Home

Wednesday, August 5, 2015

Koleksi Tudung Diyana Halik Yang Cantik & Selesa!

Kita semua tahu terlalu banyak tudung instant yang berada di pasaran. Namun tidak semua tudung instant memberi kita keselesaan seratus peratus dan sesuai dengan bentuk muka kita. Betul tak? 

Jijah sering menghadapi sedikit masalah apabila membeli tudung instant. Almaklumlah bila sudah kerja ini semua benda hendak cepat. Sudah malas hendak melilit shawl atau hendak memakai tudung bawal. Tudung instant menjadi pilihan bila malas kan? Tetapi tidak semua tudung instant sesuai dengan bentuk muka Jijah. Kadangkala ia sedikit ketat dan kadangkala ia membuat muka Jijah nampak pelik. HAHAHAHA.


Ariana by DiyanaHalik

Namun setelah mencuba tudung instant dari Ariana by DiyanaHalik , hati terus jatuh cinta! Mana tidak jatuh cinta bila pemakaiannya mengambil masa tidak lebih dari seminit ataupun kurang daripada tempoh tersebut. Ariana by DiyanaHalik bukan sahaja mudah untuk dipakai malah ia memberi keselesaan yang menyeluruh. Tambahan pula ia turut mempunyai inner tudung yang dijahit bersama tudung membuatkan Jijah tidak perlu risau tentang inner tudung lagi! 

Jujur cakap , Ariana by DiyanaHalik merupakan salah satu tudung kegemaran Jijah kerana ia cukup selesa malah ia boleh digayakan bila-bila masa tidak kira ketika mahu bergaya santai atau kasual. Ariana by DiyanaHalik turut memiliki warna-warna yang cantik dan menarik! Rugi kalau tidak memiliki satu!

Antara warna-warna menarik Ariana by DiyanaHalik.











Selain daripada Ariana by DiyanaHalik , Tudung Diyana Halik turut mempunyai koleksi lain seperti Adelia Diyana , Alia Diyana , Alia Diyana 2 , Alia Diyana 3 & ShimmeRaya. Memang kesemua ini adalan instant tudung yang bukan sahaja memudahkan pemakaiannya kita malah ia cantik dan tampak menarik. Tidak perlu mengenakan sebarang pin tudung dan tidak memerlukan corak yang terlampau namun tetap menampakkan gaya yang cukup cantik dan elegan dengan pemakaian tudung instant dari Tudung Diyana Halik ini.

Nah , tengok dahulu sedikit koleksi dari Tudung Diyana Halik untuk tatapa korang. Selepas tengok boleh lah membeli pula kan? Hiks!

Alia Diyana




Adelia Diyana 



Alia Diyana 2



Alia Diyana 3



ShimmeRaya





Menarik kan warna-warna yang berada di atas ini kan? Ini antara warna-warna yang cukup cantik di mata Jijah. Cukup lembut tapi cukup elegan apabila dipakai nanti. Bagi yang berminat untuk mendapatkan koleksi tudung DiyanaHalik ini terdapat dua cara untuk mendapatkannya.

Pertama : Tingkat 1 , Kidz N Creme

Diyana Halik Management
No. 5 Jalan Setia Dagang U13/AK
Setia Alam Sunsuria 7th Avenue,
40170 Shah Alam
Kedua : Website
Hah! Mudah aje kan? Kalau terasa ingin mencuba terus , boleh terus ke Kidz N Creme. Sesambil makan di cafe bawahnya , sesambil itu naik ke tingkat 1 untuk mencuba dan membeli Tudung Diyana Halik. Gittuew! Ataupun boleh terus ke website diyanahalik.com untuk membuat pembelian menerusi online katanya!
Jadi apa tunggu lagi kan? Koleksi tudung Diyana Halik bukan sahaja cantik dan senang digayakan malah ia turut meberi keselesaan buat si pemakai! Jangan tunggu lama-lama untuk dapatkannya sebab tudung Diyana Halik cukup pantas sold out! Cepat-cepat dapatkan koleksi tudung Diyana Halik tau! ;)
Ehems , nah sekeping gambar kita pakai tudung Diyana Halik ittuew. Hihiks.

abaikan mata panda ittuew.

memang trademark si Jijah hahahahaahaharem.


Terima kasih sudi baca entri ini :)

4 comments:

lia ummiirfan said...

instant shawl ke ni dear..

Aniey Yusoff said...

Baru tau Diyana Halik pun jual tudung ye..cantik2 warnanya..

berita semasa online said...

tudung yang terbaik adalah sepenuhnya menutup aurat....

jawatan kosong said...

memang menarik tudung diyana halik ni...