Home

Wednesday, November 20, 2013

Bertemu Anzalna Nasir & Elfira Loy Di Event Topshop.

Sebenarnya memang dah lama nak meng-update mengenai cherita basi ini. Tetapi asyik sahaja sibuk kan? Itu semua nampak sangat alasan khen? Sudah peram lama baru gheti nak cherita khen? HAHAHA. Maafkan Jijah. Memang kesibukan melanda diri selain daripada internet macam haramjadah tidak kira masa telah terjadi pada beberapa minggu yang sudah. Akhirnya hari ini baru berkesempatan untuk mengetuk kibod tentang cherita basi khen?

Kisahnya , beberapa bulan yang lepas , Jijah saja-saja untuk menyokong event Topshop yang disertai Anzalna Nasir & Elfira Loy. Kebetulan lokasi yang mereka sertai itu berdekatan juga dengan rumah Jijah khen? Tak ada lah dekat ala-ala kau boleh intai dari tingkap rumah khen? Tapi dekat juga lah kan? Hah kau , siap bagitahu awal-awal kot kot orang ingat rumah Jijah sebelah KLCC karang , buat naya haku je. HAHAHA. Event Topshop yang uniknya telah diadakan di dalam lori yang akan bergerak menuju ke pelbagai destinasi katakau! Lokasi yang sempat Jijah sertai ialah di KLCC tetapi sebenarnya berdekatan dengan LRT Ampang Park. Memang meraung juga kalau nak berjalan dari KLCC ke LRT Ampang Park. Dasar pemalas katakau! HAHAHAH. Tapi demi Anzalna Nasir , I sanggup okay? Amboi ayat kemain lagi kau! HAHAHAHA.

Makanya dengan titisan peluh yang menitis , dapat juga jumpa lori Topshop yang begitu teruja Jijah naik katakau! HAHAHAHA. Kemain seronok ye Jijah! Entah apa punya peel teruja dapat naik lori uolsss! Tapi yang penting dapat jumpa Anzalna walau dah banyak kali jumpa tetap seronok okes? HAHAHAHA. Ayat mengipas ala-ala parahtik sangat khen? HAHAHA. Sudahlah Jijah! 

Jijah tahu dan yakin , mesti tak ramai nak baca Jijah berceloteh bagai nak rak ni khen? Meh lah tengok gambar. Meh lah , jangan malu-malu. HAHAHAHA.




Macam Comel aje? Macam Comel aje?

HAHAHAH , memang awak comel pun Anzalna!


Tiga keping cukuplah kan? HAHAHAHAHA , Jijah jangan bias! Jangan bias! HAHAHAHA. Tak adalah , itu baru tiga keping gambar sajork! Tapi sebenarnya memang tak banyak ambil gambar pun. Lagi banyak bersembang dan bergelak ketawa kaedahnya. Lepas tu baru teringat nak ambil gambar kan? Kaedahnya kalau dah bergambar dua-dua buat menggila kan? Itu yang payahnya. HAHAHAHA. 

Kaedahnya nak tengok gambar lagi lah tu khen? HAHAHAH.





Posing Diva adalah wajib! *pangggggggg


Anzalna yang sangat humble dan friendly setiap kali jumpa!

Thats why I love you Anzalna! 

Hiks.



Elfira Loy , Jijah & Anzalna Nasir.

Hah kau! Hambik terus gambar bersama sajork khen? HAHAHA. Haruslah khen? Teda guna kalau bergambar tetapi tidak ditayang dalam belog khen? Teda guna langsung! Tetibe kau ber-teda-teda ni dah kenapa? HAHAHA. Sebenarnya Jijah bukan sahaja pergi ke event Topshop berdekatan dengan Ampang Park. Sebaliknya Jijah sempat juga pergi ke lokasi kedua pada hari tersebut berdekatan dengan Avenue K. Eh ingat untuk abam Azlee Khairi sajork Jijah sanggup pergi terjah dua event dalam satu masa? EH! HAHAHAHA

Hah , kalau perasan gambar di atas Anzalna & Elfira siap turun padang di tepi jalan raya untuk memberi buku iklan Topshop kepada setiap kereta yang melalui jalan tersebut.Masa itu memang havoc juga siap ada orang turun dari kereta semata-mata untuk bergambar dengan Anzalna mahupun Elfira Loy. Jijah pula yang teruja melihat gelagat masing-masing. Memang teruja masing-masing. Maklumlah bukan mudah untuk bertemu dengan pelakon cantik dan popular begini di tengah jalan raya uols?! Gittuew.

Jadi nak tulis apa lagi ni? Okay tak payah tulis apa-apa lagi. Kita tengok gambar lagi. 


Muka Orang Teruja Naik Lori!

HAHAHAHAHAHA.

-___-'


Berlatar belakang-kan bas pun maintain nak bergambar khen?

HAHAHA , sebelum pulang katakau!

Wajiblah bergambar lagi kan? 


Cahaya memang menerangi kami semua konsepnya.

Kinah , Jijah & Anzalna.


Cahaya chenta sangat !

HAHAHAHA

Selagi boleh bergambar , bergambar sampai pengsan khen? Haruslah!

Konsepnya memang nak berkongsi gambar sajork dalam entri ini khen? Lagipun kalau tulis secara berilmiah mahupun sopan santun , haruslah tiada guna juga. Mesti korang scroll cecepat nak tengok gambar khen? Tak apa , faham. HAHAHAHA. Sejak bila pandai sesentap ni Jijah oiiii? Jijah tiada jawapan untuk itu. Eh! Artis sangat jawapan kau Jijah! HAHAHAHAH.

Memang penat sebenarnya kalau pergi menerjah atau mengikuti event sebegini. Tetapi keseronokkan yang kita dapat tu yang best sebenarnya. Sebab itu Jijah memang suka pergi event yang begini. Lebih santai dan dekat dengan artis yang kita minat. Tambah pula artis itu jenis sangat rendah diri dan senang untuk didekati , lagi bertambah rasa seronok kan? Gittuew. HAHAHAHA. Saja tulis , nanti orang ingat Jijah kesaruk sangat nak mengejar artis. Tiada makna semua itu. Amboi statement sangat diva! HAHAHAH.

So seronok atau tidak membaca entri ini? Harap-harap semua terhibur dengan tulisan santai Jijah ini ye. Biasalah Jijah kalau tidak merapu dalam setiap entri , itu bermakna bukan Jijah lah khen? HEHEHE. InsyaAllah , kalau ada lagi kelapangan dan kerajinan , akan ada lagi entri baru yang akan muncul. Gittuew.

Sebelum berpisah ala-ala NONA sangat kan , nah sekeping lagi gambar Jijah & Anzalna Nasir. Okbai.


Kami tahu Kami shantek.

Tak perlu cakap. Susah-susah aje.

Eh. BAIIII.

HAHAHAHAHA.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

3 comments:

Mun said...

anzalna nampak sangat baik dan peramah.... :)

licha said...

wah seronoknya dpt pergi event cenggitu.. Anzalna tu nampak macam naturally frendly kan?. xd la mcm dibuat2. heee

sitiezahim said...

dah lama tak update ngan retis msia. rasa kalau jumpe tgh jalan pon akak buat dunno je hehehhe...:P