Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 (Kuala Lumpur International Book Fair 2011)
Oh ya oleh sebab-sebab tertentu aku telah pergi sebanyak dua kali dan kali pertama di temani oleh kakak aku dan dan kali kedua di temani oleh emak aku. Aku rasa entry kali ini berpontensi menjadi panjang tetapi jangan risau akan di selitkan sesekali dengan gambar. Setiap tahun Pesta Buku mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tak dapat hendak di elak kan. Begitu juga dengan tahun ini. Aku cuba untuk membuat ulasan yang paling ringkas tanpa kata-kata carutan memandangkan rasa nya akan terkeluar juga sepatah dua kata ayat-ayat yang tak manis untuk di baca apatah lagi untuk di dengar. Ngee. Apasal aku terasa macam tengah menulis esei ni? Anggap lah aku tengah feeling semangat overexcited nak buat ujian mid term. Eceh. Oh ya , mungkin juga biar gambar bercherita gitu. Tak larat weh nak menulis panjang-panjang. Ehhe. Tapi bukan ke nanti akan panjang jugak akhir nya? LOL.
eheh. kakak aku. peneman setia aku.
cer tengok belakang tu ... lengang je kan? agak lengang. tak sesak macam kebiasaan nya.
Hari Pertama : 23 April 2011. (hari pertama aku ke Pesta Buku)
Ehem. Untuk kali pertama ke Pesta Buku , aku telah pergi bersama dengan kakak aku dengan di hantar oleh parent aku. Memandangkan mereka pun hendak menuju ke kenduri kawan mereka jadi alang-alang begitu , lebih afdhal mereka menghantar kami berdua. Tak suka taww nak membazir duit. Eceh , padahal memang kau dasar pemalas nak berjalan kan? Gituew. Sebenar nya agak mengejutkan bagi aku melihat jalan tidak sesak seperti sedia kala dan ia amat-amat memeranjatkan aku. Anda pula bagaimana? *lempang* Betul tak tipu. Sebab kebiasaan nya keadaan dari luar hujung ke jalan PWTC tu dah sesak macam anak raja nak kahwin aje. Bahana sibuk tengok royal wedding , sikit-sikit anak raja kan? Kasi lempang bertalu sikit. Hensap sangat tau. Ekekeke.
walaupun nampak macam sesak : the fact , tak sesak pun. boleh laga-laga bontot. eh opss.
Jadi ayah aku terus turunkan kitaorang di depan PWTC itu lah. Keadaan tidak sibuk dan sesak. Kami sampai dalam pukul 1 petang mungkin? Dah lupa , ingatan memang tak kuat betul. Bahaya! Bahaya! Eh eh. Macam biasa bila dah sampai di tempat kejadian mesti kepala otak tak boleh nak cerna elok-elok. Mesti blank sambil sengih kerang busuk pandang kakak aku ala-ala berlagak sebab "Elleh , ini aje orang? Kau biar benar!" Hamboii ayat memang teringin nak makan Bola Rugby ye? Ewah ewah. Berlagak dan riak sungguh! Ngeh ngeh. Jadi aku terus menaiki tingkat atas dan tercari-cari , di mana kah booth Jemari Seni. Mujur ada Kak Naz yang beritahu aku , booth Jemari Seni di tingkat bawah lah yunk oii. -.-' Oh kalau tidak harus kena sumpahan di situ dek kakak aku kerana tak tahu arah tujuan. Hampun kan adik mu!
aku tak tahu kenapa aku edit gambar ni. chantek khen meks edit? *lempang*
Jadi memandangkan di tingkat bawah , aku terus pergi ke booth Sasbadi yang memang berada di atas memandang kan aku hendak membeli buku-buku latihan. Aku terus menyambar segala jenis buku yang berkaitan. Kebetulan orang tidak ramai , maka tak ada lah tahap berkerut dahi macam harga minyak naik ke apa. Jadi tenang je rasa hati. Ewah. Apabila ke Pesta Buku perkara yang paling aku takutkan adalah takut terlebih bajet dan takut tak cukup duit. Mana aku nak cekau duit kawan-kawan sekalian? Aku ni memang suka betul beli buku. Baca atau tidak persoalan seterus nya. Hamboiii. *petir* Tapi Alhamdulillah , beli 10 buah buku latihan+nota harga nya tak mencecah rm 50 pun. Terus terasa nak sujud syukur. Melebih-lebih pulak budak ni. Eiyark! Kemudian pergi juga meninjau ke booth lain. Tak ada perasaan untuk membeli. Sebab takut terlebih bajet. Maklumlah tengah ekonomi gawat tak gawat ni tak boleh nak ikut kan hati sangat nak membeli segala serbaneka kan? Mahu kena pang pang bertalu dengan parent aku nanti. Heh heh.
dengan Juliza Adlizan yang super duper peramah di booth Karangkraf.
Kemudian aku terus kan destinasi ke tingkat bawah ke booth Jemari Seni. Eueww. Di sini lah bermula cacian dan makian yang berlimpah ruah di dalam hati.Kenapakah ? Mari aku listkan agar tulisan di dalam entry ini tidak panjang.
- Sikap rakyat Malaysia yang tidak sabar dan tidak beradab benar-benar menguji kesabaran. Di mana kah prinsip 1 Malaysia itu? Tak menjadi ke uols?
- Potong memotong amalan yang paling aku cerca dan hina sekali. Sekalipun hendak merembat bookmark dari novelis Hlovate yang sangat esklusif itu sekalin jangan lah sampai hendak memotong. Tahu tak itu amalan paling keji? Ok , tak apa lepas ni pun aku nak buat jugak lah amalan keji ini. Nampak macam menarik. Tak begitu uols?
- Tak kira lah kamu orang yang lengkap sifat semulajadi atau tidak , sila lah belajar bersabar. Susah ke untuk menjadi seorang yang sabar?
- Hello Rakyat MALAYSIA , BERSABAR BOLEH TAK? KAU HENGAT KAU SEORANG JE YANG BERIYA NAK BELI BUKU? ok ok dah dah caplock.
Nampak tak apakah yang buat aku geram tahap melankolia. eh eh. Ramai betul rakyat Malaysia yang tak reti bersabar , tak reti beradab dan juga tak reti beratur. Muka cantik-cantik , baju vogeh-vogeh tapi perangai hazab tahap orang jakun petala kelapan. Tahu kah apa itu jakun? Tak tahu? Sila google ataupun check di kamus dewan bahasa. Enough. Oh ya bila ke booth Jemari Seni aku rembat 10 buah novel. Banyak kan? Jangan nak bebel cakap : eh awak tu nak SPM bila masa nak baca. Sesungguh nya aku memang tak baca pun lagi novel-novel itu melainkan Contengan Jalanan. Lain-lain dah di peram buat asam keping. Ewah. Oh ya kemudian pergi ke booth Karangkraft. Berkesempatan bertemu Juliza Adlizan yang super duper ramah. Ekekekek dan membeli novel karya Fauziah Ashaari. Terpaku tengok dia sampai aku pun diam tak tanya apa-apa. Hiks.
Bunick & Manjlara.
Fauziah Ashaari dengan karya terbaru beliau : Bisik Bisik Gelora. Auww.
Manjlara & Kak Naz
aku dan Kak Naz. Karya-karya Kak Naz memang semua nya best-best. Jangan lupa dapatkan karya Nazurah Aishah jugak uols :D
Pendek kata hari pertama ke Pesta Buku overall okay dan sempat berjumpa dengan penulis buku dan menyokong kawan aku yang menulis novel , you go girl! Ewah. Jangan lupa dapatkan novel Dia & Dia dari Bunick Firdaus di bawah Publisher : Jemari Seni. Sempat juga jumpa Kak Naz dan sempat juga Kak Naz memberi hadiah with love gitu. Sangat-sangat terharu. Tak sempat nak kasi apa-apa dekat Kak Naz. Next time ok? Bunick pun sempat kasi aku bookmark dengan buku comel. Thank You :D Sempat juga jumpa dengan kawan-kawan yang selalu berborak di alam maya : Mijot , Kak Uda dan Kak Azure. Dalam ramai-ramai orang , terserempak jugak dengan diorang. Sempat jugak berborak gitu.
Kemudian sempat juga makan dan seperti biasa harga nya cekik darah mengalah kan orang tercekik tulang ikan. Tak apa lah , sebab aku lapar dan dahaga , sempat jugak beli 2 set makanan apa entah dengan 4 gelas Nescafe Ais yang segelas RM 5. Kau hado nyah?Kau hado? Nan hadoooo. Balik-balik rumah merasalah gastrik tahap guling-guling. Siapa gatal sangat beli air tu sampai pitamz?
Sh.Shahira tengah ada kan sesi autograph.
Dinasour robotik? Entah ,tak pasti noks. Yang penting aku geli tengok -.-'
Tahu kah Anda ? : Booth Dewan Bahasa dan Pustaka antara kawasan paling lengang sekali. T_T
Memandang kan entry ini sudah penuh dengan ayat-ayat berhemah dan gambar-gambar maka akan ada sambungan nya selepas ini ye. Maaf lah entry aku memang panjang-panjang tulisan nya. Eheh. Lagipun tulis pendek-pendek mahu korang pun pendek akal tak faham apa aku tulis. Simple sangat nanti nya. Aku tak gheti nak menulis pendek-pendek. Nangiss!!
Kesimpulan nya : Hari Pertama ke KLIBF sangat memuaskan walau ada sedikit geram dengan perangai manusia yang tidak reti bersabar dan mementingkan diri sampai kan terasa hendak memberi sedikit kungfu panda tetapi tidak lah sampai migraine memikirkan hal tersebut. Eceh. Gedik lah kau! Harap-harap jangan lah ada yang terasa dengan ayat ala-ala libasan tak menjadi aku. Sekadar menegur. Aku pun ada kekurangan nya tapi jangan lah kita tunjukkan kekurangan perangai kita seperti tidak beradab dan tidak reti bersabar di khalayak ramai. Tak comel kau tahu tak?
Nantikan PART II daripada IjahEmoTemo. Eh eh sebelum itu , ada tak korang yang suka pergi ke pesta buku macam aku? Ada tak korang yang ulat buku macam aku sampai buku pun jadi berulat. Eh oppss. Aku ni bukan lah tahap ulat buku tapi suka membaca. Gituh kata nya. Ehem. So korang pulak suka membaca ke tak? Ehee.
Pergi Ke Rumah Kiah Pergi Membaca ,
Pergi Membaca Sambil Makan Buah Oren ,
Hailah apalagi uols lepas baca ,
Harap komen!
HAHA , apahal aku berpantun pulak ni? T___T
No comments:
Post a Comment