Home

Sunday, May 22, 2011

Najwa Latif , Bakat dari Youtube Yang Bersuara Sedap juga!

Pernah tak korang dengar nama Najwa Latif? Pernah tak tahu tentang kewujudan gadis berusia 16 tahun ini? Heh , sebenar nya aku baru tahu tentang gadis yang bernama Najwa Latif ni. Elleh, mesti ada jugak yang sama kapal dengan aku yang jenis selalu tertinggal dekat belakang ni kan? LOL. Itu pun aku tahu sebab ternampak dekat wallpost orang lah , ternampak dalam belog orang lah. Tak sengaja ok. Gituh.



ini lah dia ; Najwa Latif. 

Oh ya Najwa Latif ni dia mempertaruhkan bakat nya di Youtube. Trend sekarang kan? Letak dekat Youtube aje senang. Ada pengikut tersendiri gituh kan? Jadi bila aku dengar Najwa ni menyanyi ; aku suka. Not bad and suara dia sedap. Tersendiri. Tak ada nak tiru Ramlah Ram ke, nak tiru Zaiton Sameon ke. Eh eh apahal oldschool gila penyanyi yang aku list kan ni. Erk. Senang cherita memang tak meniru sesiapa pun. Aku rasa aku memang terlambat gila tahu. Iyelah dulu aku asyik sibuk dengan retis youtube hinternasional , Maddi Jane aje kan? Rupa-rupa nya terlepas pandang Najwa Latif ni. Heheh.

Cakap banyak tak guna. Jom jom dengar dia punya Youtube. Aku kongsi sikit-sikit ye. Memang suara dia sedap. Pandai main gitar pulak tu kan? Jeles tak Peah? Haruslah tueww. Err.


Sedap bukan? Bagi telinga aku sedap aje dia menyanyi. Tak ada terkeluar sengau itik ke , sendu tangisan ke hape. LOL , apa aku merepek ni. *dush* Peminat dia pun ramai okay. Curlast kau Maria! Najwa Latif ni pun ada blog tau. Ada juga fanpage di Facebook. Memang ramai pengikut dia. Apa yang aku rasa menarik pasal Najwa ni kan , if kau follow kebanyakkan video dia , dia banyak rakam video dia dalam kereta. Hikhik. Menarik bukan? Tak payah nak kutuk ye. Lain orang lain style dia gituh. Babap kang siapa yang kutuk mengutuk Najwa ni.




Najwa ni pandai main gitar , piano dengan drum. Tapi dia lebih selesa dan suka dengan gitar  gituh. Baca dalam fanpage Najwa.

Oh ya ini nak kasi link belog Najwa dengan fanpage Najwa. Wah gigih nya meks beritahu segala kan? Haruslah!



Curlast Najwa ni kan? Follower blog pun dah 6 k? Fanpage pun dah 29 k tau pengikut dan peminat tau! Eh eh nak LIKE fanpage Najwa tu , apa kata LIKE sekali fanpage Cherita Emo-Temo tu ha. Hamboii korang menyampah tauu tak nak like like Cherita Emo-Temo. Wakakak tetibe je ada jugak merasa lempang bertalu nih. -.-' Lagipun suara dia sedap lah. No wonder lah kan? Aku pun suka sebab suara dia. Tak perlu nak menayang kaki ke menayang bulu mata pelesu ke. Tak perlu. Suara sedap pun dah okay. Haha , apa mohtif tulis tayang menayang ni? Choy. 

Oh ya lagi satu lagi satu. Sekarang Najwa dah ada single sendiri okeh. Lagi curlast gitu. Tajuk single : Cinta Muka Buku. Tahniah lah dik Najwa , semoga terus berjaya lah ye. :) Sebab aku kerajinan lagi , nah nah ambik dengar youtube di bawah ni ye ;P





Jangan lupa undi di Hot FM uols. Gigih aku peromot ni -.-' keh keh.

Nice jugak lah kan. Percubaan pertama dia kan and aku rasa okay , not bad :) Keep it up Najwa Latiff. Tak payah fikir kata-kata negatif orang yang benci kamu itu. Anggap itu cuma angin yang menusuk mata kamu sahaja ye. Wah wah , pandai menasihat orang tapi diri sendiri nan hado macam tu kan? T__T

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Hargai setiap kelebihan yang ada pada diri kita dan jangan berduka dengan kekurangan diri kita. There's nobody perfect in this world bebeh.

Don't ask me why kenapa aku kasi ayat macam tu dekat atas tu. -.-' Heh , rasa nya dah tak ada benda lagi untuk di tulis. Thanks baca entry aku yang tak seberapa ini. Heheh Sehingga berjumpa lagi. :) 

2 comments: