Home

Wednesday, March 25, 2015

Akan Datang : Hati Perempuan di Slot Akasia Lakonan Syarul Ridzwan & Mia Ahmad.

Korang pernah atau tidak membaca novel Hati Perempuan nukilan Nur Ain Al-Abbas? Mesti ada diantara korang yang pernah membaca bukan? Kalau korang pernah membaca novel tersebut , korang jangan lepaskan peluang untuk menonton adaptasi novel ini ke drama yang bakal bersiaran di slot Akasia bermula Isnin hadapan.



Hati Perempuan yang diarahkan oleh Kas Roshan dan dilakonkan oleh Syarul Ridzwan , Mia Ahmad , Hafreez Adam , Nadzmi Adhwa dan ramai lagi. Kalau korang mengikuti Instagram aku mesti banyak melihat gambar hero dan heroin dalam Instagram aku. Almaklumlah bila melihat behind the scene shooting Hati Perempuan ini , memang terlalu banyak perasaan geletis nak meloncat untuk me-repost kembali gambar tersebut. Memang banyak! Banyak juga tong oksigen dah habis disedut meski drama belum pun bermula lagi! HAHAHAHA.

Alahai si Jijah ini kan? Kalau tak tergeletis , tak mencakar memang tidak sah kan? Hihiks! Alahhhhh , sekali sekala aje pun. Errr ke selalu? HAHAHAHA. Nak tulis pepanjang pun terasa malas saja. Apa kata kita lihat dahulu video promo ekslusif untuk belog picisan ini! Hihiks!


Syarul Ridzwan sebagai Tengku Zaril.



Mia Ahmad sebagai Yuhanis.

Dah tengok belum video promo mereka berdua? Ada rasa teruja belum untuk menonton Isnin nanti? Hihihi. Tak apa , ambil dahulu mood tersebut. Nanti bila cerita mula bersiaran dan melihat lakonan hero-heroin tersebut , mungkin mood akan mula datang khen? Begitulah korang khen! HAHAHAHA.

Kali ini Jijah tak mahu tulis pepanjang. Tak mahu tepek gambar bebanyak seperti sedia kala. Sebab kali ini Jijah mahu ringkas dan santai sahaja. Lagipun nanti korang muak pula jika Jijah letak gambar banyak-banyak dan berkeping-keping kan? Hihiks.

Tapi Jijah tak nak letak gambar Jijah bersama hero dan heroin drama ini ke? Hmmm. Nak letak atau tak nak ni? Kehkehkeh. Mestilah letak sekeping kan! Hihiks.


Tengku Zaril. Bibik. Yuhanis.

BIBIK KATAKAU! NANGIS!

HAHAHAHA.

Ada yang nak tengok gambar ketika Jijah bertemu mereka di tempat shooting Hati Perempuan tak? Hihiks. Nanti Jijah akan share gambar-gambar yang ada di dalam entri seterusnya okay? Nah tataplah dulu sekeping gambar yang ada itu dulu. Tatap sajork okay? Jangan tatap sambil mencerca pulak! *nangis* HAHAHAHAHA.

So , ada yang sama macam Jijah tak , yang sangat teruja dan tak sabar untuk Hati Perempuan ini? :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

1 comment:

SafwahNubailah said...

nak tatap smbil mencercaaaa hahahaha. nanti paper share lg. thank you for this :)