Home

Saturday, May 21, 2011

Percubaan Pertama

Tadi aku tutup kejap blog untuk sementara waktu. Nak buat pengubahsuaian dalam belog kejap. Bukan apa , nanti aku sibuk bertukang , tiba-tiba ada orang masuk tengok kucar kacir tetibe isi dalam belog aku bikin pening kepala aje. Lagi baik katup kejap. Alah , tak lama pun setengah jam macam tu kot? Elleh , bukan ada orang nak masuk pun pagi-pagi buta macam ni kan? Ngeh ngeh ngeh.

Actually aku bukan nya ada buat perubahan template ke atau buat acara susun atur acara ke hape. Tidak , tidak sama sekali. Tapi kan , aku macam ... macam geramm tau bila tengok belog Mama Zharfan , belog Miza Yusoff ataupun belog Cik Epal , tengok diorang punya kotak quote diorang tu , macam colourful , cantik semacam aje. Ish , tak boleh jadi ni. Heh, ini bukan dengki okeh. Tapi ini teringin nak mencantik kan belog kata nya. Ngahaha apahal sejak dua menjak ni ayat aku pusing-pusing je kerja. Ada makan karipap pusing ke? Tak ada rasa nya. LOL. lempang bertalu baru tahu. Keh keh keh.

Jadi aku pun beriya jugak cari dekat google. Tapi aku ni ada satu masalah kalau bab-bab nak tiru balik cara yang orang ajar mesti berkerut dahi. Mesti kena mintak orang terang banyak kali sampai orang hilang sabo. Maklum lah aku tak bijak sangat , meks redha sangat. Jadi aku pun ikut yang dalam carian itu ajar. Haih , macam yang aku sangka kan , mula-mula memang tak menjadi. Rasa nak hentak-hentak kaki geram dengan diri sendiri yang payah nak faham. Ish. Lepas tu try , try , try , try dan terus try. Lepas dah berkali-kali cuba , baru boleh. Ngee. MAK SUKA NOKS! SUKA SANGAT! lol.

Ehem , tengok blockquotes saya pun dah berseri-seri. SAYA SUKA! SAYA SUKA! *pang*

Haha , harap bersabar ye dengan tahap weng aku ini ye. Memang kejadah nya sikap jakun tak pernah pudar. Keh keh keh. Okay tak? Untuk sementara waktu ni image yang tu aku rasa okay. Kalau aku rasa tak okay nanti aku tukar. Ngeh ngeh. Korang nak jugak macam aku punya dekat atas tuh? Moh pergi ke belog Cik Tom. Cik Tom ada buat tutorial , senang aje. Asalkan follow je apa yang dia ajar , dapat lah korang buat sejibik macam aku. Heh heh. Ini aku dapat link mula-mula dari sis MiszLullaby rasa nya. Aku dah lupa ni. Aiyark. Lepas tu aku try google orang lain punya , aku tengok Cik Tom punya cara yang boleh tahan senang. Hee. Ngee , bayang kan excited sampai sanggup update after buat kan? Ngeh ngeh nampak benor tak gheti menyabo. Ekekeke. 


aku tak tahu apa kena mengena gambar ini dengan kisah cherita ini. 
T_T

by the way , rindu pulak dengan kaka cat , kaka indah dengan kaka yumi. hiks.

Hmm , actually aku ni tengah sakit mata. Ketumbit. Hoitt , buat lagi tajuk entry bawah tu cerita blue. Tuhan balas terus sakit mata. -.-' Heheh. Sekarang ni pun sakit lagi tapi dah kurang dari sebelum ni. Kalau tidak dengan berdenyut , air mata meleleh. Atleast sekarang air mata dah tak meleleh. Cuma berdenyut. Tapi dah kurang jugak lah. Harus lah berkurangan kalau setiap dua jam kena titiskan ubat mata. Ubat mata tu dia punya effect sampai termasuk dalam tekak. Kalau setakat : masuk , it's alright but ini siap nak menelan terasa pahit. Aiyark. 


Harap cepat lah sembuh. Sakit mata memang boleh buat aku sakit kepala pulak lepas tu. Haish. Heh , dah tak tahu nak tulis apa lagi. Tunggu lah nanti ye aku update lagi. Itu pun kalau mata aku dah beransur pulih. Thanks korang baca entry ni :)

8 comments:

sarah mohamad said...

blackquote coooomel :) percubaan anda di kira berjaya :D hihi

Ijah EmoTemo said...

sarah >> thxx ;) hahah , thanks lagi. selamat berjaya. klu tak berjaya agak nya next week baru blog ni bkk balik. kikikik.

Ecah Ecot said...

sweet2...smoge cpt sembuh ye mata 2...

Ijah EmoTemo said...

ecah >> hiks tq :) thanks ye. hehe ini pun dh beransur pulih ni. hehe.

EB said...

Well done..
Kegagalan itu punca kejayaan..
Kalau tak cuba n cuba lg mana mgkn akan merasa kejayaan yg manis ini.. Biarpn x dpt yng dimahukan at least menuju ke arah itu dan Insha'Allah berkat usaha yg ggih pasti berjaya.. So teruskn k.. Well done..

Ijah EmoTemo said...

EB >> wah ijah suka la dgn nasihat EB. itu mmg betul :) asalkan kita berusaha pun dah ok kan :) dapat tak dpt itu belakang kira :) atleast kita tahu yg kita dah buat kan :)

thanks ye Eb :)

MamaYatie said...

akak ni brapa kali terai dah tak jadik2 jugak..huhu..nnt dtg semangat make over akak cuba lagi..hahaa

Ijah EmoTemo said...

mama yatie >> hikhik. ijah pun aritu dh give up dah. tp sbb tgh ada saki baki smgt nk try jgk , last-last baru menjadi. haha.

klu tak mmg nan hado smgt nya. hehe.

takpe akak cuba lagi. ;)