye dok? Eh tapi kadang-kadang syok jugak update awal. Tapi masa nak update awal lah , internet lembap macam siput. Masa tu jugak tiba-tiba gambar tak ingat letak folder mana. Masa tu jugak nak jadi macam-macam hal. Habis tu bila nak ber-update nya pun kan? 

Tapi insyaAllah , kalau Jijah gigih , maka Jijah akan mengupdate setiap hari nanti ye. Ada banyak cherita yang nak dikongsi. Asyik cherita pendek. Asyik merapu meraban entah apa-apa. Tak syok jugak iye dak? Kadangkala yang malas bukan pasal apa , malas nak buat watermark. Tak buat watermark , mungkin ada yang akan buang watermark itu tapi paling risau kalau ada yang buat entah apa-apa dengan gambar itu. Yes, Jijah memang sangat hangen orang guna gambar Jijah tanpa restu Jijah. Mampooo ayat restu bagai? HEH! Dah tak usah nak membebel sangat Jijah! 

Begitulah. So , apa yang Jijah gigih sangat nak update next week ni? 


Gambar petang semalam. Ada apa dengan Masjid Jamek? 


Ada apa dengan Shaheizy Sam?


Ada apa dengan Media Prima?


Ada apa dengan Adam Mukhriz?

*cakar netbook* LOL

Hmmm..itu baru suku gambar yang ditayang. Ada banyak lagi gambar yang nak ditayang next week. Kalau nak tahu ada apa dengan semua itu , jangan lupa masuk baca belog Jijah next week okes? Ewah , kau ingat kau Hanis Zalikha ? RedMummy ? Yuyu Zulaikha ? Yang orang akan masuk bila kau dah update? Kau ingat begitu Jijah? Oh sedihhhhhhh tiba-tiba! Hahahahaha dah buat drama dah! 

InsyaAllah kalau tidak ada aral melintang , semua gambar-gambar yang setiap nya ber-caption ADA APA ADA APA  mahu saja lempang pipi sendiri buat ayat begitu kannnnn? ini akan diupdate dengan jayanya. InsyaAllah. Semoga line internet pun bekerjasama dengan Jijah. Jangan sibuk nak jadi siput ye line internet! *pegang pisau* Ekekekeke. Begitulah kan. Entri ini pun Jijah gigih mengetuk kibod tatkala mata sudah rabak bagai nak rak. Tapi memikirkan belog asyik sunyi sebelum-sebelum ini tanpa sebarang update , maka mari gigihkan diri kannnn? Gitu kata kau Jijah!

So weekend korang dah ada plan nak pergi mana-mana tak? Ada dapat jemputan open house tak? Hah! Kalau ada selamat berumah terbuka ye korang! Hiks.

Okbye!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

11 comments:

Saya Disini said...

ada artis

Dr K said...

hope next week akan ada lebih byk gambar2 cantik yg bakal ditayang :)

hujung minggu ni penuh jemputan kenduri kawin! ;)

Asmara said...

jijah tak patut. aii sudah terpengaruh dgn adam mukhriz! mencik tau kene menunggu. uwaa!! haha..

Unknown said...

ada apa dgn jijah? haaaa

tiefazatie said...

jijah nie fames tue..join sesaja event2 retis nie..hee

Ijah EmoTemo said...

saya disini -- jeng jeng jeng! hahah

Ijah EmoTemo said...

daddy ziyad -- hihihi. insyaAllah :)

Ijah EmoTemo said...

kak asmara -- alamak!! akak dah tergoda nk layan cerita tu ke? keh keh keh :p ampunkan saya akak!! hahah

Ijah EmoTemo said...

zila -- alamak..jeng jeng jeng hahah :p

Ijah EmoTemo said...

ifa -- alamak...tak adalah ifa :) kebetulan yg ada jemputan ijah join saja semua tu hihihihi

NUR said...

tahun ni kurang openhouse..