Home

Sunday, June 30, 2013

Kekadang.

30 Jun.

Okay Jun dah sampai tarikh akhir. Baru aku ada masa kembali nak mengetuk kibod. Baru terkedek-kedek tengok gambar-gambar dan nak pilih mana satu yang nak letak dalam belog. Okay itu nanti dulu. Kekonon nak tulis entri yang penuh perasaan. Kekonon lah. Sambil dengar lagu yang penuh perasaan. Kekonon nak ambil feel. Tapi tak tahu jadi ke tidak feel ni. Heh.

Rasa masa cepat sangat berlalu. Macam tak percaya hari ini sudah 30 Jun. Woi , Jun dah habis hoi!?! Bulan ini , memang terlalu sibuk menyiapkan order. Terlalu sibuk dengan urusan entah apa-apa pun ada juga. Entah lah , Jun bulan yang penuh emosi juga kadang-kadang bila fikir balik. 

Bila lihat benda dan perkara yang membangkitkan memori , mula nak sentap sendu seorang diri. Bila lihat sesuatu yang dulu pernah buat dan sekarang sudah tinggalkan dan tak bersentuh tak berbuat lagi , mula nak jiwa kacau layan perasaan seorang diri. HAHAH , kelakar bila fikir balik. Tapi lagi kelakar boleh terkenang perkara yang tak munasabah. Lepas tu terkenang banyak perkara yang menyakitkan hati pun ada juga. Memang emosi bila fikir semua tu. Tapi emosi seorang diri sajalah. Tak mampu nak jangkitkan emosi pada orang lain. Heh.

Motif nak main jangkit-jangkit pulak? HAHAHA , entah jiwa kacau ayat pun lain macam konsepnya. Rindu tu kadang-kadang manis. Tapi selebihnya banyak yang menyakitkan. Terutama kalau benda yang kita rindu itu bukan lagi milik kita. Terutama kalau benda yang kita rindu itu bukan lagi ada dengan kita. Memang banyak terutama-nya , tapi begitu lah juga , hanya rindu yang teman diri ini. Ececece. Ayat kalau jiwang tangkap leleh ni boleh loya jugak kadang-kadang. HAHAHAH.

Tak tahu apa fungsi nak rindu merindui saat-saat begini. Entahlah. Dah lama tak menulis entri jiwa kacau ni. Sampai nak tulis entri mengenai event yang Jijah join pun tak ada mood langsung nak menulis. Dah lah masa pun sempit nak mengetuk kibod , lepas tu boleh pula aci ikut mood kan? HAHAHA , Jijah memang mengada-ngada khennn? Gituh.

Well , saja nak tulis dalam nada diri sendiri pun tak tahu macam mana. Nampak sangat sedang jiwa kacau kan? Heheh. Okay lupakan kejap pasal jiwa kacau. Kita tengok gambar jom? InsyaAllah akan berusaha kerasa untuk mengupdate sepantas mungkin. Tak lama lagi dah nak Ramadhan , tak tahu lah masa itu mampu ke tidak menjenguk belog kan? Hehe.


Aaron Aziz lagi?

Apa benda ni?

Soon.

Kata jiwa kacau , tak boleh letak gambar banyak-banyak. Nanti kembali emo , siapa yang susah kan? HAHAHA. Ya , gambar di atas akan di update dalam kadar yang segera. Siapa follow instagram Jijah mungkin dah tahu apa. Tapi nevermind , akan di kongsi juga dalam belog khen? Haruslah! Nanti mesti ada muak baca cerita pasal Aaron Aziz saja? Tapi biarlah. Selagi itu yang buat ramai lagi tersenyum membaca , Jijah akan terus menulis. Kata Aaron Aziz retis kesayangan kita?! HAHAHA.

Okay , nak titik noktahkan entri ini. Entri paling jiwa kacau setakat ini. Dengan sekeping gambar. Tak tahu apa motif yang saling berkait antara gambar dan entri tersebut. Hahah , tak mengapalah. Janji ada gambar. Janji tak kosong macam perasaan aku sekarang. Janji katanya. 

Rindu , itu tiba-tiba hadir.
Tak diundang. Tak dijemput.
Kalau awak tahu yang rindu itu untuk awak..
Awak datang kembali tak dalam hidup saya sama seperti awak janji dolo-dolo?

Ok jiwang habis. Maafkan saya. Jumpa lagi dalam entri lain. 

Terima kasih baca entri ini :)

No comments: