Home

Friday, April 29, 2016

Edisi JJCM : Siapa Dekat Sini Penggemar Iced Green Tea Boat Noodle? Stall #ChillChill Kini Berada di Nu Sentral!

Korang pernah tak makan di Boat Noodle? Kalau korang pernah makan di Boat Noodle pasti korang tahu tentang kesedapan serta keenakkan aneka air yang terdapat di Boat Noodle. Jijah paling gemar dengan Iced Green Tea yang terdapat di Boat Noodle. Memang kena betul dengan selera tekak Jijah. Kalau cuba green tea yang terdapat di tempat lain , selalunya tidak menepati kritiria di tekak Jijah. Bukan main demand khen? Kihkih.

Terbaru Jijah baru sahaja mengetahui yang Boat Noodle ada membuka stall kecil di NU Sentral. Nama stall tersebut ialah #ChillChill. Nanti kalau korang pergi , pergi cari Boat Noodle sampai ke sudah tak jumpa khen? Ekekekeke. Seronok betul Jijah bila tahu ada stall untuk airnya sahaja itu. Bolehlah lepaskan ngidaman sejak sekian lama ni khen? HAHAHAHA padahal setiap hari pun ada aje nak diidamkan! :p



Menu yang terdapat di #ChillChill NU Sentral.

The only food yang ada cuma sangkaya steamed bread je.




Yummy Iced Green Tea!

Lagi tepat , #ChillChill ini berada ditingkat paling atas sekali berdekatan dengan kedai Sangkaya serta Chatime. Jadi kalau korang ternampak kedai-kedai tersebut , maka korang akan jumpalah #ChillChill itu.

Saja aje share dalam ini , mana tahu ada juga pembaca-pembaca Jijah yang bekerja disekitar KL Sentral , Bangsar & Kerinchi tercari-cari minuman Boat Noodle ini , bolehlah pergi khen? Orang kata sharing is caring konsepnya itu. Ada tak yang sama macam Jijah suka minum green tea Boat Noodle ini? Angkat kibod plish! Okbai.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

No comments: