Home

Monday, April 4, 2016

Edisi Hujung Minggu : Jimba Ria Ke Tu?

Rasanya , hujung minggu yang lalu adalah hujung minggu yang terlalu banyak aktivitinya. Bukan bermaksud ianya padat. Tetapi hujung minggu yang terisi dengan orang-orang yang kita suka , sayang dan selesa konsepnya. Sudah agak lama , hujung minggu aku tidak diisi dengan aktiviti sedemikian. Kali ini nak bercherita dua benda dalam satu entri. Tulis memanja dulu. Kalau ada masa aku tulis pepanjang lagi ya? Hihiks.



Awesome Concert!

#1

Sabtu lepas aku telah berpeluang untuk menonton Konsert Dato' Siti Nurhaliza dan rerakan yang bertempat di Stadium Negara. Tak ada pun dalam fikiran untuk pergi menonton since diri sendiri bukan lagi gigih untuk buat perkara gigih lagi. Tapi orang kata, kalau sudah dinamakan rezeki , ia tetap akan datang bergolek kan? Thank you Daniel for the tickets! 

Itu kisah hari Sabtunya. Dari petang sampai ke tengah malam berada di luar rumah. It's been a while..dan mula terasa lenguh satu badan dan lesu sekali bila sudah lama tidak berbuat demikian. Am I talking to myself that I'm getting old? Oh my.. baru 22 tahun kot! Not yet 3 series dah macam gini?! hahahahahahahah sedih! Tapi apa yang boleh aku tulis seringkas yang boleh ini , Konsert DCT bersama rerakan ini memang awesome tiptop betul! Energi yang diberikan oleh DCT memang kaw kaw punya! Congrats to the whole team!


Beautiful Isn't?

#2

Semalam pula , aku sempat menghadiri resepsi perkahwinan Anzalna Nasir yang kedua. Bertempat di Dewan Perdana Felda , Jalan Semarak. Bila masuk sahaja ke dewan , terasa macam masuk ke ladang bunga! Seriously sangat cantik! Sangat menawan! Sangat memukau pandangan mata tau! Woah!

Bila tengok pengantinnya pula , alahai sama cantik sama padan betul! Tak puas mata memandang tau! Nanti kalau rajin , Jijah hapdet lagi gegambar yang sempat Jijah snap semasa di majlis resepsi Anzalna + Hanif ini ya. Sekarang kita sekadar tulis memanja aje dulu okay? Hihihi.

Nampak macam sikit aje aktiviti Jijah. Tetapi hakikatnya , memang padat gila! Boleh tahan lesu kejap bila cuti hujung minggu diisi dengan aktiviti khen? Sekali sekala , boleh lah begitu. Kalau sentiasa macam gitu , mahu hilang 10 kg! Ke makin menambah 10 kg?! HAHAHAHAH.

Hujung minggu lepas , korang buat apa je? Bai.

Terima kasih sudi baca entri ini :)


No comments: