Home

Monday, September 10, 2012

Jangan Lupa Menonton Adam Dan Hawa Lakonan Aaron Aziz & Nadiya Nisaa Ekslusif Di Astro Mustika HD Setiap Hari Isnin - Khamis Jam 10 Malam!

Sekali lagi novel kegemaran Jijah telah diadaptasikan ke dalam bentuk drama. Sebagai pembaca novel tegar , pasti Jijah sangat gembira mendengar khabar ini. Novel Adam Dan Hawa merupakan hasil nukilan penulis terkenal iaitu Aisya Sofea. Mungkin ramai diantara korang yang sudah membaca novel ini. Atau mungkin juga ada yang baru membaca dek kerana fenomena Adam Dan Hawa yang tercetus baru-baru ini. Drama Adam Dan Hawa dilakonkan oleh Aaron Aziz sebagai Adam Mukhriz dan Nadiya Nisaa sebagai Ain Hawani serta ramai lagi pelakon-pelakon lain seperti Anzalna Nasir , Aznah Hamid , Dazrin Kamarudin dan ramai lagi.

Hah! Kalau korang masih ingat , sebelum ini Jijah pernah ada update tentang bertemu dengan Adam Mukhriz dan Ain Hawani bukan? Tapi kali ini Jijah bukan nak mengomel atau membebel seperti entri sebelum ini. Cuma nak mengajak korang-korang yang pernah membaca atau yang belum juga membaca novel Adam Dan Hawa ini untuk menonton drama Adam Dan Hawa ekslusif di Astro Mustika HD. Aku masih ingat masa aku mula-mula dapat tahu yang Adam Dan Hawa bakal ditayangkan di Astro Mustika HD , hati aku punya berkecamuk kecewa. Haruslah! Novel Adam Dan Hawa merupakan novel kegemaran aku dan bila dapat tahu ia bakal diadaptasikan harus aku yang paling gembira! Watak Adam Mukhriz memang membuatkan aku tersengih seorang diri tatkala membaca nya tau! Hihihi. Jadi bila dapat tahu di Astro Mustika HD, aku agak kecewa ketika itu. Tapi bila akhirnya dapat juga aku menontonnya. Hahaha , so dramatic! 



Jangan lupa menonton Adam Dan Hawa ekslusif di Astro Mustika HD (134) setiap Isnin - Khamis jam 10 Malam !

Tak perlu nak bercherita panjang lebar. Jom baca sinopsis drama Adam Dan Hawa ini dahulu uols!

Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadikan milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.
Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy sikit. 
Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya apabila  Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela.
Timbullah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap  Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani.
Mereka berkahwin jugak, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami.  Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain.
Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam.  Apabila mereka pulang ke Malaysia, Ain dan Adam kerap jugak keluar bersama dan cinta mereka kembali bertaut.
Kesudahan dalam novel Ain dan Adam bersatu jugak akhirnya setelah sekian lama terpisah, dan mereka dapat anak perempuan. 
Adam memang untuk Hawa..itulah yang seperti ibu Ain ucapkan pada Ain.
kredit sinopsis : Kak Ina KL.

Hiks. So far jalan cerita dalam novel dan juga dalam drama tak banyak lari. Jadi bila Jijah menonton tak ada rasa sakit hati macam ketika menonton Bicara Hati dulu. Nampak novel Adam Dan Hawa berjaya diadaptasikan dengan baik setakat episod 8 sekarang. Kadang-kadang terlepas juga untuk menonton siaran pukul 10 tersebut. Biasalah , bila ada adik beradik dengan keluarga ni pasti ada adegan berebut remote kan? Jadi terpaksa tengok ulangan. Mujur juga Astro memang kalau bab ulang sampai pengsan tu dia yang juara kan? 

Jadi kalau korang terlepas untuk menonton Adam Dan Hawa jam 10 malam itu , Astro ada membuat ulangan pada pukul 1 pagi , 5 petang esok nya dan juga 9.30 malam. Hah? Heaven gila kan ulangan dia?! Gila tak heaven? Penat mek bayar bil astro mahal-mahal, kalau tak ulang cerita yang best macam ni , memang ketuk jugak piring astro tu tau! Erkkkk! Sekiranya juga korang terlepas menonton Adam Dan Hawa sepanjang minggu pun jangan juga risa. Sebabnya astro ada buat marathon 4 episod sekaligus setiap hari Sabtu dari jam 10 malam sehingga 12 tengah malam tanpa henti gituh dan juga setiap hari Ahad dari jam 5.30 petang sehingga 7.30 malam. Curlast tak curlast?! Hiks. Gigih tak gigih Jijah menaip bagai kan?! Hahahah..

