Home

Wednesday, September 7, 2016

Edisi JJCM : Hokkaido Baked Cheese Tart @ Avenue K.

Korang pernah tak dengar tentang makanan Hokkaido Baked Cheese Tart? Kalau belum pernah dengar , meh Jijah nak cerita dekat sini. Baru-baru ini Jijah telah mencuba Hokkaido Baked Cheese Tart yang ada dijual di Avenue K. Sudah banyak kali juga Jijah lalu lalang di Avenue K tersebut namun tidak pernah terlintas untuk mencuba. Mungkin sangka Jijah ia hanyalah Cheese Tart yang biasa-biasa sahaja. Tambahan pula bila melihat orang yang beratur terlalu panjang , membuatkan perasaan untuk mencuba semakin mati. Biasalah , bila pulang dari kerja dan menyinggah ke Avenue K , memang lah malas hendak berada di tempat yang sesak begitu.

Namun , minggu lepas Jijah telah berkesempatan untuk mencuba sendiri Hokkaido Baked Cheese Tart ini. Bau makanan ini memang cukup mengancam. Dekat situ ditulisnya , RM 5.8 per piece. Tetapi kalau dibeli 5 pieces percuma 1 pieces gitchuew dengan harga RM 29 sahaja. Memandangkan dalam rumah Jijah ada banyak tekak yang hendak diberi rasa , haruslah beli dengan harga yang menguntungkan , kan? HAHAHAHA. Kebetulan hari yang Jijah pergi adalah hari Sabtu dan bukan hari bekerja , memang tak perlu beratur dan terus dapat sajork tart tersebut.





Hah! Ada yang terliur tak? Sebenarnya Jijah hehampir tertukar dengan Portuguese Egg Tart , sebab lihat luaran yang begitu. Namun setelah pulang ke rumah dan mencuba sendiri Hokkaido Baked Cheese Tart ini , ternyata memang lah berbeza sangat Jijah oiii! Kahkahkah. Maafkan Jijah yang mudah terkeliru ittuew! Hehhhh.

Jijah sebenarnya terlupa untuk mengambil gambar filling di dalam baked cheese tart ini. Memanggggg sangat mencair dimulut! Memang patut satu pieces adalah RM 5.80 kerana di dalam itu tidak kedekut cheese tau! Sangatlah sedap! Sangatlah mencair dimulut! Phewww! Sampai sekarang terliur lagi! Kahkahkah!


This is all mine! Tiberrr!

Kalau ada diantara korang yang ingin mencuba Hokkaido Baked Cheese Tart ini , boleh mencuba di Avenue K ini. Kalau lihat di gambar pertama itu ada diberitahu di mana lokasi mereka. Atau lebih senang dari LRT KLCC itu korang terus naik ke escalator pertama yang hendak ke Avenue K. Kemudian sebelum ke escalator kedua yang bebetul nak ke Avenue K itu , disitulah tempat mereka jual Hokkaido Baked Cheese Tart. Biasanya bila pepetang selesai waktu pekerjaan memang beratur agak panjang. Jadi boleh cuba datang awal atau datang di hujung minggu gitchuew!

Jijah memang recommended betul Hokkaido Baked Cheese Tart ini sebab memang sedap dan tak ada istilah menyesal selepas mencuba walaupun duitku melayaaaaang! Hahahaha! Ehemmmm , Hokkaido Baked Cheese Tart Jijah dah kasi promo percuma ni..takmo kasi sebekas dua free ke dekat kitewwww? Okbai!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

No comments: