Home

Saturday, January 1, 2011

Cherita Hari Pertama di Tahun 2011. -.-'

Hari pertama di tahun 2011 memang sedikit penat untuk aku. Cuaca sungguh terik , bertambah panas bila aku yang masih di tahap kesihatan yang separa sihat. Berpeluh sakan. Apaa yang aku buat hari ini? Banyak pulak omel aku hari ini , padahal tak sampai satu perenggan pun. *lempang* Hari ni , pergi hantar kakak aku balik kolej. Tengahari macam tu dah pergi hantar dia. Lepas tu? Pergi Mid Valley.

Boring sebenar nya nak pergi situ. Ingat nak pergi One Utama. Tapi dek kerana aku pun macam sihat tak sihat , lagi bagus pergi tempat dekat kan. Pergi Mid Valley. Cari parking hampir setengah jam. Sampai naik pening aku. Oh lupa nak cakap , pergi Mid Valley semata-mata mahu mencari beg sekolah. Adakah itu sesuatu perkara yang teringin korang baling Elmo Mata Bulat ke arah aku? Oh jangan jangan. Aku memang macam tu.

Before this lagi teruk. Sanggup meredah lautan , cewahh , bila beg sekolah dekat One Utama semata-mata nak beli Body Glove punya. Tak ke terasa nak lempang aku dengan perangai cerewet aku itu?!! Heh. Lepas tu tadi ingat nak cari Body Glove jugak.Tapi aku terus serbu Tropicana Life. Nampak macam kiyut je beg dia. Hiks. Sebenar nya mood tengah zero nak pergi merantau mencari beg sekolah baru. Jadi alang-alang dah nampak kedai beg sekolah , serbu je lah. Lepas tu kalau nampak tak cantik , tak berkenan di hati , baru lah reti cari yang lain.

Then memang nampak cantik semua beg dekat situ. Murah pulak tu. Lepas tu dapat diskaun pulak tu. Lepas tu dapat pensil box sama colour dengan beg tu pulak tu. Ewah terasa macam darjah satu pulak. HAHA. lol. Memang tak fikir lain. Fikir nak beg warna baby blue je terus. Oh aku lupa nak amik gambar memandangkan mood aku hari ini macam celaru gila. Menyampah betul. Lepas dah habis beli semua. Kitaorang terus balik. Tak sampai 15 minit okeh? First time ever pergi shopping mall dengan begitu sekejap sekali sampai rasa tak percaya meskipun dah tampar muka banyak kali. Eceh , dramatik betul lah kau Jah!

Lepas tu? Ok balik rumah. Balik rumah makan semua , tidur kejap. Aktiviti penting sebelum masuk ke sekolah. Heh.  Lepas tu , aku ajak ayah dengan Umi aku pergi WangsaWalk kejap. Oh bukan pergi karoeke. Jauh sekali ajak menonton wayang. Tapi aku ajak pergi Popular memandangkan aku tak ada lagi buku rujukan Form 5. Apa ??? Dah nak bukak sekolah baru nak cari buku? -__-' Heh Heh Heh. Bersabar je lah ye dengan perangai aku.

Lepas tu tiba-tiba Umi cakap nak pergi Giant pulak. Alahai ... aku ni kalau ikutkan memang dha fasa mood nak berdengkur dekat rumah balik. Tapi tak kan nak menggedik pulak nak suruh ayah aku hantar aku balik rumah pulak kan -___-' Mahu kena tinggal tepi jalan nanti. Heh. Lepas dah pergi Giant , terjumpa pulak kawan sekolah. Gituh tau. Lepas tu. Ni ha yang aku duduk melangut depan laptop gituh.

Kejap lagi nak buat operasi mengemas bilik. Nak kemas kasi lagi senang untuk aku belajar. Tak nak serabut serabai lagi dah. Hiks. Kalau korang tengok bilik aku confirm korang mengucap panjang bila tengok. Kikikik. Jadi dengan mood yang tengah zero ini dan masih feeling nak hapdet belog kejap lagi *pang* ... aku pun dah blank tak tahu nak tulis apa. -.-'

Tunggu je lah update aku kejaaaaaaap lagi -.-'

p/s: LIKE CHERITA EMO-TEMO di Facebook ;)   


Contact Me

If you want to contact me , directly can find me on :


or maybe


or maybe you can contact me directly on :

MY EMAIL ; just send your email into : jingliq1125@yahoo.com


thanks , 
keep in touch always ,
IjahEmoTemo


HELLO 010111 :)


gambar keredit : kedai pakcik google ;)

Alhamdulillah , sekarang kita sudah memasuki tahun 2011. Walaupun aku masih tidak sihat , masih lagi batuk tidak berhenti dan selsema pun macam teruk tak teruk , tapi Alhamdulillah masih bernyawa di atas muka bumi Nya. 

What I wish for 2011?

  • Sebenar nya , tak ada lah simpan azam setinggi langit sebab 2010 punya azam pun banyak yang tak tercapai. Azam? Hendak sentiasa berfikiran positif untuk tahun 2011 memandangkan tahun 2010 emosi aku sangat teruk. Menangis melalak dah macam kawan baik. Sangat tak baik untuk kesihatan.



  • Of course , aku nak buat yang terbaik untuk tahun ini. SPM WEHH!! Gila kau aku tak cuak?!! Seriously , aku macam tak bersedia sangat , but yeah , masuk bulan 7... 8 nanti baru lah betul aku tahu aku dah bersedia ke belum. Setakat ni 50-50. Yang penting bulan Januari ni memang aku akan menghadap buku nak ulangkaji FORM 4 punya pelajaran. Itu sudah pasti. Lepas tu ... tengok lah macam mana. Seriously I hate plan something because I know sometimes bila kita buat unplanning thing for such thing je la akan be more better and good , so let's time tentukan segala nya :) Aku mahu buat yang terbaik dan termolek sebab tak mahu kecundang seperti sebelum-sebelum ini. Belajar , Berusaha dan Berserah :)

  • Apa lagi? Menjadi insan yang lebih baik. Bukan hanya untuk tahun 2011 tapi untuk 1432 Hijrah juga :) InsyaAllah.

Ok dah tak ada azam yang aku semat setinggi langit.Cuma mahu buat yang terbaik untuk tahun 2011. Tak mahu berazam banyak-banyak.Takut tak mampu nak buat kesemuanya dengan sempurna. Selepas ini , well this is always I said when I'm gonna have a big exam , for this time I've to tulis , cakap and buat! After this aku memang akan kurang kan aktiviti online berjam-jam.Well said , ini memang perkara yang paling aku teringin kurangkan memandangkan this year SPM. Facebook , Twitter , Blog? Hmmm , semua aku akan tinggalkan untuk sementara waktu. Sekali sekala boleh lah bukak :)

Ehem Ehem , 11 hari lagi umur aku akan bertambah lagi 1 tahun. 11 01 11 , umur aku akan menginjak 17 tahun :) Something that I've wish before in 10 years before and now , in a few days I'll reach 17 years old. Oh , how fast time flies aite? Sungguh cepat pantas dan wow!! Tehehehe. So So , tak ada sesiapa ke nak pos hadiah dekat aku ni? Ehem Ehem. Ekekek. Just kidding guys :)

So happy new year again , I'm really hoping with A BIG CAPITAL LETTER , gituw .. this year will bring a happiness , great , success and all good thing's inside too lah kan :) InsyaAllah :)

And yeah yeah , it's nice number today. 010111 ... and 11 day's to go for 11 01 11 , something that nice number too right? Yeay! It's my birthday!! Eh apahal aku macam kanak-kanak sangat ni buat entry kali ni? Bukan dah nak SPM ke? Erkk... so bye! ;)

Disclaimer


Cherita Emo-Temo merupakan blog peribadi yang memaparkan kisah peribadi serta pendapat peribadi.

Jangan cilok gambar-gambar aku. Jangan cilok ayat-ayat aku yang merapu mahupun ilmiah tanpa izin. Nanti aku doa kau cirit birit tak berhenti baru tahu.

Nak cilok , mintak izin. Faham?

Segala yang aku tulis hanya lah pandangan peribadi aku. NO HARD FEELING and NO HEART FEELING please. Kalau aku ada terlanjur bahasa , aku minta maaf awal-awal.

Kadang-kadang aku tulis dalam bahasa merapu. Kadang-kadang aku tulis dalam inggeris grammar tunggang langgang. Kadang-kadang aku tulis dalam bahasa melayu yang penuh puitis. Kadang-kadang aku pun tak tahu aku tulis gaya macam mana. Kalau suka teruskan baca dan komen. Kalau tak suka apa kata pergi cari belog yang lagi hebat dari sini. Senang bukan?
Last but not least ; ini belog aku , jadi memang aku ikut cara aku. Kenal aku dulu baru judge. Setakat baca apa yang aku tulis tak bermakna , kau boleh kenal aku ye? Love me yes , hate me no. Ermm , Sarcastic ? Maybe.

sekian dari gadis emo-temo.
IjahEmoTemo.
peace no war bebeh.


TUTORIAL

Here are some tutorial in my BLOG.