Sekarang boleh tahan gigih menonton Adam Dan Hawa ini. Suka tengok Adam Mukhriz ehem Aaron Aziz yang sangat naughty itu! Gatal merenyam Adam Mukhriz memang sangat ahaks Jijah sukew! *pintal hujung tudung* Hahahaha.. Gedik tak gedik Jijah ini kan?! Hakhakhak. Bila tengok lakonan Nadiya Nisaa sebagai Ain Hawani juga not bad. Terasa "hidup" juga watak Ain Hawani itu. Meski banyak komen tentang macam-macam tapi Nadiya Nisaa berjaya juga menghidupkan watak Ain Hawani tanpa sebarang kekakuan atau kekayuan. Amboi , komen tak hengat! :p Itulah macam yang Jijah tulis tadi , so far memang rasa semakin excited nak tengok next episod! :D

Oh untuk pengetahuan korang , drama Adam Dan Hawa mempunyai 80 episod memandangkan slot nya cuma setengah jam sahaja. Itu pun puas jari jemari tembun ni sibuk cakar tv dengan netbook kan? Hahahah ,tapi sebenarnya tak puas hati sebab sekejap sangat! Setengah jam tu , baru nak ada bunga-bunga cinta, dah eh eh habis dah ke? Hahaha, dramatik tak ingat dunia! :p Tapi risau juga kalau dengan 80 episod dan sejam penyiarannya , takut jadi ke laut ceritanya! Sekarang memang dengan tempoh setengah jam itu tak ada lagi ke laut jalan ceritanya! Lagi menarik drama ini turut membuat penggambaran di Australia dan juga di Mekah mengikut plot dalam novel. Harus semakin menarik kan? Kalau dah baca novel pun menarik , apatah lagi bila kita menonton kan?! Hiks.

Okay sudah-sudah membebel tak ingat dunia kan? Ini ada beberapa keping gambar yang aku ambil dari fanpage Adam Dan Hawa. Jom tengok uols! 








SCENE yang dinanti-nanti juga! :p


EH. Banyak gambar Aaron Aziz je yang Jijah tepek kan? :p 

maafkan saya! hahahaha.

kalau ikutkan banyak lagi gambar ... tapi jejari tembun ini tak ada daya nak kopipes semua okes? hahahaha :p

Anyway , untuk mereka yang ingin menonton Adam Dan Hawa ini pastikan korang sudah mempunyai pakej Mustika dan upgrade kepada Astro Byond HD. Hah! Lepas tu korang boleh tengok watak Adam Mukhriz yang nakal dan gatal itu katanya! Bermula malam ini kalau tak silap episod dah nak menuju episod sedih-sedih dah! Hah! Itu yang makin menarik! Makin excited nak tengok! Walau dah baca novel Adam Dan Hawa sampai renyuk sekalipun tetap Jijah excited nak tengok drama Adam Dan Hawa ini okes? HEHEHE :p

Hah! Ada tak korang yang layan Adam Dan Hawa ini? Ada tak yang tersengih-sengih ketika tengok Adam Mukhriz dan Ain Hawani? Mesti juga ada yang ala-ala menyampah dengan watak Dee yang dilakonkan Anzalna itu kan? Hah! Ada tak? Ada tak? 

Oh ya ya ya , last but not least! Adam Mukhriz dan Ain Hawani ... :p


Nadiya Nisaa dan Aaron Aziz di 6th Festival Cake Chocolate di Great Eastern Mall , Sabtu lepas. 

Ehem , cherita mengenai event ini , later okay! :p

OkBye!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

12 comments:

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ said...

Tak langgan mustika so tak tgk lagi..aritu de la tgk iklan..dah agak dah mesti best sbb de aaron aziz kan..muahahaha

aanie said...

stgh jam je ke? adeih, penat la nak donlod sampai 80 episod...kekeke...

Qhaifa Nur said...

citer hangat kat astro sekarang....
belum berkesempatan nak nonton lagi...suka gak kat aaron ni..

Mila Ahmad said...

cete tu best...aaron nsem giler xnak nak kalah hahaha...

gadisBunga™ said...

ada anzalna eh dalam citer tuh?

Ijah EmoTemo said...

niexzya -- yes mmg best :) mostly sbb aaron aziz sgt nakal dlm tu hihihi

Ijah EmoTemo said...

aanie -- yup setengah jam aje. mmg agak penat dan jenuh. tp demi aaron aziz ijah gigihkan diri jugak *meraung* hahaha

Ijah EmoTemo said...

qhaifa -- sgt hangat! haha :)

Ijah EmoTemo said...

mila -- yes! aaron sgt hensem dlm tu muehehehe dgn baju pilot nya hihihi

Ijah EmoTemo said...

gadisbunga -- yup yup ada anzalna :)

nur said...

dah tengok 2 episodes je.. memang best!! o eh ending dia camtu ye .. happy ending.. okla..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

patutlah org ckp abe2 pilot ni smart...tgk abe AA pakai uniform tu terserlahhhhh sgt ke enseman dia ituew...promot jgn x promot ngeee