Jun , hari kelima.
Baru berkesempatan untuk menulis dalam belog picisan ini. Juga baru ada masa untuk meninggalkan sejenak tentang perkara lain dan hanya fokus tentang , menulis saja. Ya, bila saya menulis saya tak suka serabutkan kepala dengan perkara lain. Juga menulis "ubat" apabila saya sedang berserabut. Ada rasa puas bila dapat menulis dan terus menulis tidak kira apa jua sekalipun yang saya tulis.
Ada semangat dan harapan baru untuk bulan Jun ini. Tapi tidak tahu mampu atau tidak terlaksana setiap harapan baru tersebut. Semoga semangat tidak pernah kenal erti mengalah. Moga-moga. Sekarang ini pun berharap tinggi agar diri meneruskan semangat untuk menulis dalam belog picisan ini tanpa pernah kenal jemu. Maklumlah , tuan punya belog ini memang seorang moody person. Bila dia rasa nak update, dia akan update. Bila dia rasa malas, habis terkubur segala story event-event atau kisah jimba ria dia atau apa-apa sahaja yang sepatutnya berupadate. HEHE. Bila datang perasaan begitu , kadang-kadang rasa kesian dengan belog sendiri. Kadang-kadanglah. Tanpa sebab.
Kalau perasan , hari ini gaya tulisan aku agak lain. Kekonon feeling nerd dan skema pakai spek mata besar sambil menulis entri ini. Tapi bertukar gaya penulisan sekali sekala , seronok juga. Gituh! Kata kau Jijah! HAHAHA. Maka , tak tahu apa lagi yang patut Jijah ketuk-ketuk lagi. Erk! Kau ingat ini ketuk-ketuk Ramadhan Jijahhhhh oiiii?! HAHAHAH. Tak ada makna semua itu! Tak ada makna okehhh!
Tetap tak boleh jadi skema. Maintain akan jadi ke-laut karangnya kan? HAHA. Apalah erti sebuah entri tanpa beberapa keping gambar kan? Konsepnya memang penting ke letak dalam dalam sesebuah entri? Entah. Untuk Jijah , rasa macam berseri sikit bila letak gambar dalam sesebuah entri. Baru rasa astro CERIA gituhh. Eh, apasal ada astro dekat situ? Ekekekek.
Salah satu harapan baru dan besar untuk Jun 2013.
Bisnes Popia Roll Mini. Moga terus maju dan teguh.
Korang nak order? Boleh baca di SINI cara-caranya. Atau boleh terus follow Twitter & Instagram Popia Roll Mini. Atau terus LIKE di FB. Semua yang berkaitan search saja : Popia Roll Mini. Dekat situ , kami ada beritahu bagaimana cara-caranya. Ok?
JUN! Bulan pertama kali jumpa Aaron Aziz!
HAHAHAHA. aku tak tahu apa motif aku letak gambar ni.
tapi masa pilih gambar, aku nampak gambar ni. maka , aku letak.
SKEMA ALAM MUKA AKU DULUUUU. and it was two years a go?!
patutlah skema!
... dan tak tahu nak tulis apa lagi. Sebab terasa macam tak tahu nak tulis apa-apa lagi dah. Cuma , esok insyaAllah akan ada update lagi. Tak berani janji tapi insyaAllah. Sebab kadang-kadang sibuk bukan main kepalang. Kadang-kadang malas bukan main kepalang. Tapi bukan dah ada semangat dengan harapan baru ke?! -__-
okbye!
Terima kasih sudi baca entri ini :)
No comments:
Post a Comment