Home

Monday, April 25, 2016

Edisi Ketagih : Almond Roll @ Swiss Oven KL Sentral.

Kalau sebelum ini , Jijah asyik bercherita tentang ketagihan Jijah menonton drama serta kegigihan Jijah mengejar retis khen? Kali ini , tukar selera sikit bercherita dalam belog picisan ini. Nanti selalu sangat bercherita , orang muak pulak khen? Haaaa , masa tu jangan tangis ditepi katil akibat cercaan orang sekeliling! HAHAHAHAH , amboi mukadimah dia :p

Mukadimah mestilah kena dramatik sikit! Baru orang angkat kening sambil senyum senget baca khen? Hihihi. Sebelum Jijah semakin melaluT , lebih baik terus bercherita khen? Sebenarnya baru-baru ini Jijah telah mencuba Almond Roll yang terdapat di Swiss Oven KL Sentral. Sebelum ini lalu lalang sahaja di Swiss Oven itu tapi tak ada pulak teringin untuk mencuba aneka roti/roll yang ada disitu. Entah macam mana entah hari itu tekak teringin nak makan sesuatu. 

Biasalah Jijah ni khen? Tekak asyik mengidam kalah orang mengandung sembilan bulan T_____T Sebab tu jugak tak kurus-kurus! Tehtiberrrr! Biasalah , masa membeli tu, tak ada high expectation apa-apa pun. Just fikir, ermmmm janji ada benda nak kunyah! Buruk betul peel! HAHAHAHAHA.

TAPIIIII , bila gigitan pertama yang dikunyah itu bertukar menjadi satu perasaan yang dari wajah redup bertukar menjadi excited! Kahkahkahkah. Mahukan tidak? Tak sangka betul Almond Roll tersebut sedap gila! Masa tu macam menyesal gila beli satu saja! Dasar tamak haloba! T_____T


nampak macam bebiasa aje khen?

tapi rasa dia sumpah luar biasa sedap!

gittuewww!

Sebenarnya sesaja aje share dalam belog picisan ini. Mana tahu , ada yang berminat nak beli jugak khen? Boleh lah nanti singgah di KL Sentral berhampiran dengan bahagian ATM CIMB Bank. Ada macam-macam jenis yang lain. Tapi yang paling Jijah ketagih adalah yang Almond Roll ini. Memang puas hati betul makan sebab fresh dan sedap! 

Ada ke diantara korang yang pernah cuba? Atau mungkin teringin nak cuba lepas tengok entri ni? Hihihi. Okbai!

Terima kasih sudi baca entri ini :)


2 comments:

Cik Puan Eka said...

ehh napa eka tak perasannn hahaha. Apa nama stall dia? Jumaat nak beli hehehe

Ijah EmoTemo said...

@cik puan eka -- ada ada! Cari aje kedai Swiss Oven. Lepas deretan ATM Cimb Bank aje :)