Home

Thursday, September 1, 2016

Edisi Blog : Header Blog Sudah Bertukar!

Bila sesekali angin hendak menukar header belog datang , memang serta merta teringin untuk menukar katanya. Biasalah , orang kata bila kita buat cecantik untuk menjadikan ia sebagai pemangkin semangat kita sendiri untuk menulis belog , apa salahnya khen? Kikiki , walaupun kadang-kadang pemangkin semangat aje yang lebih , lepas itu apa-apa pun tak dibuatnya! Ooopsss! Maafkan Jijah! 

Biasalah , bila diri sendiri sering sahaja letih , memang mudah sahaja terlena daripada hajat sebenar hendak menulis entri terbaru. Kesian betul dengan gegambar yang ada serta draft-draft yang sesudah yang terus-terusan menjadi draft semata. Dah cuba yang terbaik untuk mengupdate apa yang boleh diupdate. Tetapi tetap tewas dengan keletihan diri sendiri. Tak apa, kita terus mencuba ya?

Berbalik kepada header belog yang ingin ditukar itu tadi , Jijah terus sahaja meminta bantuan daripada rakan Jijah. Memandangkan sejenis muka tidak malu erk , Jijah cuma meminta seringkas yang mungkin. Lagi ringkas lagi bagus. Mata sudah tidak mampu lagi melihat header yang sarat dengan warna berlebihan , bunga-bungaan , dahan dan pepohon. Less is more omputih kata. So do I. Gitchuew! Selepas dengan muka tidak malu meminta bantuan daripada rakan Jijah , rakan Jijah pun terus memberi beberapa hasil yang dilakukannya. OHEMGEEEEE ! Serius suka sangat! Terasa segar biji mata bila melihat hasil header yang ringkas begitu. Hasil yang bagaimana? Hasil yang engkorang tengok dekat header belog sekarang lah khen? Hehehehehe..



Dekat mata Jijah , Jijah terasa sangat kemas dan cantik. Tak nak jenis yang berserabut berakar bagai sampai mata sendiri juling. Khen? Bila tengok begini , terasa macam selesa sedikit untuk diri sendiri menjenguk belog sendiri. Juga untuk orang yang masuk baca pun selesa kan? Heheh.

Minta-minta bila header belog sudah bertukar , diri sendiri pun bertukar menjadi lebih rajin dari sebelum ini. Minta-minta lah! *tutup mata* eh! Hahahahah! Korang rasa macam mana ek? Ok tak? Hehe!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

No comments: