Home

Tuesday, September 29, 2015

Ada Apa Dengan Angka 5?

Ada apa dengan angka 5?

Rasanya tiada apa yang terlalu istimewa dengan angka 5 , buat masa sekarang. Cuma , hey! Belog picisan Cherita Emo-Temo ini sudah berusia 5 tahun 2 minggu dan 2 hari! Bagaimana IjahEmoTemo tidak menyedari tentang semua ini? Mungkin terlalu busy dengan kehidupan sendiri ataupun mungkin memang tidak ambil endah langsung? HEHEHE.

Alhamdulillah.


Dalam kesempitan waktu yang ada , belog picisan ini masih mampu meneruskan hayatnya untuk tahun yang ke 5! Jujurnya , 5 tahun adalah satu tempoh yang agak panjang untuk aku kekalkan dan aku berjaya! Bukan mudah kerana bukan setiap hari aku mempunyai masa ataupun idea untuk menulis. Namun , selama lima tahun ini , aku berjaya juga menulis sesuatu untuk mereka yang mengikuti aku membaca. Tapi ada ke pengikutnya? HAHAHAH.

Aku percaya , aku mempunyai pengikut aku yang tersendiri. Mungkin tidak ramai seperti para bloggers yang lain. Tapi adalah sikit-sikit (kot?!) HAHAHA. Tak kisah lah tak ramai pun janji bila aku update sesebuah entri terbaru , pasti ada yang tergeletis nak masuk baca kan? Begituuuu.

Sepanjang 5 tahun mengekalkan belog picisan ini , aku tidak nafikan bukan perkara yang mudah untuk menghiburkan para pembaca aku. Mungkin ada yang suka , mungkin juga ada yang tidak senang melihat tulisan aku. Aku tahu akan ada pro and cons , tetapi untuk memuaskan hati semua orang itu bukanlah tugas aku. Kecuali jika ada patut aku kurangkan demi kebaikan semua pihak , I will. Aku juga tahu belog aku bukan lah sebuah belog yang orang akan nanti-nantikan sebab belog aku memang biasa-biasa sahaja. Tetapi apa yang aku tahu , aku suka menulis dan aku memang meminati dengan bidang penulisan ini lantas menjadikan aku sangat komited untuk menulis belog ini.

Meskipun tidak terlalu konsisten untuk menulis entri baru setiap hari , tetapi aku berusaha untuk memberikan yang terbaik demi para pembaca yang aku sayangi. Gaya macam ada 10k pembaca kan? Tak kisah lah , yang aku tahu aku cukup menghargai setiap satu daripada mereka :) Tanpa kalian , siapalah belog Cherita Emo-Temo ini kan? The least thing I could do is to make each of you guys happy reading my blog! 

Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih yang tidak terhingga buat semua tidak kira pembaca yang aku kenali mahupun pembaca senyap yang tidak aku kenali. Terima kasih kerana sentiasa membaca dan menyokong aku daripada belakang sehinggakan aku sentiasa bersemangat untuk terus menulis! Walaupun kadangkala aku hanya menulis perkara biasa-biasa namun , tehtap ada yang membaca! Terima kasih untuk lima tahun yang manis! Semoga terus diberikan kekuatan minda dan fizikal untuk sentiasa menulis yang baik-baik untuk dikongsi bersama kalian. InsyaAllah Amin! :)

Happy Anniversary ,
dear Cherita Emo-Temo.

 Semoga terus memberikan seribu kebahagian buat mereka yang membaca.
Semoga terus berkongsi manfaat untuk semua yang membaca.
Semoga terus komited untuk menulis dan memberi yang terbaik untuk semua.

, love
IjahEmoTemo.



Terima kasih sudi membaca entri ini :)

1 comment:

Kisah Tatie said...

5 pun bermakna buat saya.. sebab saya lahir 5hb. hehe