Home

Wednesday, September 26, 2012

Dia Yang Kau Pilih.

Sebenarnya tak ada idea untuk letak tajuk apa untuk entri ini. Otak macam beku sepoloh minit apabila hanya termenung semata-mata depan netbook dengan pandangan yang kosong sahaja. Akhirnya , tertulis pula tajuk entri ini "Dia Yang Kau Pilih". Erhiks , itu sebenarnya tajuk lagu Shahir AF8. Segalanya bermula bila menonton drama Adam Dan Hawa kan? Ada pula lagu Shahir AF8 dalam drama tersebut. Terus terasa seronok dan gembira sebab lagu Shahir AF8 ada dalam drama tersebut.

Jijah biasalah , selalu overacting dan dramatik tahap maksima langit ke tujuh kan? HEHE. Sekarang masih juga tidak berjaya untuk mengupdate segala yang sepatutnya. Semua nya terpendam lesu dalam draft. Lesu lah sangat! Ada sesetengah entri yang ingin di publish itu , gambar-gambar nya masih belum letak watermark. Lagipun minggu ini emosi Jijah agak terganggu. Biasalah Jijah , pernah ke emosi dia nak stabil sangat? Eh ngeri pulak aku baca ayat aku sendiri -__-'

Minggu ini memang aku agak kurang sihat. Habis seluruh badan terasa tak selesa. Diri sendiri pun tak pasti kenapa dan mengapa. Mungkin tengah musim orang tak sihat kot? Sekarang ni kepala asyik berdenyut sakan. Terasa macam ada bas lalu atas kepala sambil joget-joget zapin sikit. Tahu tak rasa dia macam mana? Sakit sangat-sangat. Lepas tu terasa macam nak hentak-hentak saja kepala ini. Tapi confirm makin sakit nanti kan? Heh. Mungkin juga aku perlukan rehat. Mungkin juga perlu masa untuk bersendirian. Mungkin. 

InsyaAllah , kalau ada kerajinan , nak mengupdate segala cherita-cherita basi itu. Tak larat sungguh diperam sampai jadi perkasam kan? Lagipun dekat sini saja Jijah nak bercherita bagai nak rak dengan feeling-feeling tergolek bawah katil , lari-lari belakang pokok , dan macam-macam lagi kan? I'm such a drama queen huh? Hahahaha , sometimes! Eh bila bercherita tak ada gambar macam tak best kan? HEHE.


R.I.N.D.U :')

Gambar tak ada kaitan dengan entri. Gambar tak ada kaitan dengan tajuk entri. Ghasak letak apa saja gambar. Janji ada gambar kan? Dan sesungguhnya memang merindui mereka semua yang berada dalam gambar. Ada yang tidak ada dalam gambar pun rindu jugak. Rindu sangat-sangat. Haish. Jadi entri emosi pula nanti. Tak apa itu kita buat entri khas kemudian.

Korang semua apa khabar? Sihat? HEHE , dah lama tak blogwalking belog orang lain. InsyaAllah andai ada kesempatan pasti Jijah akan berkunjung balik ke belog korang ye? Tunggu saja internet ini jadi laju macam Ferrari , confirm Jijah akan pergi menyinggah k?! Ngeee.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

3 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ai pong byk cherita basi uols...
last2 x jadik update ngeeee

EZAN IDMA said...

meh meh kite urut kepala yg berdenyut tu

tiefazatie said...

suka lagu nie!hihi