Home

Wednesday, April 27, 2016

Ada Apa Dengan Cinta 2 : Kembalikah Rangga & Cinta Bersatu? Auwch!

Semalam Jijah telah berkesempatan untuk memeriahkan serta menggamatkan lagi suasana Malam Gala Ada Apa Dengan Cinta 2 yang telah berlangsung di e@curve , Damansara. Kalau ikutkan sebenarnya , memang tidak ada dalam perancangan untuk pergi ke Malam Gala AADC 2 ini. Tetapi bila ada rakan yang mengajak untuk bertemu sama Cinta & Rangga , haruslah tiba-tiba terasa..why not? Hihiks!

Kalau ikutkan Jijah memang terus pergi tanpa ada sebarang tiket pun. Iyelah , memang tak rancang pun nak pergi. Sebab Malam Gala AADC ini memang diadakan di tetengah e@curve. Jadi , kalau duduk dekat luar pun masih boleh melihat sendiri Dian Sastrowardoyo sama Nicholas Saputra. Lagipun sekadar nak menemani kawan saja konsepnya. Tapi itulah khen , kalau sudah rezeki terpijak , last minute begitu pun tehtap ada rezeki untuk menonton filem tersebut. Alhamdulillah. Terima kasih Budiey kerana tidak pernah kedekut bab-bab tiket ini! 

Jijah yakin , Ada Apa Dengan Cinta pasti menggamit memori setiap seorang daripada kita semua yang pernah menonton filemnya yang terdahulu. Pasti ramai yang ternanti-nanti dengan Ada Apa Dengan Cinta 2 kan? Mesti para peminat Cinta & Rangga sudah tidak sabar menanti apakah pengakhiran kisah cinta mereka kan? Adakah mereka kembali bersatu atau sebaliknya kan?



Sebelum Jijah berkongsi dengan korang sedikit gambar-gambar Malam Gala Ada Apa Dengan Cinta 2 yang orang kata sebagai boleh lah untuk korang semua tatap khen. Mehlah Jijah tulis sedikit review mengenai filem ini. 

Untuk seorang yang pernah menonton filem yang terdahulu , mungkin Jijah ada sedikit pengharapan yang sedikit tinggi. Bukanlah , pengharapan yang terlalu tinggi untuk melihat segalanya indah. Tetapi biasalah si Jijah ni khen memang begini. Suka betul dramatik walaupun nak kasi review acah-acah manja sekalipun. Mungkin ada sesetengah scene kalau dipendekkan sedikit akan menjadi lebih baik dan mungkin juga ada sesetengah scene kalau dipanjangkan sedikit akan menjadi lebih manis dan elok. Mungkin. Overall , perasaan indah melihat persahabatan Cinta dan rakan-rakan memang tidak boleh dinafikan. Selain daripada perasaan berkecamuk melihat bagaimana Cinta bersama Rangga.

Jadi begitulah review acah-acah manja Jijah. Tak boleh kasi spoiler sangat , nanti ada yang malas nak ke panggung ataupun ada yang berterusan nak Jijah cerita lagi. Eh perasan! Hahahahahah! Overall , Ada Apa Dengan Cinta 2 ternyata lebih puitis jua lebih rumit perjalanan cheritanya. Nak tahu rumit yang macam mana? Kena lah pergi saksikan di pawagam berhampiran korang bermula ESOK! 

Dah , jom kita tengok gambar-gambar yang kelam kelabu dari kamera phone Jijah ini sajork. Since semua benda pun last minute , tak ada nak beriya nak bawak kamera ke apa. Kalau bawak pun still susah nak snap sebab kena berasak dengan puluhan peminat AADC2 yang lain. Fuh berpeluhhhhhhh Jijah!






Ranggaaaaaaaa!


Cintaaaaaaaa!


Muka-muka yang cuba-cuba untuk pengsan andai kata Nicholas Saputra berjalan di Red Carpet. Malangnya , tak sempat pengsan , dah kena tolak dengan security! Wakakakaka sadis!



Begitulah sahaja kisahnya khen? Dengan gambar pun ala-ala kadar sajork memandangkan Jijah sendiri agak payah nak menyelit dengan barisan media yang hadir.  Konsepnya dapat tengok mereka depan-depan pun sudah membuatkan mulut Jijah ternganga teruja tau! Padahal masa mula-mula diajak tak ada rasa apa pun! HAHAHAHAHA! 

Jadi korang semua jangan lupa ya untuk menonton AADC2 bermula ESOK dipawagam berdekatan korang! Nah amiklah tengok sekeping dua lagi gambar syok sendiri Jijah berlatar belakangkan Rangga & Cinta. Kali ini memang tak ada kegigihan langsung nak mengejar Rangga & Cinta hehehehe , jadi ambil latar belakang pun okay lah khen? Okbai!



Terima kasih sudi baca entri ini :)

2 comments:

y i e n said...

Kegilaan ramai ni cite ni.. Pape pon rangga tetap ncem #Ehhh :p

eynda said...

Tunggu masuk TV la hihihi...