Home

Thursday, August 25, 2016

Bila Dah Lama Tak Menulis...

Sebenarnya , bukan tak ada idea. Idea langsung tak kering. Tetapi entah kenapa sejak dua menjak ini , memang perasaan malas mula menguasai diri sendiri. Sesuatu yang tidak bagus untuk perkembangan diri yang sedia kembang dan belog picisan ini. Dan tiap kali diri sendiri hendak mengupdate belog picisan ini , ada sahaja yang terkandas khen? Dan alasan itu berulang-kali diberi sehingga diri sendiri pun muak dengan alasan sendiri. Ko hado? HAHAHAHA.

Nak tulis apa eh? Nak tulis apa pun dah tak reti. Bukan tak reti , tapi lebih kepada yang garu-garu kepala yang tidak gatal juga tidak ada kutu dan kelemumur tapi tak tahu apa motif nak juga garu. Hah! Begitulah! Mungkin kena ambil sedikit masa untuk melihat belog ini kembali meriah dengan coretan mesra si Diva Pora ni khen? Ekekekeek mesra lah sangat! Well *mata juling ke atas* HAHAHAHA.

Sebab rasa kesian dengan belog picisan ini semakin sendu , kita update lah sesikit. I will try later and over again untuk kembalikan mood menulis yang semakin hari semakin menipis itu. Biasalah , semua benda yang dah terbiasa buat bila terus ditinggalkan memang akan mengambil sedikit masa kan? Lagipun siapa aje yang sudi baca belog picisan ini kan? Kakhkahkah, kengkonon rendah diri sangat lettuew? HAHAHAA.

Baru tulis beberapa perenggan dah rasa macam hey apa benda aku merepek ni ha? Ya rabbana! Heh! Dah terasa mengah nak mencari idea menulis lagi. Betul-betul punya tak ada idea tapi geletis nak update juga kan? Hehehehehe! Dah , berhenti menulis disini dahulu. Kita tepek sekeping gambar dulu. Kot-kot ada yang rindu kahkah diam!


muahciked!

Gincu - Fondue by Dida For Women.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

No comments: