Home

Thursday, September 8, 2016

Edisi Wanita : Matte Lip Crème Dari Fame Cosmetics Yang Mengujakan!

Baru-baru ini Jijah telah terjumpa satu produk matte lip crème yang cukup selesa dan cantik untuk dipakai. Jijah memang agak cerewet bila ianya berkaitan dengan barang-barang make up begini. Meskipun Jijah tak pandai langsung untuk touch up diri Jijah , tapi itu tidak bermakna Jijah memilih sebarangan produk. Gittuew!


Jadi , beberapa bulan yang lepas , Jijah telah menemui satu produk matte lip crème dari Fame Cosmetics. Pada asalnya Jijah sendiri tidak tahu mengenai Produk ini sehingga terjumpa ketika jenjalan di Instagram dan terjumpa IG Fame Cosmetics. Masa itu agak gusar juga untuk membeli kerana takut tekstur lip crème tersebut tidak sesuai dengan bibir Jijah. Almaklumlah Jijah memang sedikit cerewet ( or memang terlalu cerewet hamagad! ) bila ianya berkaitan produk kecantikan dan muka ini. Haruslah khen? Kau gila nokkk , nanti habis jadi menggelupas menggelupur diri kang! Kikiki. 






Maka , Jijah pun cuba try salah satu warna err sebenarnya dua warna hahahaha yang terdapat dalam Fame Cosmetics itu iaitu Violet & Desire. Ternyata Jijah tidak salah membuat pilihan. Kali pertama mencuba pun sudah jatuh cinta! Warnanya yang just nice , tidak terlalu terang dan tidak terlalu dull serta teksturnya yang tidak melekit langsung membuatkan Jijah terus jatuh cinta! Hey , even lipstick yang mahal pun kekadang buat kau rasa tak selesa walau warnanya cantik tau? Haruslah Jijah cukup berhati-hati hendak membeli semua ini. Gusar pisang berbuah dua kali katanya.



Code Colour : Violet


Code Colour : Desire

Selepas itu, terus berani mencuba untuk membeli warna Fuschia & Nude. Gigih khen? Haruslah gigih sebab bukan sahaja memiliki kualiti tekstur yang baik , malah harga yang ditawarkan juga sangat affordable. Sesuai untuk mereka yang sentiasa tampil cantik tetapi mempunyai bajet sedikit seperti Jijah ini. Kikikiki. Seriously , bagi korang yang suka tampil cantik juga dan inginkan tekstur yang selesa dan bibir korang tampak menawan , sila cuba Fame Cosmetics ini. InsyaAllah pelaburan yang menguntungkan gituh! Pelaburan terus tau! HAHAHAHA.



Code Colour : Fuschia


Code Colur : Nude

Hikhiks! Nampak betul Jijah sukakan tekstur Fame Cosmetics ni kan? Sebab hampir kesemua warna Jijah miliki tau! Memang warnanya kena dengan jiwa Jijah. Tak terlalu dull atau terlalu terang. Just nice omputih kata! Kikiki. Lagipun harganya juga berpatutan dan bertahan lama juga. So tak kisahlah kalau melabur sikit kan? Hihiks! Ada tak yang pernah mencuba? Kalau yang pernah mencuba mesti tahu kenapa Jijah terlalu sukakan Fame Cosmetics ini kan? Hihihi.

Kalau korang juga teringin untuk membeli , boleh terus pergi ke Instagram Fame Cosmetics dan lihat senarai agent yang sah menjual Fame Cosmetics ini. Kalau korang berdekat Kerinchi / KL Sentral / Bangi boleh terus COD & hubungi Piperlips tau! Servis yang dilakukan oleh beliau sangat tiptop dan menyenangkan Jijah juga. Gitchuew! So , siapa pernah cuba Fame Cosmetics ini? Cer angkat keyboard sikit! :p


Terima kasih sudi baca entri ini :)


No comments: