note : ini merupakan auto-post.
Sebenar nya aku tak ada tujuan pun nak update lagi. Tapi telah berjanji dengan kakak jelita eceh membodek ya hamat kan , hiks , Kaka Miloais tentang bagaimana hendak menggunakan ChurpChurp serta Nuffnang ini. Dah orang bertanya , biar lah aku menjawab. Tak gituh. Kebetulan tengah ada masa yang sedikit lapang , maka aku pun nak bagitahu lah sikit-sikit bagaimana nak sebarkan Iklan dengan ChurpChurp serta Nuffnang ni.
Pertama sekali untuk ChurpChurp , heh aku terangkan yang ini sekali sebab lebih mudah nak terangkan. Ehiks , nampak sangat pemalas. Heh.
ChurpChurp juga seperti Nuffnang. Menyebarkan iklan tetapi beza nya di sini ChurpChurp tidak tertumpu di dalam blog sahaja. Berbanding dengan Nuffnang , ia hanya terletak di dalam blog sahaja. Pertama sekali untuk yang masih belum mendaftar ChurpChurp , sila pergi ke laman web nya : churpchurp.com.. Sejurus itu anda semua sila lah daftar sama seperti Nuffnang. Selesai mendaftar , bermula lah cheritera untuk anda menyebarkan iklan dengan bermacam jenis cara dan kaedah. Ia benar , ChurpChurp mempunyai beberapa kaedah untuk di sebarkan iklan-iklan nya.
ini contoh ChurpChurp aku. heh.
ChurpChurp boleh di sebarkan iklan di Facebook , Twitter mahupun di dalam Blog kita sendiri. Sangat mudah dan menyenang kan. Lagipun menggunakan ChurpChurp nilai dia lebih senang untuk naik menuju puncak berbanding dengan nilai Nuffnang. Tapi dua-dua sama-sama menggembirakan ulu hati aku jugak. Ada lah jugak nilai nya daripada tak ada. Lagipun dah alang-alang ber"blog-ing" why not tambah kan pendapatan sampingan kan. Tapi jangan korang ketagih nak duit sampai lupa niat asal. Uhuk uhuk , aku pulak terasa pedas sendiri. Uish.
Ok ok sudah merapu.
ok lihat gambar di atas. ada Social Sharing. ada Social Seeding. ada Scheduled Tweets.
ada beza tak?
Ternyata mempunyai perbezaan bagi setiap yang aku tulis di atas itu. Ini untuk info Kaka Milo yang hendak mengetahui lanjut dan juga untuk kamu-kamu yang tak tahu , meh sini aku beritahu. Tak salah berkongsi ilmu khen. Gituh kata nya.
Social Sharing
Social Sharing kebiasaan nya memerlukan korang untuk menyebarkan iklan-iklan ini seperti di Twitter , Facebook , Blog dan lain-lain lagi. Kita boleh sebarkan berapa banyak kita nak as long as tak spam macam itu lah rasa nya. Bila kita sebarkan di Twitter / Facebook / Blog and ada orang tekan iklan tu : maka akan lah dapat RM 0.20 macam gitu per click. Makin banyak kita sebarkan dan orang pun sama banyak click maka makin banyak lah nilai nya akan naik. Mula-mula mungkin sikit tapi sabar punya sabar , insyaAllah naik lah sikit-sikit nilai tu nanti. Lihat gambar di bawah untuk penerangan lanjut. Ehiks.
Ok ini aku ambil salah satu contoh ChurpChurp aku. Biasa nya kalau korang dapat banyak list untuk sebarkan iklan , diorang akan bersusun berduyun. Click dekat iklan yang mana korang nak share kan. Tekan Share This.
lepas dah click Share This , click pulak Start Sharing This.
selepas itu akan pulak muncul macam ini. lepas dia rediarecting segala macam jadah ituew. kemudian korang pilih aje lah nak share dekat mana.
senang bukan?
Memang tak nafikan Social Sharing ni yang paling senang untuk kumpul nilai nya. Cuma tekan untuk share dan kalau nasib baik dapat kawan yang comel-comel jenis suka click iklan tu maka korang jugak yang untung. LOL. *petir* Apa yang penting just tekan share dan dia akan ada tempoh-tempoh tertentu tapi kalau dia dah tamat iklan tu dia hilang sendiri dan nanti dekat bahagian tepi akan bagitahu lah berapa nilai korang punya ChurpChurp tu. Permulaan aku dulu tak banyak pun tapi lepas lama-lama baru meningkat sikit demi sedikit. Alhamdulillah. Lagipun untuk sampingan aje pun. Eheh.
Social Seeding
Gulp yang ini aku tak sure sangat. Jadi aku skip. LOL.
Scheduled Tweets
Okay untuk Scheduled Tweets pula dia amat jarang muncul. Biasa nya bila muncul akan ada lah bilangan nombor di tepi ayat-ayat ni. Berlainan dengan Social Sharing , Scheduled Tweets ni kena guna ayat sendiri berdasarkan point-point yang di beri. Pandai-pandai korang lah buat ayat macam mana nanti. Lepas tu tak semudah ABCDGE korang terus dapat sebarkan iklan ini. Sebalik nya korang kena dapat pengesahan. Kalau berjaya maka tak samapi sepuluh minit lepas korang send pun akan terkeluar dekat Twitter korang. Biasa nya Scheduled Tweets akan ada tempoh-tempoh tertentu yang dia akan kasi. Seminggu ke , Sebulan ke atau yang sama waktu dengan nya lah. Biasa nya dia akan tulis dekat tepi tu.
Ok habis cherita ChurpChurp. Kaka Miloais , faham tak? Ekekekek , tak faham boleh PM sama ai. Tetibe. Ngeh ngeh.
Ini sebenar nya atas permintaan Kaka Miloais yang nak tahu jugak pasal Nuffnang. Macam mana nak naik kan duit Nuffnang dan sama waktu dengan nya. Actually aku bukan lah hebat sangat dalam bab-bab ini. Cuma aku tahu lah serba sedikit. Macam aku kata tadi terutama yang selalu blog-ing dan selalu aktif dalam dunia blog. Apakata korang berdaftar lah di web Nuffnang.com.my. Bukan pasal apa , atleast tak ada lah usaha sia-sia kan? Ada jugak pendapatan sampingan selain jual kuih koci kan? Eh eh sedap pulak kuih koci lama betul tak makan. *panglaritopik*
Selepas sudah mendaftar , biasa nya akan mengambil beberapa lama masa nya untuk mendapatkan status Glitteratti. Apa itu Glitteratti? Glitteratti maksud nya seperti exclusive members gitu. Kalau korang still Non-Glitteratti , bersabar ye dik non. Lama kelamaan akan muncul lah status itu dan selamat mengumpul nilai. Tapi dengan Nuffnang bukan mudah ye nak dapatkan nilai-nilai tinggi mencanak macam dengan ChurpChurp. Oh ya kalau dah pasang iklan Nuffnang , jangan nak letak iklan-iklan dari syarikat lain. Nanti inche Nuffnang akan menarik balik status Glitteratti ituew. Uhhu.
Bagaimana untuk sebarkan iklan Nuffnang?
Nuffnang sangat berbeza dengan ChurpChurp. Jika ChurpChurp korang kena tekan share this share that kan? LOL. Tapi Nuffnang pula , korang kena pasang iklan dalam blog korang.
Macam mana nak pasang iklan Nuffnang?
Masa mula-mula dulu kung kang kang kung aku berpeluh fikir macam mana lah nak pasang iklan tersebut. Agak rumit pada mula nya tapi sekarang tutup mata pun boleh. Gitu kau riak Jah? pang bertalu mahu? err. Okay semasa korang bukak laman web Nuffnang pasti ada banyak jenis kotak seperti : analytics , earning , add ads dan lain lain lagi.Jadi korang tekan add ads dan ikut cara yang seterus nya. Sangat mudah ok?
Haa. Tekan Add Ads untuk meletak iklan.
Tapi kenapa aku empatsegikan Blogger Bio?
Sebenar nya nak jugak bercherita tentang benda lain yang menjadi keraguan Kaka Miloais iaitu Buffered Earning. Dia tanya kepada aku , apa itu BE apa itu BE. Ternyata ramai jugak merungut dan tertanya-tanya apa itu BE? Macam mana nak dapatkan BE? Ok kali ini credit to Yuyu Zulaikha kerana memberi tip yang tip top melalui tulisan nya itu.
Apa itu Buffered Earning?
Buffered Earning merupakan seperti bonus buat kita para bloggers. Memang terasa nak sujud syukur terus kalau dapat Buffered Earning kerana nilai nya lagi senang hendak naik melalui orang-orang yang singgah belog kita dan click. hoitt belog aku pun tengah ada BE ni apa lagi kelik lah wehh. opss. Tak semua orang dapat Buffered Earning. Tapi jangan lah susah hati kerana selepas membaca tip tip dari Yuyu Zulaikha aku pun telah berjaya mendapatkan Buffered Earning selepas itu.
ini contoh nya kalau kau orang dapat BE. dia akan mentioned. jangan risau.
Apa tip Yuyu Zulaikha?
Ini yang aku ingat lah. Sebab bila nak cari balik entry yang dia tulis tu , fuhh dah jauh mencanak ke belakang. Tak larat nak cari. Hheeheh. Aku rasa aku ingat satu je weh. Ampunkan aku. Memang dasar terminum air ada semut lah , susah betul nak ingat benda -__-'
- Sentiasa tukar Blogger Bio. Paling tidak pun tukar lah sekali sekala eh.
Yep , ini memang benar dan aku telah buat perkara yang Yuyu tuliskan dan ternyata berjaya. Terutama sekali di bahagian : 4) Are there any unique things about you that you think an advertiser should know? (E.g. You were FHM's Girl next door)
Kenapa aku kata penting?
Sebab nya bila kita sentiasa update , maka nya pihak peng-iklan tahu kita masih wujud di alam blog-ing. Ini ayat Yuyu Zulaikha actually. Hiks. Lepas dah tukar sikit-sikit dalam soalan tu , maka BE aku pun muncul. Biasa nya BE ini akan ada satu tempoh dan masa-masa tertentu. Kalau nasib baik , pernah aku dapat tempoh selama dua bulan ke tiga bulan. Tak ingat. Pergh , lumayan gila hasil dia. Ada lah kot dalam RM 20 macam itu. Maybe kau rasa elleh , sikit nak mampus. Tapi apa gua kisah , janji gua happy tak kacau orang lain. Gituh.
Kadang-kadang ada jugak tempoh dalam seminggu dua aje. Pernah jugak merasai. Dapat dalam RM 1. Itu pun sujud syukur sebab atleast bergerak jugak nilai Nuffnang ni. Memang payah. Selepas tamat tempoh BE tersebut maka nanti akan di masuk kan nilai BE korang siap dengan bonus semua dalam nilai keseluruhan Earning tu dan dia akan tulis Metered Earning pulak. Memang payah nak dapat kan. Kalau ada rezeki dapat lah merasa satu dua BE. Kalau tidak , memang berzaman jugak tak dapat BE. Lepas tu kena buat tindakan drastik. Hik Hik. Oh ya lagi satu jangan kau orang tekan sendiri kau orang punya ikelan berjuta lemon kali. Haa , nanti kena kasi warning , jangan meraung okeh. Erk , cuak pulak meh. Hiks.
Biasa nya jugak , aku kalau dah menggedik sangat aku akan terus bertanya pada pihak Nuffnang. InsyaAllah kalau korang ada rezeki merasa jugak BE tu. Aku pernah buat. Heee.
Oh ya lagi satu , kalau nak dapat banyak IKLAN menyinggah dalam belog korang pastikan korang letak lah iklan korang dekat tempat strategik.
Eceh , mana tempat strategik itu?
Biasa nya di atas header blog. Itu yang paling penting. Mesti orang kalau mula-mula masuk tengok bahagian atas dulu. Kot-kot internet kau lembap pun , mesti kalau nasib baik iklan muncul , mesti iklan header tu nampak dulu mesti isi entry langsung tak nampak haram jadah nya. Atleast orang senang nampak maka pihak peng-iklanan pun suka nanti sebab senang lah iklan dia nampak. Tak gitu uols?
Rasa nya penerangan terlebih-lebih panjang. Harap-harap Kaka Miloais akan faham jugak apa yang ai terangkan ini. Ehiks , bukan mudah nak terangkan dekat orang. Berpeluh jugak badan ni nak terangkan satu-satu. Kalau ada jugak yang tak faham , boleh jugak bertanya. Kaka Milo pun jangan segan-segan tanya. Eheh.
Okay lah , sampai di sini dulu ye :)
22 comments:
Gigih betul noks yeeee
dah buat semua tips macam tu dari dulu..tapi still o sen..haha..maybe masih belum ada rezeki kot =)
amoi >> harusla noks! kaka milo bertanya ai tlg terangkan mana yg reti je nyah. Haha.
shafmechy >> heheh , takpe2. mana tahu kot2 lps ni ada rezeki :)
ijah pun lps beberapa bulan guna nuff baru dpt hasil dia. hehe.
tenkiu 4 the info..
syaz nak merasa jugak dpt BE tu..
hehehe..
syaz >> wlcm :) hee , insyaAllah , nnt dpt jugak syaz merasa tu :) hehe.
la..... baru nk tru baik2 dgn nuffnang.. tp, next week dah bzy nk siapkan documnt nk msuk U.. alamokxx... takdok rezeki... =)
naurah >> hiks takpe takpe. bila ada masa nnt buat je semua tu. insyaAllah ada rezeki utk naurah :)
tak tau lah kenapa cikmas tak suka pasang apa2 iklan kat blog.... huhu... :(
cikmas >> hehehe , ijah mula2 blog-ing dulu pun rimas tau mata memandang. but the end tertarik jgk sbb heh dpt duit smbl menulis merapu eh opss. hiks.
takpe la ikut keselesaan masing2 kan :) as long kita happy blog-ing pun dh good enough :D
bestnyeee^^
BE dni tak mo datang2.. sobsss
ishiko >> heheh. mmg best.
dni >> hehe. ijah punya lps post entry ni dh jd metered earning T__T huwargh , baru nk riak. ekekeke
noks ai masih tak berapa nak faham pakai iklan ni semua
macam mana ni noks?
amoi >> eh eh nk saya ajarkan jugak ke nyah oii? terharu nya aiii...
sudahhhh itu semua propa sajork kan? hahahah. jgn nk dramatik okehhh nnt ai tak kasik link terbaru wills kang. erkk haha
hehe blogger bio 2..data kita ka??
fatin >> yups! klu soklan 1-3 tu mmg bio kita. buat ringkas-ringkas je :)
cuma yg no 4 tu buat menarik sikit agar org yg nk ikelan kan dkt belog kita pun tertarik gituew :)
wah..dasat2...hihi..wat karangan nie..hihi..best2..
ifa >> hiks. mmg selalu panjang kan ijah punya entry. harap2 ada yg boleh paham. sbb masa tgh buat mmg tgh ngantuk. hikss.
;)
wahh.. dh macam buku manual.. :D
heidi >> hehehe, iye ke? haha , harap boleh org faham jgk. sbb pki hentam ikut pemahaman sendiri je ni. hee
Post a Comment