Oh yeah! Mohtif tiba-tiba permulaan terus Oh Yeah? Sah-sah tengah keadaan tak berapa nak elok ni kan? Muahahahah. Moh aku sambung cherita dari Part I kepada Part II. Maklum lah banyak betul kejadian yang membangkitkan rasa marah dan geram sepanjang KLIBF 2011. Tapi tak ada lah sampai rasa nak baling buku-buku yang di beli. Geram dalam hati dan luah dekat sini sudah. Eceh.
dengan menggunakan kamera yang berharga 200 hinggit berjenama Nikon pun ai mampu membuat gambar shantek seperti ini. *pang*
sesak sangat kan? FUHHH , mencabar keimanan -.-'
Hari Kedua : 30 April 2011 ( hari kedua aku ke pesta buku )
Oh ya part II ni kisah aku pergi Pesta Buku untuk kali kedua iaitu pada 30 April 2011. Kenapa pulak aku pergi untuk second time ni? Sebab nya aku terlupa untuk membeli ada la dalam sebuah dua buku tu. Kebetulan Umi aku pun ada ajak untuk pergi , aku pun pergi lah jugak lagi sekali. Kali ini kitaorang naik LRT dan turun di stesen Masjid Jamek dan menaiki teksi menuju ke PWTC. Gedik betul kan? Mohtif tak nak naik je LRT terus ke PWTC , lagi save money khen? Kekdahnya aku sure mesti ramai gila dalam LRT dan tak mahu bersesak voleyh? Ngahahaha , alasan selalu macam gitu kan? Tak kisah lah , janji selamat sampai pun dah ok. Fuhh , kali ini perjalanan semua ok cuma bila dah masuk dekat PWTC , seperti yang di jangka : SESAK GILA! Memang sesak gila sebab orang baru dapat gaji dan for sure mesti datang secara berjemaah kan? Aku tengok dekat LRT punya jejantas penuh macam semut berarak je. Hah , hamik kau!
Dalam hati dah berdebar sebab aku nak beli sikit tapi bila dah sesak bagai nak rak , hmm sure tak aman punya lah. Bila dah sampai depan PWTC , fuhh ramai gila orang. Berbeza sungguh dengan kali pertama pergi tu. Lengang , jalan tak sesak dan tak pack langsung orang. Kali ini luar PWTC pun dah sesak apatah lagi di dalam kan? Huish. Mula-mula masuk memang dah terasa berbahang nya panas. Gituh. Masuk-masuk je dah sesak bagai nak rak. Aduh , aku memang tak boleh sangat bila orang sesak-sesak. Mula lah nak pening kepala. Mula lah nak rasa macam-macam. Tapi gagahkan diri jugak dah alang-alang sampai kan?
ngaaa ... sesak weh sampai aku tak nampak booth Sasbadi. Fuhhh.
kenal tak kenal tak? ngahahah lempang bertalu baru tahu.
ni ha ex Ruffedge , if korang kenal lah : Amer , Mode dengan Zaff VE tak silap aku.
diorang nyanyi lagu ketuhanan gitu. hiks. eh ke berzikir , macam itu la.
Macam biasa aku terus naik tingkat atas sebab aku nak pergi cari buku latihan dulu. Ada yang terlupa nak beli. Itu lah tak check betul-betul. Lagipun ada diskaun , gagahkan jugak pergi meskipun sesak tahap pening kepala. Kali ini sungguh berbeza. Nak naik dekat eskalator pun dah sesak bagai nak rak. Bermula lah sesi geram dalam hati. Bukan dalam hati ada taman dah ni. Dalam hati ada api terus. Eh oppss. Meh aku senaraikan kenapa.
- Sekali lagi aku bengang dengan sikap manusia-manusia yang reti bersabar. Semua dah besar panjang , kacak-kacak , cantik-cantik tapi nan hado sabar nya.
- Kenapa perlu nak bertolak sakan semasa di atas eskalator? Apa kau rasa kalau aku tolak kau sampai terjunam siap pijak ala-ala gajah pijak kau? Seronok?
Ok itu baru permulaan. Dah ada yang buat perangai tak menyeronok kan. Banyak kali aku geleng kepala dengan sikap rakyat Malaysia ni. Aku rasa tahun ini paling worst sekali. Entah apa pasal aku pun tak tahu lah. Kemudian aku terus menuju ke tempat yang sama seperti kali pertama pergi hari itu. Dek disebabkan terlalu ramai orang sehingga kan aku tak nampak booth Sasbadi. Hoh heh , kali ini menguji kesabaran yang melampau. Maklum lah ramai budak-budak sekolah seperti aku yang turut ada. Sangat-sangat menguji kesabaran. Kenapa?
- Alahai budak sekolah. Aku sungguh geram dengan sikap budak sekolah. Nak marah lebih-lebih aku pun budak sekolah. Dua kali lima , tiga campur lapan , sembilan tolak enam aje. Ewah , peribahasa baru ke? Aku geram kerana mereka ini sesuka hati nak berhenti di tengah jalan tatkala jalan sesak bagai nak rak. Sekadar nak berborak dengan rakan sekolah? NANGIS!! Dik noon , ingat kita dekat Dewan Terbuka ke?
- Lepas itu ada pulak yang jenis main-main di rak buku tuh. Aduh!! Aku yang nak membeli pun hilang mood tau. Dah lah ruang sempit dan sesak lepas itu ada pulak yang jenis macam ini. Dik , ini bukan perpustakaan sekolah ye?
Ok itu hal budak sekolah. Stress weh. Itu belum lagi yang macam-macam bau. Adeh deh. Sampai nak ke kepala bau-bau ituew. Stress aku makin memuncak. Lepas itu tak jadi beli pun dekat Sasbadi. Ramai betul orang sampai aku pun naik juling mata ni ha. Kemudian terjah ke booth KernaDya sebab nak beli novel Mimie Afinie. Hmm beli sebuah aje pun. Takut lari bajet meskipun bank bergerak ada di sisi. Heh heh opss. Ok lah ada diskaun meskipun buku baru kan? Ngee itu yang aku suka ni. Heh heh heh. Okay lepas itu konon nya nak melihat keadaan sekeliling lah kan? Haru betul! Keadaan sesak kau nak buat tawaf pulak Jah oii. Memang sesak! Sekarang benda lain pulak yang aku geram. Apa pulak ni Jah oii? Ok aku rasa siapa yang pergi hari-hari terakhir di hujung minggu Pesta Buku akan menyatakan perkara dan benda yang sama.
- Bila keadaan terlalu sesak , rasa nya ibubapa yang mempunyai anak kecik patut prihatin tentang keadaan tersebut. Tak perlu bawak stroller yang bakal menyakitkan kaki-kaki pengunjung di situ. Mungkin kata anda : eh nanti anak saya hilang macam mana? Oh ya ya , kalau macam itu jangan bawak terus. Pesanan aku , kalau nak bawak anak dan nak beli buku , begini aje lah ye : Apa kata korang bergilir-gilir suami dan isteri semasa nak membeli buku. Tahu kah Anda : Apabila anda membawa stroller dan itu bakal membuat semua orang menabur dosa kerana geram dek kerana anak korang dah besar panjang tapi letak jugak dalam stroller dan ia nya di tempat sesak lantas membuatkan masing-masing terus hilang sabar bukan kerana sikap nya begitu tetapi sikap anda yang tidak memikirkan situasi tempat yang memang serba sesak. Bang , Kak oii fikir lah sikit!
- Macam biasa tolak menolak amalan yang terjadi dek kerana over excited. HELLO , apa ingat siapa tolak sampai rebah boleh menang Blekbiri-biri ke haaa?
perlu ke aku buat statment macam gambar yang first ituew? haha. penuh sesak gila orang. -.-'
dekat booth NB Kara. tak beli apa-apa pun. cuma snap gambar Norhayati Berahim.
Maaf kalau ayat aku agak kasar. Tapi aku sangat geram dengan ibubapa yang dah lah bawak stroller tak berhati-hati. Lepas tu boleh marah kita ? Eh patut nya kami ni ha yang marah kau sebab bawak stroller then terkena dekat kaki orang. Ada yang sampai berdarah kaki kau tahu? Paling aku geram , boleh pulak kau marah-marah orang. Sangat tak munasabah perangai!. Aisehmen tak mahu la cherita lagi , buat sakit hati aje. Hmm. Kemudian aku terus menuju ke tingkat bawah. Macam biasa aku terus pergi ke booth Jemari Seni sebab nak pergi memborong novel. Ehhe. Alah aku borong lima buah novel aje pun. Ngee.
kaka Miko :D
Bunick :D
Kak Syud. :)
Alamak! Kak Su , ini bukan kes sabotaj ... err gambar kabur. Nangiss!!
Kak Detox ;)
Kebetulan Bunick sekali lagi bertugas untuk acara tandatangan , jadi sempat jumpa dia kejap. Tengah panas hati dengan perangai manusia masa tuh. Uish. Mujur Bunick ada kipas kan? Haruslah di kipaskan Diva nan hado iniew. Ekekeke , lempang bertalu nak Jahh oii? Ngahaha. Lepas borak sekejap , aku baru pergi membeli novel-novel. Haruslah bila betul-betul keadaan lapang baru aku pergi. Teringat masa pertama kali pergi membeli semua main rebut-rebut , tolak menolak , kurang sabar sampaikan aku jadi malas nak pergi beli cepat-cepat. Tunggu tak sesak baru pergi.
Lepas tu sempat jugak jumpa novelis-novelis yang aku selalu baca novel diorang ni. Then lepas peluk cium segala , pergi jumpa balik dekat tempat Bunick sebab nak jumpa seorang lagi kawan di alam maya aku. Gituh ayat kan? Ngee. Then , jumpa la kaka Miko , kaka Detox dan kak Uda sekali lagi. Harus kecoh kejap kan? Biasalah tu. Then dengan keadaan sesak-sesak aku dah tak mood nak membeli belah buku lagi. Dengan manusia yang begitu ramai dengan perangai manusia yang begitu macam ragam membuatkan aku hilang mood. Tak pasal-pasal stress pulak.
ragam-ragam manusia. tak ubah macam di lautan manusia -.-'
Ingat kan lepas dah keluar dari PWTC hilang dah drama spektra dan macam-macam ragam. Rupa-rupa nya tidak. Kisah nya , aku balik menaiki teksi. Malas nak naik LRT. Tak payah tanya kenapa. Heh. Iya lah ayah aku ada hal lain tak boleh nak ambik kitaorang jadi kitaorang pun memang dengan rela hati nak balik dengan teksi. Mujur jugak barang tak banyak. Mujur jugak dah rembat banyak buku kan sebelum ni? Ngeh ngeh. Jadi nya aku pun pergi ke tempat menunggu teksi di luar PWTC tu. Keadaan semakin sesak bila pukul 2 dan ke atas. Uish. Kebanyakkan nya yang menaiki LRT lah. Iyelah bila pergi tempat macam ni aku memang prefer pergi dengan public transport atau kalau ada siapa-siapa yang boleh drop by better buat macam itu lah. Kalau nak parking? Uhhu , mimpi siang kalau pukul 2 petang macam tu. Melainkan memang dah rezeki kau , tak boleh nak kata apa. LOL.
Jadi nya ada lah satu laluan untuk para-para pengunjung yang menaiki LRT untuk mereka lalu menuju ke PWTC dan sebalik nya yang ingin menuju kembali ke stesen LRT yang berada jauh-tak jauh ituew. Mula-mula keadaan macam okay tau. Kemudian aku tengok keadaan sangat tidak terkawal. Mengucap panjang aku dengan sikap rakyat Malaysia sekali lagi. Adakah aku akan di kondem kerana asyik menyalahkan orang? Oh la la , masalah nya benda jadi depan mata. Nak tegur lah jugak. Tak kisah umur aku baru 17 ke , 15 ke. Tak salah untuk menegur kan? Ok ok. Meh aku list kan.
- Laluan untuk para-para yang menaiki LRT untuk menuju ke PWTC memerlukan para pengunjung melintas jalan. Maka nya keadaan menjadi sangat sesak memandang kan ada baik pulih jalan atau pun penambahan apa entah dekat tengah jalan di PWTC ituew. Ada 2 perkara yang aku tak puas hati. Apa dia?
- Sikap rakyat Malaysia yang suka hati perasaan diorang melintas sehingga kan banyak kereta terpaksa bergerak-berhenti. Keadaan menjadi sesak dan jammed teruk ya hamat. Sehingga kan teksi pun tak boleh nak masuk ke kawasan teksi. COMEL kan? Gerghh.
- Lagi satu , apasal tiada orang yang menjaga laluan lintas tersebut? Dah tahu dengan acara err baik pulihkan jalan lepas itu dengan jalan sempit dengan orang nak lalu lintas , kenapa tiada orang yang boleh mengawal ala-ala polis trafik? Kesian dekat kereta-kereta yang berada di atas jalan raya yang terpaksa bersabar dengan sikap manusia yang tak reti sabar ikut suka hati melintas. Haish.
haaa , see? kesian kan dekat kereta? terpaksa jadi mangsa dek kerana ramai orang jenis tak menyabo. uish.
terpaksa kaburkan gambar. kang kata ai menghanjing diorang pulak. idak idak. haa ini baru lah tersusun sikit orang bilak pakcik polis mai.
haa tengok jugak , macam mana orang sesuka hati berjalan. issh.
Tetapi keadaan dapat di selamatkan apabila Polis Trafik datang secara mengejut. Ala-ala doa dimakbulkan gitu. Aku terpaksa menunggu hampir setengah jam untuk teksi memandang kan jalan jammed teruk. Uiks. Sekali polis mengamuk rasa kan lah uols! Terkujat jugak aku masa tu. Terus polis tutup laluan mudah tu dek kerana perangai mereka-mereka ini. Nak cherita lanjut haih , aku pun nan hado mood dah ni. Makin panjang pulak entry aku nanti. Ini pun dah panjang. Tapi perasan pendek. VOLEYH? ekekekeke.
Pendek cherita , Pesta Buku kali ini memang mencabar kesabaran dan keimanan. Paling aku menyampah dengan orang yang tak ada adab langsung nih. Lepas tu yang bawak stroller dan tunjuk diva. Hailah. Payah betul kalau jumpa manusia perangai macam ni. Memang kebanyakkan kawan-kawan aku yang pergi masa hari yang sama dengan aku merungut hal yang sama. Uish , ingat kan aku seorang je yang geram macam ni. Hmmm , nak cherita apa lagi? Tak pasal-pasal hilang idea nak menulis. Ngahahah. Okay lah korang , aku harap korang jangan terasa hati pulak dengan ayat aku. Itu pun kalau terasa lah. Ekekekek. Aku cuma menegur dengan sikap sesetengah orang aje. Aisehmen.
maaf tak sempat nak snap buku-buku yang di beli.
tapi #tahukahanda? kesemua jumlah novel ini ialah 75 buah. sikit jah tu. HEH.
Hmmm , korang pernah ke terkena kejadian ala-ala macam ni? Cer citer cer citer -___-'
moh lah sejuk kan hati dengan ABC shedap iniew. :D
p/s: maaf kalau ayat ada terkasar bahasa. maaf kan aku.
No comments:
Post a Comment